Bab 18 ♡

1.6K 52 2
                                    

Setibanya Aurelia di rumah, dia terus menapak ke biliknya. Lebat sungguh hujan petang ini.

Dia terus membersihkan dirinya dan menunaikan solat Asar. Kemudian dia terus baring di atas katil. Tangan menggapai telefon dan menyemak whatsapp yang diterima.

"Lia, taknak makan ka? Mama dah panaskan lauk tu." Kata Puan Zarina di sebalik pintu.

"Kejap lagi Lia turun ma." Kata Aurelia senada.

Selepas apa yang terjadi, selera makannya sudah berubah. Dia tidak lagi tersenyum seperti dulu. Mungkin bagi orang lain, ini hanya hal kecil.

Tetapi tidak bagi Aurelia, Izz ialah cinta pertamanya. 4 tahun mereka susah-senang bersama, sungguh tidak mudah baginya untuk menerima hakikat ini.

Dia cuba, bukannya tidak, tetapi setiap kali dia mencuba, pasti dirinya akan ditemani dengan air mata.

Seperti sekarang. Dia terbaring di atas katil, merenung siling bilik, telefonnya didakap erat di dada. Air mata mengalir perlahan-lahan.

"Ya Allah please tell me it will all be okay." Bisik Aurelia perlahan, mata terpejam seketika.

Semua kenangan bagaikan satu filem yang diulang tayang berpuluh kali di dalam kepalanya.

"More than once..." Ayat itu sentiasa bermain di kepalanya.

Malamnya yang selalu tenang kini berubah menjadi sesuatu yang sangat dia tidak suka. Dia hanya akan terbaring seorang diri, berharap dia mampu tidur tetapi semuanya semakin sukar.

"Apa yang I buat Izz? When did you start to slip away? Why didn't I see the signs? Atau I yang butakan mata dan hati untuk terus percayakan you selama ni?" Kata Aurelia perlahan, seorang diri.

Dia menangis lagi, menangis untuk cintanya yang sudah musnah, kepercayaan yang retak, dan masa depan yang dia telah rancang lama dengan lelaki itu.

Aurelia kembali duduk di atas katilnya, tangan diangkat lalu jarinya mengusap air mata yang laju mengalir. Dia menarik nafas dalam-dalam.

Aurelia berlalu ke bilik air dan membasuh mukanya. Dia kemudian berlalu ke dapur. Dia perlu makan, dia tidak mahu mama dan papanya syak sesuatu telah berlaku padanya.

Ya, mama dan papanya tidak tahu apa yang telah terjadi, dia hanya berpura-pura okay sahaja di hadapan mereka. Nasibnya baik kerana isu Izz tidak pernah meniti di bibir mereka setelah sekian lama.

Aurelia mencedok nasi dan lauk lalu melabuhkan pinggul di kerusi dapur. Dia menyuapkan semulut nasi dan mengunyah perlahan-lahan.

Fikirannya sudah terbang entah ke mana. Setelah 4 suap, dia sudah tidak mampu menghabiskan makanannya.

Dia mencuci pinggan dan kembali ke biliknya. Berdiri di balkoni dan mendongakkan kepalanya melihat bintang-bintang yang berkelipan di langit.

Telefonnya berdering, dia melangkah masuk ke dalam dan terus menjawab panggilan itu.

"Ya Talia, ada apa?" Tanya Aurelia perlahan.

"Kau ada rumah?" Tanya Talia.

"Ya kenapa? Ada apa-apa ka?" Tanya Aurelia semula.

HIS EVERYTHING (C)Where stories live. Discover now