Bab 17 ♡

1.7K 52 1
                                    

Aurelia mengemaskan barangnya untuk pulang. Jam sudah menunjukkan tepat pukul 5 petang. Dia melangkah keluar dan berdiri menunggu di hadapan lif.

Encik Zarif pula tidak pulang ke pejabat langsung, memang betul-betul ada hal tu.

Saat berjalan, Aurelia merasakan kepalanya berdenyut kuat, dia berpegang pada dinding di sebelah lif itu. Dia memejamkan mata kuat cuba untuk menghilangkan rasa sakit.

Tingg!!!!
Sebaik sahaja pintu lif terbuka, dia bertemu lagi dengan Arden.

Dia mendongakkan kepala,"Eh Arden, ada apa ke sini?" Aurelia mengjongketkan keningnya sambil bertanya. Dia kembali meluruskan badannya.

"Jumpa Zarif kejap." Jawab Arden mendatar sambil matanya memerhati perilaku si gadis.

"Kau nampak pucat, are you okay?" Tanya Arden sambil melangkah menghampiri Aurelia.

"Yeah I'm fine. Tak sihat sikit." Jawab Aurelia perlahan.

"Btw Encik Zarif tak ada dekat office. Dia dah keluar dari pagi lagi. Ada apa-apa urgent ka?" Tanya Aurelia.

"Oh okay. Kau nak masuk ke tidak ni?" Tanya Arden sambil menahan pintu lif.

"Ya ya." Aurelia berlari ke dalam lif dan kembali bersandar, dia mendongakkan sedikit kepalanya.

"You're not okay Lia, kau sakit kepala?" Tanya Arden mendatar .

Aurelia membuka matanya dan terlihat Arden merenungnya.

"Ya sakit sikit. Tak ada apalah." Jawab Aurelia sambil tersenyum nipis.

"Aku tak yakin nak biar kau drive seorang diri Lia, let me help you." Kata Arden sebaik sahaja pintu lif terbuka.

Aurelia melangkah keluar diikuti Arden.

"Saya okay, lagipun ini bukannya first time saya sakit kepala. Saya boleh drive sendiri. Jangan risau okay?" Pujuk Aurelia. Sejujurnya dia segan kerana dia sudah banyak menyusahkan jejaka itu sejak kali pertama mereka bertemu.

"Ikut kau lah, dan jangan perasan. Siapa cakap aku risau? Aku takut kau tetiba terlanggar pokok tak ka sayang kereta kau tu?" Kata Arden sambil mata memerhatikan ke arah lain.

"Yelah, saya balik dulu." Kata Aurelia mendatar. Sungguh kalau dia tidak sakit kepala sekarang, memang dia sudah bidas apa yang Arden katakan. Tapi sekarang dia tidak ada tenaga untuk itu.

Aurelia menapak ke arah keretanya dengan perlahan, lalu terus memboloskan diri ke dalam. Dia memulakan pemanduan dengan perlahan. Sudahlah hujan lebat. Harapnya dia boleh bertahan.

Saat kereta Aurelia perlahan membelah jalan, ada satu motosikal berkuasa tinggi yang mengekorinya sejak dari tadi. Aurelia tidak sedar, terlalu fokus dengan pemanduannya.

~~~~~

"Haih degil betullah kau ni stellina. Bawa kereta pun senget, bahaya betul." Ujar seorang lelaki yang mengekorinya sejak tadi.

Ya, Arden Nolan, masih setia mengekori kereta itu sehingga ke destinasi.

"Kenapa lah aku boleh buat benda bodoh macam ni. Sudahlah baru kenal, rajin betul aku tolong dia." Kata Arden seorang diri.

Tubuhnya sudah lencun dengan hujan lebat. Tangannya pula kejap-kejap diangkat untul lap visor helmet.

Setelah hampir 35 minit, Aurelia akhirnya tiba di rumah. Arden memarkir motosikalnya agak jauh dari rumah Aurelia. Dia tidak mahu gadis itu perasan akan kehadirannya.

HIS EVERYTHING (C)Where stories live. Discover now