Bab 27 ♡

1.6K 67 6
                                    

Aurelia melangkah ke keretanya. Mereka yang lain juga sudah pulang. Jam menunjukkan pukul 11 malam. Agak lama mereka lepak di situ.

Aurelia memboloskan diri ke dalam keretanya, saat dia menggerakkan kereta, dia berasa sesuatu yang pelik. Dia keluar semula dan matanya terus memerhati tayar kereta.

"Oh sh*t. Macam mana boleh pancit pula ni?!" Aurelia bebel seorang diri saat matanya tertancap pada tayar yang telah lembik itu.

Dia masuk semula ke dalam kereta, tangan mengambil telefonnya dan menghubungi Talia.

"Talia, kau dah gerak eh?" Tanya Aurelia.

"Haah dah gerak ni. Kenapa?" Tanya Talia pula.

"Oh takda apalah, bye." Aurelia terus menamatkan panggilan. Dia perlu pulang dengan grab kalau macam ni.

Dia kembali keluar dari keretanya. Tubuh dibongkokkan melihat tayar. Ingin mengenalpasti punca. Rasanya tadi masa parking elok sahaja tayarnya.

"Kau kenapa ni?" Tanya satu suara yang mengejutkan Aurelia.

Dia mengurut dadanya. "Ish awak ni, terkejut saya." Kata Aurelia lalu mendengus geram.

"Kenapa? Kereta rosak?" Arden tanya lagi.

"Tak, tayar ni ha. Tadi elok ja, ni tiba-tiba dah lembik." Adu Aurelia dengan muka muramnya.

"Ketepi sikit." Arden mengarahkan Aurelia, lalu dia membongokkan tubuh dan membelek tayar itu.

Dia menarik nafas, tubuh kembali ditegakkan, terus matanya meliar ke sekeliling tempat itu seperti mencari seseorang.

"Awak kenapa?" Tanya Aurelia, hairan dengan tingkah laku lelaki itu.

"Nothing. Ni kau nak balik dengan apa?" Tanya Arden, tangan sebelah dimasukkan ke dalam poket seluarnya.

"Umm naik grab lah. Nak balik dengan apa lagi." Jawab Aurelia. Matanya kembali fokus pada skrin telefon.

"No need. Let me drive you home." Kata Arden, mata merenung tajam mata si gadis.

"Eh tak payahlah Arden, saya boleh naik grab ja. Lagipun rumah awak dengan saya kan bertentangan, nanti nak kena pusing jauh la." Aurelia menolak pelawaan lelaki itu. Dia tidak mahu susahkan sesiapa.

"This is an order Aurelia. Balik dengan aku. Kereta kau tu biar dulu, nanti aku panggil orang tengokkan." Arah Arden dengan tegas.

"Tapi...." Tidak sempat Aurelia menghabiskan ayatnya, Arden terus memotong.

"Tak ada tapi tapi. Bahaya balik dengan grab seorang diri lewat malam macam ni Aurelia. Kau tu perempuan. Jadi apa-apa siapa nak tolong?" Bebel Arden kepada Aurelia.

"Yelah." Aurelia mengalah, langkahnya mengikuti Arden dari belakang menuju ke kereta lelaki itu.

Mereka memboloskan diri ke dalam kereta.

"Awak ingat tak jalan ke rumah saya." Tanya Aurelia sebaik sahaja melabuhkan duduk di seat kereta itu.

Arden hanya menganggukkan kepala sahaja sebagai jawapan. Matanya memerhatikan keadaan sekeliling.

"Apa yang awak tercari-cari dari tadi ni?" Tanya Aurelia lagi. Dia hairan melihat tingkah lelaki itu.

Arden hanya mengabaikan soalan Aurelia dan memulakan pemanduan.

Tanpa Aurelia sedar, ada satu tubuh seorang lelaki yang sedang menahan marah kerana rancangannya rosak begitu sahaja. Mata tubuh itu menikam tajam Porsche Panamera yang telah bergerak meninggalkan kawasan itu.

HIS EVERYTHING (C)Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora