Bab 19 ♡

1.6K 62 1
                                    

Aurelia Rose melangkah perlahan ke dapur, dia terdengar bunyi kuali dan sudip berlaga.

"Morning mama." Kata Aurelia sambil tersenyum manis. Pagi ini dia terasa lain, disebabkan kata-kata sahabatnya itu, dia sedar dia tidak perlu bersedih.

"Morning sayang, Lia nak ke office dah ka?" Tanya Puan Zarina.

"Belum lagi ma, nak breakfast dulu hehe." Aurelia berkata lalu mencium pipi ibunya.

"Ish kamu ni, mama tengah masak jangan kacau." Bebel Puan Zarina sambil tangannya tangkas bergerak.

"Alah nak manja pun kedekut la mama ni." Merajuk Aurelia sehingga termuncung bibirnya.

"Tak payah nak merajuk sangat, tolong mama sediakan pinggan sudu semua kejap." Arah Puan Zarina.

"Ai ai mama!" Kata Aurelia sambil tersengih.

"Eh papa mana? Tak nampak pun?" Tanya Aurelia.

"Papa dah keluar awal pagi, katanya harini ada mesyuarat penting. Dia taknak terlewat, jadinya awal pagi dah keluar." Terang Puan Zarina.

Aurelia hanya menganggukkan kepala sebagai tanda faham.

"Lia, mama nak tanya sikit." Tanya Puan Zarina dengan serius.

"Err kenapa mama?" Aurelia mula resah, dia risau mamanya tahu perihal Izz dan dia.

"Lia okay?" Tanya Puan Zarina sambil merenung ke dalam anak mata berwarna coklat itu.

"Kenapa mama tanya macamtu? Lia nampak tak okay ka hahahah." Aurelia ketawa, cuba menutupi keresahan di dalam hatinya.

"I'm your mother Aurelia Rose. Mama tahu kamu menangis berhari. Apa yang jadi?" Tanya Puan Zarina dengan tegas.

"Maaf mama, Lia taknak mama risau sebabtu Lia diamkan saja." Kata Aurelia menunduk, dengan suara yang perlahan.

"Tell me anak mama, apa yang jadi?" Pujuk Puan Zarina sambil tangannya mencedok nasi goreng yang telah dimasak ke dalam pinggan mereka berdua.

"We broke up, me and Izz." Kata Aurelia senafas. Matanya dipejamkan.

"Kenapa? Apa yang jadi?" Tanya Puan Zarina sambil mengusap bahu anaknya.

"Takda apa la mama, Lia tak ready lagi nak cerita. Lagipun betullah apa yang papa kata haritu. Dah 4 tahun dia masih taknak ikat Lia." Terang Aurelia sambil melihat mamanya.

"Takpa Lia, ada yang lebih baik tu nanti. Lia jangan bersedih sangat. Tak elok ya." Nasihat Puan Zarina.

"Lia minta maaf sebab berahsia dengan mama ya?" Aurelia mencium tangan mamanya sebagai tanda mohon maaf.

Puan Zarina mengusap pipi anaknya. "Mama faham, dah jom makan, kejap lagi kamu lewat pula."

Mereka berdua terus menjamu selera, beberapa minit kemudian, Aurelia bergerak ke pejabatnya.

Setibanya di aras 11, dia menapak keluar dari lif. Tetapi telinganya laju menangkap bunyi riuh-rendah yang datang dari arah mejanya dan pejabat Encik Zarif.

Dia melangkah dan terlihat ada seorang wanita yang sedang jerit memarahi Kak Nita, salah seorang cleaner di situ.

"Kenapa ni? Apa jadi Kak Nita?" Tanya Aurelia lembut.

"Kak Nita tak sengaja terlanggar cik ni." Kak Nita menjawab persoalan Aurelia.

"Itu saja?" Tanya Aurelia sambil mengjongketkan keningnya.

"Ya Aurelia." Jawab Kak Nita sambil kepalanya laju mengangguk.

"Kak Nita pergilah sambung kerja ya." Arah Aurelia.

HIS EVERYTHING (C)Where stories live. Discover now