Bab 23 ♡

1.7K 52 2
                                    

Arden keluar dari pejabatnya menuju ke lobi. Jam sudah menunjukkan pukul 9 malam. Dia bekerja lebih masa hari ini kerana menyiapkan proposal untuk mesyuarat hari esok.

Arden mengurut lehernya perlahan-lahan, terasa lenguh kerana terlalu lama menunduk. Kakinya perlahan melangkah ke arah keretanya.

"What the f*ck?!" Kuat suara Arden. Matanya terbuntang melihat keadaan Porsche Panamera miliknya yang dianiaya seseorang.

Kesan darah atau cat merah yang bertulis 'Your turn is coming!' pada badan keretanya.

Arden mengetap giginya, tangan menggepal penumbuk. Dia mendekati keretanya dan jarinya mencalit sedikit cecair itu. Jarinya dibawa ke hidung.

"MERDA!" Kata Arden kuat setelah dia mendapati cecair merah itu memang darah.

Dia kemudian mengambil gambar keretanya. Dia tidak boleh pulang dalam keadaan macam ini, dia risau orang awam akan melaporkan kepada pihak polis.

Matanya menangkap paip yang terdapat pada belakang tiang tersebut. Dia menapak laju ke arah itu dan tangan mengambil paip. Pili dibuka lalu dicurahkan air ke keretanya.

"Bodoh! Satu hal pulak aku jadi pencuci kereta malam-malam gini. Kalau aku dapat orang yang buat ni memang aku siat-siat kulit kau buat lauk." Bebel Arden seorang diri.

Hampir 30 minit Arden mencuci kesan darah yang melekat itu. Dia mengelap dahinya yang berpeluh.

"Finally!" Kata Arden setelah selesai, lalu dia meloloskan diri kedalam keretanya.

Porsche Panamera miliknya laju membelah jalan. Dia ingin cepat pulang ke rumah, badannya sudah letih. Otaknya pula tidak henti memikirkan siapa dalang di sebalik perbuatan itu.

Akhirnya dia tiba di rumah, kaki melangkah masuk ke dalam dan matanya menangkap ketiga-tiga sahabatnya yang sedang melepak di ruang tamu.

"Hai orang kuat, busy betul sampai lewat balik." Kata Hayden.

"Diam lah kau, serabut aku." Kata Arden sambil melabuhkan duduk pada salah satu sofa di ruang tamu itu.

"Kau apahal? Macam tak elok ja?" Tanya Isaac sambil mata memerhati setiap inci wajah Arden.

"Someone's playing with me." Kata Arden mendatar. Wajahnya berubah tegang.

"What's that supposed to mean?" Tanya Hans pula. Matanya melekat di kaca televisyen.

Arden mengeluarkan telefon bimbitnya dan menunjuk gambar yang diambil tadi kepada ketiga-tiga sahabatnya.

"Bro?! The heck?" Terkejut Isaac melihat gambar itu.

"Was that blood?" Tanya Hayden pula.

"Yes, darah. Dekat kereta aku!" Jawab Arden.

"Kau ada nampak siapa-siapa tak?" Tanya Hans pula.

"No, no one was there. Aku ja yang ada." Jawab Arden sambil mengurut dahinya.

"Even guard?" Tanya Hans lagi.

Arden terdiam. Ya, seorang pengawal keselamatan pun tak ada waktu itu. Ke mana mereka pergi?

Hayden pula mencapai komputer ribanya yang berada di atas meja kopi. Jarinya laju menekan papan kekunci.

"Kau buat apa?" Tanya Isaac.

"Tengok cctv lah." Jawab Hayden.

"Celah mana pula kau nak tengok?" Kata Hans pula.

"Kau orang ni ada amnesia ka apa? Lupa aku hacker?" Kata Hayden dengan nada yang menjengkelkan. Matanya menjeling tajam kedua sahabatnya itu.

"Oooo lupa hehe." Kata Isaac sambil menggosok belakang lehernya.

Mata dan jari Hayden bergerak laju. Kejap dia berkerut, kejap wajahnya tegang.

"Got it! Tapi..." Kata-kata Hayden terhenti seketika.

"Tapi apa?" Tanya Arden.

"No clip found, seolah-olah cctv tu memang ada orang delete." Kata Hayden.

"What?!" Arden terkejut.

"Maknanya... kerja orang dalam lah?" Isaac berkata perlahan.

"Betul juga, sebab macam mana dia boleh delete klip dari cctv kan? Unless he is a hacker too." Kata Hans.

"Biar ja lah dulu. Aku nak tengok apa lagi malaun tu nak buat." Arden memberikan kata putus.

"Seriously? Kau tak risau?" Tanya Isaac.

"Aku? Risau? Memang idokler. He's messing with the wrong man." Kata Arden sambil tersenyum sinis.

Hans hanya melihat perilaku sahabatnya itu.

"Perlukan apa-apa, kau cari kita orang." Kata Hayden sambil menepuk bahu Arden.

Arden hanya menganggukkan kepalanya. Dia melangkah ke atas menuju ke biliknya. Dia memerlukan rehat. Kepalanya sakit dengan masalah demi masalah yang timbul.

Maklumlah, dia baru sangat berjinak-jinak dalam dunia perniagaan seperti ini. Dia memerlukan masa untuk menyesuaikan diri.

Tambahan pula masalah yang satu ini muncul. Macam tak ada orang lain nak diganggu.

Arden membuka tali lehernya, dan butang kemejanya satu persatu. Kemeja itu dilucutkan, dan dia melangkah ke dalam bilik air untuk membersihkan diri.

Setelah hampir 15 minit, dia melangkah keluar dari bilik airnya. Arden hanya mengenakan tuala yang dililit di pinggang. Dia berdiri di hadapan cermin.

Tubuhnya dibelek. Tangan kirinya diangkat dan menyentuh tatu ular yang diukir dari lengan sehingga ke leher.

"Wow so seksi la you." Fokus Arden terganggu dengan satu suara yang tidak asing baginya. Kepala ditoleh ke pintu dan melihat tubuh Isaac tegak berdiri di situ.

"Tangan kau patah ka?" Tanya Arden mendatar.

"Hah? Apahal tanya macamtu? Ni elok ja berfungsi." Tanya Isaac sambil kedua tangannya diangkat dan melambai-lambai ke udara.

"Oh berfungsi. Habistu apasal tak reti ketuk pintu? Memang suka terjah. Kalau aku tengah membogel tadi macam mana?" Tanya Arden geram.

"Oh kalau kau tengah bogel lagi bagus. Lagi aku suka!" Sengaja Isaac berkata begitu. Mulutnya lebar dengan senyuman.

"Betul ni?" Tanya Arden.

"Apa yang betul pulak ni?" Tanya Isaac kembali.

"Yalah kau kata kalau aku bogel lagi bagus." Jawab Arden.

"Haah, lepastu?" Hairan Isaac dengan Arden. Dia tidak faham apa yang cuba disampaikan sahabatnya itu.

"So meh la aku bogel depan kau. Bagi kau tengok puas-puas." Kata Arden sambil keningnya dijongket-jongketkan dan bibir tersenyum sinis.

Tangan diletakkan di tuala, ingin melucutkan.

"ARGHHH HAYDENNN KAU TENGOK ARDEN NAK CABUL AKU!" Jerit Isaac sambil memejam matanya. Takut matanya terlihat sesuatu yang harom.

"Lah kata nak tengok aku bogel kan? Meh sini meh." Kata Arden sambil menarik tangan Isaac. Dia sedaya upaya menahan tawanya.

"HANSSS!! HAYDEN!! TOLONG! AKU MASIH SUCI!" Jerit Isaac lagi. Kepalanya digelenggkan laju, mata pula dipejam rapat.

"Sorry lah! Sudah lah! Jijik lah aku!" Kata Isaac lagi sambil merentap kembali tangannya yang berada dalam genggaman Arden.

"Nak buat lagi tak lepasni? Taknak ketuk pintu lagi?" Tanya Arden.

"Yaa aku janji aku ketuk!!!!!" Jawab Isaac kuat.

Arden melepaskan genggamannya. Dia melepaskan ketawa yang ditahan sedari tadi.

"Tahu pun kau. Nak main-main lagi." Kata Arden.

"Pergi mampus lah kau, eee jijik bodoh aku!" Kata Isaac sambil badannya bergerak menjauh pintu.

"Blah kau, aku nak tidur." Kata Arden.

"Atau kau nak tidur dengan aku?" Tanya Arden tiba-tiba.

"DIAMLAH!" Jawab Isaac kuat sambil langkahnya dilajukan ke bilik sendiri.

HIS EVERYTHING (C)Where stories live. Discover now