Bab 53 ♡

1.8K 49 1
                                    

Tangan isterinya digenggam erat. Dia melepaskan keluhan.

"Do you think she will be okay?" Tanya Arden kepada sahabat-sahabatnya.

"She will." Jawab Hans.

"Bila sayang nak bangun? Dah sehari sayang terlantar atas katil ni." Arden membisikkan kata-kata kepada Aurelia.

Akibat hentakan yang agak kuat dikepala, Aurelia diberi rehat. Tubuhnya juga penuh dengan kesan cengkaman dan lebam.

Arden meletakkan kepala disisi katil Aurelia, memejamkan matanya. Kepalanya juga sudah berdenyut. Dia langsung tidak dapat melelapkan mata kerana terlalu risau akan keadaan Aurelia.

Tiba-tiba, jari Aurelia yang berada dalam genggamannya mula bergerak. Kepalanya terus dipanggung semula.

"Sayang?" Arden merenung wajah Aurelia yang mula menyedarkan diri.

"Alhamdulillah sayang dah bangun." Terus dahi isterinya dikucup lembut.

Aurelia hanya membisukan diri. Otaknya masih belum dapat proses sepenuhnya.

Arden yang melihat isterinya masih terpinga-pinga terus menekan butang di sebelah katil. Tidak sampai seminit, masuk seorang doktor.

"She's awake Zayn." Kata Arden.

"Aurelia Rose?" Panggil doktor yang bernama Zayn.

Aurelia menolehkan kepalanya memandang doktor tersebut.

Doktor Zayn terus memeriksa keadaan Aurelia.

"She's okay now. Tapi hentakan tu masih buatkan dia keliru." Terang Zayn kepada mereka.

"Okay thanks dude." Bahu Zayn ditepuk Arden.

Arden menghampiri isterinya yang tengah terduduk.

"Bila saya boleh keluar?" Tanya Aurelia tanpa memandang ke wajah suaminya.

"Sekarang pun dah boleh." Jawab Zayn. "Aku keluar dulu." Zayn menghadiahkan senyuman buat Arden.

"Kalau boleh abang taknak Lia keluar lagi." Kata Arden setelah Zayn berlalu pergi.

"No. Lia nak balik Malaysia." Jawab Aurelia.

"Sayang. Abang.." Kata-kata Arden dimatikan dengan suara keras Aurelia.

"Apa yang awak tak faham ni Arden? Saya nak balik!" Mata Aurelia tajam merenung wajah suaminya.

Dia masih terkejut. Terkejut dengan kenyataan. Suaminya merupakan seorang pembunuh. Dirinya ditipu hidup-hidup.

Arden pula terdiam, mendengarkan panggilan Aurelia kepadanya juga sudah berubah. Dia melepaskan keluhan.

"Abang tahu Lia marah. Lia ada hak nak marah. Abang minta maaf." Kata Arden, kaki melangkah perlahan-lahan ke arah isterinya.

"No! Awak penipu Arden!" Aurelia terus bangun dari duduknya, berdiri menghadap suaminya. Kehadiran Hans, Isaac dan Hayden diabaikan.

"Who are you Arden? You killed people!" Suara Aurelia naik seoktaf.

"I have to sayang. Kalau abang tak bunuh mereka, you're gonna die. I cant lose you. I cant.." Arden cuba mencapai tangan isterinya namun ditepis.

"Jangan sentuh saya. Awak tipu saya selama ni Arden? Awak.. awak punca saya ada dekat hospital sekarang. Awak.. punca saya hampir dirogol sekali lagi. Awak punca Arden!" Aurelia memaut besi katilnya, dia kecewa. Dia takut.

"I'm sorry. Sumpah abang tak berniat. Abang takut kalau Lia tahu. Lia takkan terima abang sebagai suami Lia." Lirih suara Arden saat ini.

"I know, I failed to protect you again. Abang mengaku salah abang. Disebabkan kesilapan lalu abang, Lia yang jadi mangsa. How I wish I can turn back time sayang." Mata Arden lunak merenung wajah isterinya yang basah dengan air mata.

HIS EVERYTHING (C)Where stories live. Discover now