Bab 48 ♡

1.9K 53 4
                                    

Aurelia membuka matanya perlahan-lahan lalu ditonyoh. Dia bangun dari tidurnya dan mata terus mencari Arden.

"Abang?" Laung Aurelia, tetapi tiada sahutan.

Dia terus mencapai telefon bimbitnya.

"Ya Allah pukul 11?!" Telefon diletakkan semula dan terus dia melangkah ke bilik air untuk membersihkan diri.

Setelah selesai, dia melangkah ke bawah. Baru telinganya terdengar bunyi televisyen di ruang tamu.

"Abang?" Panggil Aurelia.

"I'm here little star." Jawab Arden dari arah dapur.

"Abang masak?" Berkerut dahi Aurelia apabila matanya menangkap Arden yang lengkap memakai apron sedang tangkas memasak.

"Yalah, sayang ingat abang tak reti masak ka? I'm a pro okay." Jawab Arden sambil tersenyum.

"Manalah saya tahu. Alfredo?" Tanya Aurelia lagi.

"Haah, sayang makan kan pasta chicken alfredo?" Tanya Arden, kepala menoleh ke arah isterinya.

"Makan!!" Antara makanan kegemarannya.

"Maaflah, abang tak pandai masak makanan melayu lagi." Kata Arden.

"Tak apa. Kenapa abang tak kejutkan Lia? Terkejut tengok tadi dah pukul 11 lebih tau." Aurelia mencebikkan bibirnya.

"Sayang nampak letih. Tak sampai hati pula kejutkan." Jawab Arden. Tangan menghidangkan pasta ke dalam pinggan.

Mana tidaknya. Mereka membuat majlis pada waktu malam. Majlis pula berakhir pada pukul 12 tengah malam. Pukul 2 baru mereka dapat melelapkan mata setelah pulang ke rumah.

"Maaf, susahkan abang pula kena masak." Aurelia menundukkan kepalanya.

"Hey apa ni? You're not my maid okay. You're my wife. Abang tak kisah pun kalau Lia taknak masak. Abang sendiri boleh buat." Pipi isterinya dicekup dengan kedua-dua belah tangan.

"Terima kasih." Ucap Aurelia. "Ada apa-apa Lia boleh tolong lagi?"

"Tolong angkat ke depan ja. Duduk meja makan diam-diam. Kejap lagi abang datang. Nak kemaskan sikit." Arah Arden.

Aurelia hanya mematuhi arahan suaminya. Dia bergerak ke meja makan dan melabuhkan pinggul disitu.

"Kenapa buka tv tu? Bukannya ada orang tengok pun." Tanya Aurelia sebaik sahaja Arden melabuhkan duduk di hadapannya.

"Oh terlupa la hehe." Arden menayangkan sengih.

Aurelia menggelengkan kepalanya dan menyuapkan pasta ke dalam mulut.

"HMM SEDAPNYAA!!!" Aurelia menggoyangkan kakinya di bawah meja.

"Gonna be one of my favorite food now!" Bersungguh-sungguh Aurelia memuji.

"Thank you sayang." Arden tergelak kecil.

Setelah habis makan, Aurelia melangkah ke ruang tamu. Dia belum puas meneroka rumah mereka. Aurelia yang sedang memerhatikan seluruh rumah terus terjerit. Arden pula terus berlari ke arah isterinya.

"Kenapa menjerit ni?!" Kuat suara Arden, seperti nak terkeluar jantungnya saat ini.

"Abang ada piano?!" Teruja suara Aurelia bertanya.

"Lah? Takkan awak tak perasan kot?" Arden menggaru kepalanya, hairan dengan isterinya.

"Sebab taklah saya terkejut. Abang pandai main?" Tanya Aurelia.

Arden mengangukkan kepalanya.

"Saya nak tengok abang main boleh? Please please please." Rayu Aurelia sambil mengerdipkan matanya.

HIS EVERYTHING (C)Место, где живут истории. Откройте их для себя