Bab 28

154 5 0
                                    




"Sayang, jom lunch." Ajak Adrean.

"Jom."

Aku menarik tangan Dania untuk mengikut kami berdua pergi lunch.

"Sayang, awak pergi dengan Dania dulu ye. Kejap lagi abang datang." Ujar Adrean.

"Okay." Balasku.

Aku dan Dania menuju ke restoran yang berdekatan. Kami pilih tempat yang berdekatan dengan pintu masuk. Entah lah, memang dari dulu lagi kalau makan di restoran mesti suka pilih dekat dengan pintu.

"Alana, anak dalam kandungan kau dah berapa bulan?" Soal Dania.

"Baru sebulan lebih." Balasku.

"Ish! Tak sabarnya nak jumpa anak kau."

Aku gembira Dania masih ingat tentang anak dalam kandunganku ini. Aku ingatkan dia marahkan aku, ye la kan kononnya aku yang rampas boyfriend dia.

"Aku lagi tak sabar." Aku memberikan senyuman yang ikhlas.

Tiba-tiba kedengaran pintu restoran itu terbuka. Aku berpaling ke arah bunyi itu, ternyata Adrean dan Alex.

Alex memberikan senyuman kepadaku.

"Alex! Rindunya awak. Lama gila tak jumpa dengan awak." Dengan bangganya aku menjerit dekat restoran itu.

"Ehem... Suami awak ni hidup lagi ye. Jangan sampai saya bertumbuk dengan Alex dekat sini pula." Balas Adrean sambil berpeluk tubuh.

Terhibur pula dengan gelagat Adrean harini. Ada aje dia nak cemburu. Macam dia tak tahu dulu aku lebih rapat dengan Alex dari dia. Ish! Aku kena sedar, sekarang aku dah jadi isteri Adrean.

"Kalau abang, setiap minit sayang rindu." Balasku sambil mengenyitkan mata.

Adrean tersenyum. Kami semua mula berborak-borak seperti biasa.

"Dania, awak sekarang kerja dekat mana?" Soal Alex.

"Eleh! Nak ngorat cakap aje, tak payah tanya kerja dekat mana." Balasku.

Dania menyiku tanganku. Aku dan Adrean mula tertawa melihat mereka berdua.

"Saya tak kerja, saya sambung belajar." Jawab Dania.

Aku memandang ke arah Alex sambil mengangkatkan kedua-dua belah kening.

"Abang, sayang tengok kan Alex dengan Dania ni macam sesuai lah. Kalau kita keluar sama-sama kita boleh jadi double date kan abang." Usikku.

"Kan, abang tengok Alex dengan Dania ni pun macam sesuai." Balas Adrean pula.

Kami berdua hanya ketawa tanpa menghiraukan orang lain. Aku macam tak percaya yang kami sekarang lebih bahagia dari dulu.

Alhamdullillah semuanya dah berbaik semula. Aku pun dah jumpa jodoh yang baik. Kawan baikku juga sudah berbaik denganku. Allah juga berikan ku zuriat. Aku bersyukur sangat Ya Allah.

Kami semua berborak rancak tanpa hiraukan pelanggan yang berada di situ. Aku perasan dekat seseorang perempuan ini. Dari tadi dia asyik memerhatikan meja kami. Aku rasa dia marahkan kami sebab dari tadi bising.

Ye lah, kan ini tempat awam. Mungkin dia marahkan kami. Tapi hairannya dia hanya memerhatikan Adrean. Lantaklah apa-apa jadi sekali pun, Adrean tetap milik aku juga. Haha.

Makanan kami telah pun sampai. Makanan aku sama dengan Dania iaitu Chicken Chop. Adrean menyuapku dengan makanan dia. Aku juga menyuap dia dengan makananku.

Tiba-tiba Alex menyuap Dania dengan makanannya.

"Apa tengok-tengok, ingat korang je ada? Aku pun adalah." Ujar Alex sambil menjulingkan matanya ke atas.

Aku dan Adrean terkejut. Tapi kami hanya tertawa. Alex pula tak nak kalah.

"Dania suap lah Alex pula!" Sambungku.

Dania memandangku dan Alex. Perlahan-lahan dia mengangkat sudu dia untuk menyuap Alex.

"Aww, so sweet." Balasku dengan Adrean serentak.

"Ish! Jangan lah, aku malu." Ujar Dania.

Kami semua ketawa terbahak-bahak. Adakah ini dinamakan kebahagiaan? Dulu kami bermusuhan sekarang kami bersebelahan. Kami gelak tertawa bersama-sama. Rindunya aku dekat Dania. Sekarang aku dah berbaik semula dengan dia. Alhamdullilah.

Cinta Yang Tersakiti [Complete]Where stories live. Discover now