Bab 12 ♡

1.7K 60 2
                                    

Akhirnya Aurelia tiba di Zander's, masa terasa sangat lama dengan 4 orang jejaka dalam kereta. Sungguh dia sangat kekok.

"Encik-encik semua, kita dah sampai ni. Mari ikut saya." Kata Aurelia dengan lembut. Manalah dia tahu mungkin mereka ini client penting untuk Encik Zarif.

Aurelia mendahului langkahnya menuju ke pejabat Encik Zarif diikuti keempat-empat jejaka itu.

"Aaa masuklah, kejap lagi Encik Zarif sampai, encik semua boleh tunggu dalam bilik ni." Kata Aurelia sambil matanya memandang mereka berempat.

Terus mereka berempat masuk ke dalam, Aurelia pula menutup pintu dan berlalu ke mejanya. Dia membelek jam di tangan, sudah pukul 2:40 p.m. tetapi bayangan bosnya masih belum nampak.

Dia kembali menyambung kerjanya yang tertangguh, sedang dia fokus tiba-tiba terdengar jeritan dari arah bilik bosnya. Dia terus bangun dan berlari.

Sebaik sahaja dia membuka pintu, matanya menangkap dua orang jejaka yang sedang bergaduh menarik rambut.

"Err encik berdua ni kenapa? Sampai ke luar saya dengar suara." Tanya Aurelia sambil menggaru tepi dahinya.

"Just ignore these two idiot." Suara lelaki bernama Arden menjawab persoalan Aurelia.

"Oh okay haha." Ketawa Aurelia kedengaran sangat kaku.

Sebaik sahaja dia memusingkan tubuhnya untuk keluar, dia nampak Encik Zarif sedang melangkah menghampiri.

"Encik, lama betul." Kata Aurelia.

"Maaf, sesak pula jalan tadi. Macam mana dia orang? Ada kacau awak tak?" Tanya Encik Zarif.

"Oh takda, okay ja. Ni dia orang tengah tunggu encik tu." Jari Aurelia menunjuk kepada keempat-empat jejaka itu.

"Masuk sekali Lia. Saya ada benda nak cakap juga." Kata Encik Zarif lalu menapak masuk. Aurelia pula terus menutup pintu dan berdiri kaku di situ.

"Bro! Long time no see la." Encik Zarif terus memeluk lelaki bernama Arden itu. "How was flight? Okay?"

"Yup, semua okay, cuma tadi time kat airport, boleh ada sorang perempuan ni kutuk aku, dia ingat aku tak faham bahasa melayu kot." Arden berkata sambil matanya sekilas lalu memandang Aurelia.

"Sumpah la? Hahahahah memang la mana ada orang expect kau boleh berbahasa melayu, muka tu 100% orang luar." Kata Encik Zarif sambil galak ketawa.

Aurelia pula hanya terkedu seketika dengan perlian Arden, dia merenung lelaki itu dengan perasaan jengkel.

"So ini lah kawan-kawan yang daddy kau kata?" Encik Zarif berkata lalu melangkah ke arah 3 lelaki yang lain.

Arden hanya mengangguk.

"Hi, I'm Mikael Zarif, Arden's cousin." Encik Zarif memperkenalkan diri. "Lia, come here." Encik Zarif memanggil dia.

Aurelia pula terkejut, dia tidak sangka bosnya ada sepupu matsalleh. Rare betul. Dia melangkah ke tepi bosnya.

"You can call me Hans, nice to meet you Zarif, and you too miss." Kata lelaki berambut blonde bermata biru laut itu sambil matanya memandang ke arah Encik Zarif dan Aurelia bersilih ganti.

"Arden, Arden Nolan." Ringkas sahaja perkenalan lelaki bertatu ular di lengan dan bermata amber itu.

"I'm Hayden Larsen, panggil aku Hayden saja." Lelaki bertubuh tinggi dan mempunyai tatu bercorak naga dileher pula berkata.

"Dan saya lelaki terkacak di dunia ini, Isaac Henrick, you can call me Isaac." Kata Isaac pula sambil mengenyit matanya kearah Aurelia. Isaac mempunyai parut yang agak panjang di sisi matanya. Tapi sikit pun tidak mencacatkan rupanya langsung.

HIS EVERYTHING (C)Where stories live. Discover now