Bab 3

185 9 0
                                    



Seminggu dah berlalu. Tidurku masih terbuai-buai mimpi yang sama. Perasaan takutku makin lama makin hilang. Dah seminggu mimpi yang sama. Dah bosan. Haha.

Harini hari Sabtu, boleh lah aku nak keluar dengan Dania. Agaknya apa minah ni tengah buat eh? Selalunya tengah hari macam ni dia masih dibuai mimpi. Haha. Biasalah Dania kan, kalau tak makan, dia tidur.

Tanpa berfikir panjang, aku terus mencapai telefon bimbit yang berada di sebelahku. Aku menekan nombor telefonnya. "Hello Dania, kau buat apa? Free tak? Aku nak ajak kau keluar ni."

"Eh kau ni, sabarlah dulu bagi aku jawab satu-satu." Aku bukanlah apa, tapi kalau dengan dia ni mana cukup tanya satu soalan je.

"Aku baru je bangun tidur ni. Itu pun sebab kau yang call. Free je. Nak keluar pergi mana?" Kan aku dah cakap, tak lain tak bukan mesti dia tidur.

"Laju eh kau bab keluar ni. Tak ada lah, aku bosan duduk dekat rumah aje. Aku pun nak cari ketenangan." Ketenangan apa? Ketenangan jiwa.

"Eh Alana, kau masih mimpi yang sama ke?" Soalan itu membuatkan badanku sedikit mengeras. Trauma. Walaupun benda tu sentiasa berlaku apabila aku mula tidur pada waktu malam, aku masih takut. Ceh! Tadi berlagak sangat. Haha.

"Ada je. Dah seminggu aku mimpi benda tu lagi. Tapi mimpi tu dah macam rutin aku."

"Rutin harian eh? Ke rutin sebelum nak sambung hari yang keesok? Hahaha." Seronok betul minah ni gelakkan aku ye. Tapi ye lah member kan.

Dania dan aku memang tak tinggal sekali. Dia tinggal di kawasan berdekatan dengan universiti. Tapi bukan dalam universiti. Aku pula tinggal dengan maksu. Kalau aku tinggal dengan Dania, nanti kesian maksu tinggal seorang diri. Jadi aku lah peneman maksu.

___

"Lepas ni jom tengok wayang." Dania dan aku memang pantang, kalau keluar mesti akan tengok wayang. Tempat kalini kita orang pilih nak ke Mid Valley. Kenape tempat tu? sebab dekat situ je yang paling dekat dengan kawasan rumah kita orang.

"Okay!" Aku cuba untuk hiburkan diriku yang dah lama takut dengan mimpi tu. Tapi aku tak patut ingat mimpi tu sekarang. Harini aku nak hiburkan diriku dengan Dania. Nak tenangkan fikiran. Nak jadi ceria macam sebelum ni.

"Kau nak tengok cerita apa Alana?" Aku ni bukan lah jenis memilih bab-bab cerita ni. Aku ikut aje. Asalkan aku duduk dalam wayang tu.

"Kita tengok cerita yang baru keluar ni lah. Okay kan?"

"Ha okay je. Macam best." Cerita pilihan Dania kalini agak lain dari lain. Selalunya cerita yang dia pilih, mesti kartun. Tapi kalini cerita seram. Cerita hantu!

"Kalau kau takut, bagitahu awal-awal tau. Aku takut kau masih trauma dengan mimpi kau tu." Sejujurnya aku masih takut. Tapi itu kan mimpi aje. Abaikan ajelah.

"Takpe, aku okay aje! Kita santai-santai." Ceh! Terpaling santai lah tu, kejap lagi dalam wayang aku yang paling takut.

____

"Kau okay Alana?" Nampak kau banyak diam sejak keluar dari wayang." Aku pun tak tahu kenapa cerita yang aku tengok tadi macam perkara yang aku tengah lalui.

Mimpi dia jadi kenyataan! Itu yang aku takut kalau mimpi yang berkali-kali jadi kenyataan.

"Aku okay aje! Jangan risau lah. Aku laparlah, jom makan." Kalini aku yang ajak dia makan. Nak hilang kan rasa takut.

"Jom!" Dania kalau bab makan dia memang laju.

"Dania, lepas makan ni aku balik terus lah. Aku dah penat, nanti apa-apa kita jumpa esok je tau."

"Okay, hati-hati. Kau balik naik apa?" Aku nak balik awal, tapi aku tak tahu nak balik naik apa.

"Mungkin naik train." Itu je yang terlintas dalam kepalaku. Lagipun kalau naik train memang lagi senang.

"Okay lah Dania, aku gerak dulu. Bye!" Tanpa berlengahkan masa, aku terus gerak ke train.

Keluar dari Mid Valley, aku baru perasan jam dah menunjukkan 9:45 p.m. Aku cuba untuk kuat kan diri. Memang aku tak berani balik rumah sorang-sorang, tambahan pula pada waktu malam.

Aku dah turun ke stesen rumahku. Aku kene menyeberangi jambatan untuk ke rumahku. Tiba-tiba bulu romaku terangkat. Aku toleh kebelakang, tiada apa-apa. Kosong, tiada orang atau haiwan. Hanya aku seorang.

Aku berjalan di kawasan yang sunyi. Bukan nak mengerohkan lagi keadaan, tapi memang itu aje jalan paling dekat dengan rumahku. Ada jalan lagi satu, tapi jalan itu sangat jauh.

Tiba-tiba ada satu kenderaan menghampiriku. Van! Aku melajukan lagi langkahku untuk ke rumah. Tapi Alhamdulillah, tiada apa yang berlaku. Takut. Trauma. Semua perasaan bercampur-baur. Tapi aku masih lagi selamat.

Cinta Yang Tersakiti [Complete]Onde histórias criam vida. Descubra agora