Bab 31 ♡

1.7K 43 4
                                    

TRIGGER WARNING!!!

Izz... please.." Bergetar suara Aurelia. Dia bangkit semula, menapak ke belakang.

"You cabar I Aurelia. I told you before this, you would regret it." Izz melangkah menghampiri Aurelia.

Seluruh ruang tamu itu gelap tanpa sebarang lampu, Aurelia terlupa untuk memetik suis lampu. Kini, mereka hanya diterangi cahaya dari lampu luar sahaja.

"Izz, don't do this. Keluar dari sini atau I jerit." Nada Aurelia kedengaran sangat bergetar.

"You wanna scream? Then go ahead. Jerit lah, jerit sepuas hati you. But you're gonna make things worst sayang." Kedengaran tawa sinis di hujung ayat. Kaki Izz melangkah menghampiri Aurelia.

Aurelia yang sedang mengundurkan diri tiba-tiba terhenti tatkala belakang tubuhnya sudah pun terlanggar dinding. Dia cuba berlari ke atas, tetapi Izz lebih pantas. Dia mengepung tubuh Aurelia menggunakan kedua-dua tangannya.

"Where do you think you're going huh?" Izz berbisik di tepi telinga Aurelia yang sedang menggigil.

Aurelia sedaya upaya menolak tubuh itu menjauhinya, namun apalah kudratnya nak dibanding dengan lelaki yang sedang marah ini?

"Izz tolong, jangan sentuh I. I'm begging you please, stop this." Aurelia berkata, kepala hanya ditoleh ke arah kirinya. Dia tidak sanggup menatap wajah Izz kala ini.

"I tak nak pun buat benda ni Lia, tapi you degil. You yang tolak I mentah-mentah. You lupa hm?" Tanya Izz lembut, tangannya diangkat mengusap wajah gadis itu.

Air mata Aurelia mula menitis, sungguh dia takut. Saat ini dia mengharapkan siapa-siapa sahaja datang membantunya.

"Please, I janji, I akan terima you semula. Tapi lepaskan I dulu." Rayu Aurelia, matanya terpejam tatkala merasa sentuhan di pipinya.

"You ingat I bodoh?!!! I'm gonna make you mine tonight. Kalau I tak boleh dapat you, then I'll make sure lelaki lain jijik dengan you!" Izz menengking, tangannya menumbuk dinding di sebelah kepala Aurelia.

Aurelia terus menghamburkan tangisan, terhenjut bahunya kerana terkejut.

"TOLONG!!!!!" Jerit Aurelia sekuat yang dia mampu. Dia juga terus melepaskan diri dari kepungan Izz. Kakinya laju berlari ke arah pintu. Keadaan yang gelap menyukarkan dia untuk melihat dengan jelas.

"Damn it Aurelia Rose! Don't you ever dare run away!" Tengking Izz, langkahnya yang panjang sekejap sahaja melintas Aurelia.

Tudung Aurelia ditarik kasar, pin yang dipakai tercucuk di leher sedikit. Aurelia mendesis sakit. Tubuh kecil itu ditarik, dan dilempar ke lantai.

"Allah." Hanya itu yang mampu Aurelia katakan saat tubuhnya kuat terhentak lantai.

"Kau sini. Kau nak lari mana Aurelia? Kau nak mampus ka?" Izz terus menukarkan panggilan mereka. Dia menarik rambut Aurelia yang sudah terdedah itu.

"Izz tolong sakit.. lepaskan I. I minta maaf." Rayu Aurelia.

Izz mendekatkan wajahnya ke Aurelia, hidungnya dibawa ke rambut itu. Mencabar nafsu lelakinya.

HIS EVERYTHING (C)Where stories live. Discover now