Bab 2 ♡

3.2K 83 1
                                    

"Let me ask you once again, WHERE IS LUCIANO?!" Tengking Arden di akhir ayatnya itu.

"As they told you just now, Luciano is not here Nolan." Kata seorang jejaka sambil melangkah keluar dari belakang anak buahnya.

"Who the fuck are you?" Tanya Ayden hairan. Dia tidak pernah melihat jejaka tersebut sebelum ini.

"I'm Alex, gonna be your worst nightmare." Tawa sinis Alex memenuhi kawasan itu.

"Are you joking? My worst nightmare? Really?" Ketawa Arden.
"You do know you're causing mess in our teritorry right? What do you want Alex?"

"Luciano wants you dead. Since you've been causing too much trouble in our business, you should go to hell Nolan!" Kata Alex. "I never thought you're this stupid." Ketawa Alex.

"What do you mean?" Tanya Arden sambil menjongketkan keningnya.

"You walked right into our trap." Kata Alex sambil melangkah perlahan ke arah Arden.

Sebaik sahaja Alex habis berkata-kata, muncul lebih ramai anak buah The Luciano's dari sekeliling mereka.

"Are you really gonna do this?" Keluh Arden. Mati-mati dia ingat dia tidak perlu berlawan. 'Ah serabutlah mamat ni!' Kata Arden dalam hati.

Elok-elok Arden tengah bercakap seorang diri, Alex terus berlari laju ke arah Arden. Dia menghayun tangan kearah Arden.

Arden dengan pantas mengelak tumbukan Alex. "Bro, you didn't even say start!" Kata Arden lalu memegang bahu Alex dengan kuat dan menghayun lututnya ke perut Alex.

Alex terbongkok menahan sakit. Hayden pula hanya memerhati sambil tersenyum sinis. 'Si mamat Alex ni bodoh ka? Dia tak tahu ka Arden ni power hand to hand combat?' Kata Hayden dalam hati.

Alex menstabilkan badan dan kembali menyerang. Dia melangkah laju ke arah Arden dengan uppercutnya, terkena pada sisi dagu Arden. Arden terdongak, namun dia pantas mengelak serangan yang lain.

Arden menghalakan penumbuknya ke hidung Alex. Alex terus hilang keseimbangan. Tangannya terangkat menutup hidung, matanya terpejam rapat. Setitis air mata mengalir di pipinya dan hidung berdenyut-denyut.

Entah bagaimana, Arden terleka menyangka Alex telah menyerah kalah, tetapi Alex dengan tiba-tiba menyerang kembali. Pipi Arden ditumbuk kuat. Arden terundur ke belakang. Terasa ada darah di dalam mulut, dia meludah ke tepi. Alex terus menindih tubuh Arden dan wajah itu ditumbuk bertalu-talu.

Arden dengan pantas menggunakan kakinya untuk menyepak celah kaki Alex.

Mereka berdua secara serentak terus mengeluarkan sepucuk pistol dari tepi seluar masing-masing. Dua pucuk pistol berhadapan dengan muka. Terus sunyi keadaan sekeliling, hanya kedengaran nafas mereka berdua sahaja.

Manakala Hayden serta dua orang anak buahnya itu juga terus menghala pistol masing-masing ke arah pihak lawan. Jika ada yang mahu masuk campur, tembakan akan dilepaskan

"Alex Alex.... Are you really gonna shoot me?" Tanya Arden dengan sinis.

"Why? You think I'm a coward?" Tanya Alex sambil tersenyum senget.

"You shoot me, you'll die too." Kata Arden.

"Isaac, as usual" Bisik Arden pada earpiecenya.

Sementara itu, Isaac yang berada di atas bangunan tinggi, menyasarkan sniper ke arah Alex.

"Signor Alexander..." tegur seorang anak buahnya sambil jari menunding pada dada Alex.

Alex menunduk melihat dadanya, dia terdiam selepas melihat satu laser merah perlahan-lahan naik dari dada dan pasti ke dahinya.

"MERDA NOLAN!" Marah Alex.

"Are you really gonna do this?" Tanya Arden.

"Fuck Nolan! I'm gonna kill you!"
Tengking Alex lalu dengan pantas dia menarik picu dan BANG! Peluru tersasar!

Arden pula telah dapat mengagak perbuatan Alex, dia menepis pistol lalu menendang dada Alex. Dia terus menarik picu dan tembak tepat di dada Alex. Alex jatuh menyembah bumi.

"ALEXANDER!" Terus riuh dengan suara anak buah The Luciano's menyaksikan pembunuhan itu.

"I warned you not to bother me. The outcome will be the same as Alex's if somebody ever has the audacity to do it!" Kata Arden berpuas hati.

Dia melangkah perlahan ke arah superbikenya sambil meludah darah yang tersisa di dalam mulut.

"Yo bro! Teruk juga eh kau kena hahahaha!" Ketawa Hayden.

"Ah diamlah kau. Dahla tak membantu langsung. Baik kau jadi pokok lagi baguslah!" Jeling Arden.

"Setuju bro, kau tak function do Hayden hahahaha." Kedengaran Isaac ketawa pada earpiece masing-masing.

"Baik kau diam sebelum balik jalan kaki. Nak?" Ugut Hayden.

"Ehhh kau jangan eh, sabar kejap aku kemas-kemas." Kalut Isaac berkata, takut ditinggalkan, maunya balik jalan kaki.

Tanpa mereka sedar, ada sepasang mata yang memerhatikan mereka sedang ketawa dari jauh. Mata yang penuh dendam.

"How can you laugh when you have killed people Arden?!" Keras suara lelaki tersebut bercakap dengan diri sendiri.

"I swear to god, I'm gonna ruin your life!" Sumpah lelaki tersebut sambil memerhati jasad Alex yang tidak bernyawa dibawa pergi oleh anak buah yang lain.

Sementara itu, Arden, Hayden, Isaac dan kedua anak buahnya yang lain bergerak pulang ke markas.

Setibanya di markas, Arden terus masuk dan baring di atas sofa yang ada di ruang tamu itu. "Aduh sakitnya badan aku, Isaac please urutkan aku." Kata Arden.

"Euw takda masa aku nak urutkan kau, geli lah. Pergilah mandi Arden, busuk gila dengan bau hanyir darah. Lepastu baring pula kat sofa, nanti busuklah sofa tu!" Bebel Isaac.

"Eh bisinglah kau ni, macam perempuan bebel, dahla pagi buta." Keluh Hayden. Isaac memang sangat drama king ya.

Arden tidak berkata apa, terus bangun dan menuju ke tandas untuk membersihkan diri.

Setelah selesai, dia kembali ke ruang tamu. Hayden, Isaac telah pun terlelap. Dua orang anak buahnya yang lain terus balik menuju rumah masing-masing.

Arden menapak ke dapur dan minum segelas air. 'Betulka apa yang aku buat tadi? Or did i made thing worst?' Fikir Arden seorang diri.

'Ah sudahlah, baik aku tidur.' Arden terus menuju ke arah sofa tadi dan terus baring untuk tidur.

HIS EVERYTHING (C)जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें