Bab 11 ♡

1.7K 58 2
                                    

Aurelia Rose dengan longlainya melangkah ke mejanya. Sungguh dia tidak cukup tidur, terlalu memikirkan hal yang satu itu. Tipulah kalau dia cakap tidak ada rasa sakit, tapi dia perlukan penjelasan atas semua yang terjadi.

Belum sempat dia duduk, ada satu suara menegurnya. "Eh Aurelia, lewat harini?" Encik Zarif bertanya. Yalah, selalunya Aurelia antara yang terawal sampai pejabat.

Aurelia memanggung kepalanya sambil tersenyum nipis. "Maaf encik, tak sengaja."

Kening Encik Zarif terus terjongket melihat wajah Aurelia. "Your eyes Lia, what happened? Awak menangis atau apa?" Prihatin suara Encik Zarif bertanya.

"Eh tak tak, saya tak boleh tidur semalam, sebab tu juga saya lewat pagi ni. Jadinya sembab lah mata saya hahaha." Kedengaran palsu sungguh tawa Aurelia.

Encik Zarif hanya mendiamkan diri, dia tahu ada yang tak kena tapi dia tidak ada hak untuk bertanya lebih. "Yalah, saya ada meeting tak harini? Harapnya takda lah." Kata Encik Zarif sambil menggaru kepalanya. Dia terlalu banyak kerja sehinggakan tidak ingat jadualnya.

"Em kejap saya cek." Aurelia jeda seketika. "Ada encik, pukul 1 nanti."

"Aduh." Encik Zarif menepuk dahinya.

"Kenapa encik?" Aurelia hairan dengan perilaku bosnya itu.

"Saya kena ambil someone dekat airport kejap lagi. Tapi ada meetinglah pula." Jawab Encik Zarif. "Um can you please help me Lia?"

"Saya kena ambil someone tu dekat airport?" Teka Aurelia.

"Yes!!! Please please. Saya belanja awak nanti." Pujuk Encik Zarif.

"Um yalah, pukul berapa?" Tanya Aurelia.

"Katanya touchdown around 1:30 macamtu. Kalau ada apa-apa saya inform awak lain lah." Jawab Encik Zarif.

Aurelia hanya mengangguk dan Encik Zarif berlalu masuk ke pejabatnya. Dia memulakan tugasnya seperti biasa.

Tepat pukul 12, Encik Zarif menapak keluar dari biliknya. "Lia jangan lupa tau nanti. Thank you so much!" Kata Encik Zarif sambil tersengih.

"Yaa encik sama-sama." Jawab Aurelia dengan mendatar. Kepalanya masih serabut dengan teman lelakinya itu.

Aurelia juga turut berlalu keluar, perutnya sudah berbunyi. Dia menapak ke keretanya.

Dia terus memandu keluar dari syarikat itu dan memandu tanpa hala tuju.

"Haih nak makan apa ni?!" Keluh dia seorang diri. "Ah fastfood jelah." Dia menukar arah pemanduannya ke Mid Valley.

Tibanya dia di sana, kaki terus melangkah laju ke Restoran K Fry.

"Selamat tak ramai." Bisik Aurelia.

Setelah memesan makan, dia melabuhkan pinggulnya di hujung restoran itu. Dia malas menghadap manusia yang lalu-lalang.

Tiba-tiba telefon Aurelia bergetar menandakan ada panggilan masuk.
Dia melihat sekilas lalu nama pemanggil 'My Talia ♡', terus dia menjawab panggilan itu.

"Yes Talia, kenapa?" Terus Aurelia bertanya.

"Weh kau kat mana? Jom lunch sekali." Kata Talia.

"Mid Valley ni, dekat K Fry. Kau?" Tanya Aurelia balik.

"Cantikkkk, aku otw, 10 minutes." Terus Talia meletakkan panggilan.

Makanan yang sudah sampai dibiarkan dahulu, Aurelia ingin menunggu Talia dahulu untuk makan bersama-sama.

"Liaaa sayanggggg!!!!!" Kuat suara Talia memanggilnya. Aurelia terus menutup muka dengan kedua tapak tangannya.

"Ishhh kau ni slow la sikit suara tu. Tak pasal-pasal orang cop kita songsang tau!" Marah Aurelia sambil menjeling tajam sahabatnya itu.

HIS EVERYTHING (C)Where stories live. Discover now