Bab 54 ♡

1.8K 49 1
                                    

Pagi itu, mereka berdua memulakan hari mereka seperti biasa. Aurelia sibuk memasak, manakala Arden hanya berdiri membatu di tepi dapur.

"Kenapa diam saja ni? Taknak cakap dengan abang ka?" Suara Arden menerjah telinga Aurelia.

Aurelia masih membisu, sedaya upaya mengabaikan kewujudan suaminya disitu.

"Hey. What's wrong? Semalam okay ja?" Kini Arden menghampiri tubuh isterinya. Pinggan isterinya dipeluk dari belakang.

"Abang. Tepilah. Lia nak masak ni." Rungut Aurelia. Tangan cuba meleraikan lingkaran di pinggangnya.

"No! Unless you tell me what's wrong." Arden menegaskan suaranya.

"Lia.. tak tahu. Lia masih kecewa dengan abang. Tambah pula Lia masih tak tahu apa-apa." Aurelia menundukkan kepalanya.

"Aurelia Rose... Kan abang kata. Habis kita makan, abang terangkan semuanya. Kita makan dulu ya?" Arden memujuk isterinya.

Aurelia mengangguk lemah. Tangan meleraikan lingkaran di pinggangnya dan menyambung masak.

Setelah selesai, mereka berdua melabuhkan duduk.

"Meh abang suap?" Kata Arden. Kerusi Aurelia ditarik dengan mudah menghampiri kerusinya.

"Abang! Lia nak makan sendiri lah." Terjerit kecil Aurelia apabila kerusinya ditarik dengan mengejut.

"Aaaa nganga mulut cepat." Arden menyuakan tangan yang penuh nasi ke arah Aurelia. Aurelia dengan muka sebalnya hanya mengikuti apa sahaja suaminya mahu.

"Ha sedap tak air tangan abang?" Arden mengjongketkan keningnya berkali-kali bersama sengihan yang tidak lekang dari bibirnya.

"Suka suki ja air tangankan masakan kita." Aurelia menjeling suaminya. "Abang tak geli ka? Suap Lia?" Tanya Aurelia dengan tiba-tiba.

"Hah? Kenapa tanya macam tu?" Berkerut dahi Arden memandang isterinya.

"Betullah soalan Lia. Tak geli ka?" Tanya Aurelia lagi.

"Kenapa abang nak geli pula? Lia isteri abang kot. Lagi abang suka adalah makan bersuap macamni. Lagi bagus kalau gelas pun kita kongsi. Baru sweet kan?" Arden menayangkan senyuman manisnya.

"Ya ya ja. Ikut suka abanglah nak makan macam mana pun." Aurelia sudah malas berdebat dengan suaminya. Memang takkan habis.

"Nak tambah lagi?" Tanya Aurelia selepas suapan terakhir.

"Abang dah kenyang." Jawab Arden.

Aurelia mengambil pinggan dari tangan Arden namun ditepis perlahan.

"Sayang kan dah masak tadi. Sekarang biar abang kemas. Pergi basuh mulut, duduk dekat ruang tamu. Kejap lagi abang datang." Arah Arden.

Aurelia mengeluh, namun dipatuhi juga arahan suaminya. Dia berlalu ke singki lalu membasuh mulut, kemudiannya menapak ke ruang tamu dan melabuhkan duduk.

Manakala Arden sedang membasuh dan mengelap pinggang.

"Sayang, mari duduk sini." Kata Arden setelah tiba di ruang tamu. Pahanya ditepuk.

Aurelia bangun dan melabuhkan duduk di paha suaminya.

"Kenapa?" Tanya Aurelia.

"Lia nak tahu latar belakang abang kan? Abang nak cerita lah ni. Tapi janji sesuatu boleh?" Arden merenung ke dalam anak mata isterinya.

"Janji apa?" Tanya Aurelia lagi.

"Janji, jangan bencikan abang selepas Lia dengar semuanya. Abang seorang yang jahil dulu, seorang yang kejam dan jahat." Tutur kata Arden semakin perlahan.

HIS EVERYTHING (C)Where stories live. Discover now