Bab 25 ♡

1.7K 49 4
                                    

Sudah 2 hari berlalu, tetapi tiada langsung gangguan dari musuh Arden. Seolah-olah dia menghilang terus.

"Bro, jom keluar malam ni." Kata Arden setelah membuat panggilan kepada Zarif.

"Okay, korang set lah tempat. Nanti inform aku." Jawab Zarif.

Arden terus meletakkan panggilannya. Dia seorang yang jarang ajak orang melepak, tetapi sejak-sejak ini dia memerlukan sesuatu yang lain. Kepalanya sarat dengan masalah pejabat.

Manakala di luar, ada dua ekor bala yang sedang melangkah menghampiri pejabatnya.

"Eh Encik Isaac, Encik Hayden nak jumpa Encik Arden ka?" Tanya setiausaha Arden, Melissa.

"Yalah, takkan kita orang nak menari dekat sini." Jawab Hayden.

"Kejap ye." Kata Melissa sambil meliuk-lentokkan tubuhnya yang dibaluti pakaian yang agak seksi.
Berkemeja hitam dan skirt tight.

"Kau ni buat kerja elok-elok tak boleh ka? Dah serupa ulat beluncas aku tengok." Kata Isaac selepas matanya sakit melihat wanita itu. Setahu dia, Melissa ini muslim, tetapi berpakaian dan kelakuan terbalik pula.

"Ala Encik Isaac ni asyik garang ja kerja." Kata Melissa dengan lenggok suara yang sangat lembut.

"Eh sudahlah kau, lembab buat kerja pun. Pakai lah elok sikit. Sini tempat kau bekerja, bukannya club untuk kau pakai tak senonoh macam ni." Kata Hayden, sambil sempat menegur wanita yang sudah mencuka wajahnya.

Terus Melissa tersentak, dia bekerja disini dengan harapan dapatlah mengorat salah seorang daripada tiga jejaka itu. Masalahnya ketiga-tiga mereka tersangatlah sombong, muka beku memanjang.

Isaac dan Hayden terus menapak ke bilik Arden. Tanpa diketuk, terus pintu itu dirempuh. Arden yang tengah menaip terus terkejut.

"Kau dua orang beruk ni memang tak faham bahasa ka?" Tanya Arden sambil mata helangnya tajam merenung kedua-dua bala itu.

"Haah, kita orang kurang bahasa sikit. Maaf ye bos." Kata Isaac sambil tersengih.

"Takpa, alang-alang kau orang kat sini kan. Boleh tolong aku tak?" Tanya Arden.

"Tolong apa?" Tanya Hayden pula.

"Cabutkan pintu tu, lepasni tak payah susah-susah ketuk dah. Siapa yang nak masuk, meh la masuk." Kata Arden.

"Hek eleh kau ni, itu pun nak perli." Kata Isaac sambil menjeling Arden.

"Nak apa kau orang berdua datang ni?" Tanya Arden.

"Oh, nak ajak lunch kejap lagi." Jawab Hayden.

"Aku tak keluar, banyak benda nak settlekan ni." Arden berkata sambil mata kembali melekat pada komputer ribanya.

"Lah lepastu makan apa?" Tanya Hayden.

"Tengoklah nanti." Jawab Arden. "Oh ya, malam japg, kita lepak. Aku dah call Zarif tadi."

"Lepak? Sejak bila kau pandai melepak?" Tanya Isaac hairan.

"Eh punya pasal lah aku nak melepak atau tak. Taknak ikut sudah." Kata Arden menahan geram. Banyak songeh betul dua ekor ni.

"Eh nak lah! Okay bye Arden muah!" Kata Isaac lalu berlari keluar diikuti Hayden.

Arden hanya mampu menggelengkan kepalanya. Sudahlah masuk tak reti ketuk, ni keluar bukannya nak tutup pintu.

~~~~~

Encik Zarif menapak keluar dari pejabatnya menuju ke meja Aurelia. Matanya menangkap setiausahanya yang sedang sibuk membuat kerja.

HIS EVERYTHING (C)Where stories live. Discover now