Bab 50 ♡

2.3K 60 4
                                    

Matanya terpisat-pisat dibuka. Telefon di sebelah diambil, sudah menunjukkan pukul 8 pagi waktu Itali.

Baru sahaja dia ingin bangun, tubuhnya ditarik semula.

"Abang. Pukul 8 dah ni. Lia lapar la." Aurelia meleraikan pelukan suami di pinggangnya.

"Hm okay." Pelukan dileraikan Arden. Aurelia terus berlalu ke bilik air untuk membersihkan diri.

Setelah 20 minit, dia melangkah keluar. Mata tertancap pada tubuh suami yang sedang menghadap komputer ribanya. Aurelia melepaskan keluhan.

Dia melangkah ke arah Arden, tangan dilingkarkan di leher suaminya.

"Abang, awalnya dah kerja?" Tubuhnya dibongkokkan saat berkata.

"Nak check kalau ada urgent matter." Jawab Arden. Komputer riba di tutup kembali. Dia bangun dari duduknya, dan menoleh menghadap isterinya.

"Hm wangi." Arden melakarkan senyuman buat isterinya.

"Pergi mandi cepat." Tubuh Arden ditolak ke bilik air.

"Taknak. Nak kiss dulu." Arden memuncungkan mulutnya.

"Eee dahla tak gosok gigi. Pergi mandi dulu." Arah Aurelia.

"Nasib sayang bertudung kan?" Tiba-tiba sahaja Arden berkata begitu.

"Hah? Apa maksud abang?" Aurelia bertanya.

"Kalau sayang tak bertudung, habis semua orang nampak leher macam tu." Sengih Arden lalu terus ke bilik air.

Aurelia merengus geram. Dia terus bersiap-siap sementara suaminya sedang mandi.

Tudung dililit elok di kepala. Lalu dia bermain dengan telefonnya sekejap. Pintu biliknya tiba-tiba diketuk kuat.

Dia berjalan ke arah pintu, dan terus membukanya sebelum dia melihat ketiga-tiga sahabat suaminya sedang berada di luar melalui lubang di pintu.

"Ketuk elok-elok tak boleh ka? Macam pencuri ja." Kata Aurelia.

"Hehe. Mana Arden?" Tanya Isaac.

"Ni apahal datang bilik aku?" Belum sempat Aurelia menjawab, Arden mencelah mereka dengan bertuala di pinggang.

"Kita orang laparlah! Apa yang lambat sangat korang ni?" Kata Hayden sambil memeluk tubuhnya.

"Lah? Pergi jelah makan. Aku bukannya bapak kau nak kena teman kan?" Jawab Arden, mukanya tegang.

"Alah kau ni. Semalam dah berseronok pun harini masih nak marah-marah." Celah Hans yang mendiamkan diri sedari tadi.

"Excuse me?" Tanya Arden, dia melangkah berdiri di sebelah isterinya.

"Tu, cover lah sikit leher tu. Nak tunjuk kat kita orang ka apa?" Isaac memuncungkan mulutnya menunjuk ke arah leher Arden.

Aurelia terus menoleh. Dia terdiam sekejap. Muka memerah menahan malu.

"Eh bodoh. Korang yang datang sini kan? Aku bersiap pun tak sempat.  Berambus sekarang." Kata Arden. Wajah menyampah ditayang.

"Sudahlah. Nanti aku kahwin, aku tayang kat kau. Jomlah kita makan dulu. Tunggu dorang dua ni lusa baru makan agaknya." Kata Hayden lalu terus melangkah pergi.

Arden mengabaikan perlian Hayden. Pintu bilik ditutup.

"Serabut betul la bala tiga ekor tu." Keluh Arden.

Aurelia tersenyum nipis sahaja.

Selesai mereka membersihkan diri dan bersiap, Arden dan Aurelia terus turun ke bawah untuk makan.

HIS EVERYTHING (C)Donde viven las historias. Descúbrelo ahora