Bab 42 ♡

1.8K 59 2
                                    

Setelah sebulan mempersiapkan segala persiapan, hari yang dinanti-nantikan akhirnya tiba. Telinganya menangkap bunyi riuh rendah dibawah. Manakala dia hanya berada di dalam biliknya.

Tangan yang sejuk digenggam, dia menarik nafas dalam saat merasakan dadanya berdebar hebat.
Mata memerhati wajahnya di hadapan cermin.

"Okay dah siap!" Kata jurusolek wanita itu.

"You are effortlessly beautiful Rose!" Puji jurusolek bernama Rania.

"Thank you." Aurelia berkata, matanya hanya memerhati setiap inci wajahnya. Tidak berubah banyak, cuma menaikkan seri wajahnya.

"Okay now I nak pakaikan you tudung pula." Lincah tangan Rania bergerak melilit selendang putih yang dipakai Aurelia.

"Everything is done! You berdiri cepat I nak tengok." Arah Rania sambil tersengih.

Aurelia bangun dari duduknya. Dia memerhati pantulan dirinya di cermin. Dia mengenakan baju kurung moden berwarna putih. Nampak simple tapi sangat cantik.

Bunyi pintu bilik diketuk. Aurelia menolehkan kepalanya.

"Ya Allah Lia! Cantiknya kau!" Terus Natalia memeluk erat sahabatnya.

"I'm so sorry sebab lewat!!!" Kata Talia.

"Tak apalah. Janji kau ada sekarang ni pun dah cukup." Jawab Aurelia perlahan. Wajahnya pula jelas menunjukkan riak takut dan berdebar.

Rania pula sudah turun ke bawah apabila dia telah selesai menyiapkan Aurelia.

"Kau kenapa muka monyok ni! Kejap lagi kau nak jadi isteri orang dah tau." Talia menepuk lengan sahabatnya perlahan.

"Sumpah aku takut Talia. Tak pernah terfikir aku akan kahwin secepat ni." Jawab Aurelia.

"Jangan terlalu risau, nanti kau yang serabut." Tegur Talia.

"Lia, pengantin lelaki nak sampai dah ni." Kata Puan Zarina di sebalik pintu.

"Okay ma." Terus dada Aurelia semakin berdebar. Dia menarik dan menghembus nafas perlahan.

"Jom turun!" Talia menarik lengan sahabatnya. Elok sahaja mereka keluar pintu, terdengar riuh rendah di bawah. Mungkin pengantin lelaki sudah sampai.

Aurelia melangkah turun perlahan-lahan. Matanya tidak sekali pun diangkat memerhati para tetamu. Dia berdebar!

Tiba di anak tangga terakhir, Talia menemaninya sehingga ke atas pelamin. Pelamin bertemakan bunga berwarna putih dan ungu lembut kelihatan sangat cantik. Dia melabuhkan duduk di situ.

Sebaik sahaja dia duduk, mata terus diangkat untuk memerhati tetamu-tetamu. Tetapi, matanya terus melekat pada bakal suaminya yang segak memakai baju melayu berwarna putih, lengkap bersampin dan bersongkok.

Arden yang sedang bersila di hadapan Encik Harith pula terkaku melihat wajah yang telah lengkap bersolek itu.

"Ehem sabar bro. Jangan tenung lagi. Belum halal, belum!" Usik Isaac yang sedang duduk di sebelah Arden.

Terus tetamu lain melepaskan ketawa masing-masing.

"Boleh kita mula?" Tanya Encik Harith.

Arden mengangukkan kepalanya.

"Aku nikahkan dikau dengan anakku, Aurelia Rose Binti Harith, dengan mas kahwin RM250 dan cincin emas tunai." Suara Encik Harith bergema di seluruh rumah.

"Aku terima nikahnya, Aurelia Rose Binti Harith dengan mas kahwin RM250 dan cincin emas tunai." Hanya dengan sekali lafaz, kini mereka sudah sah menjadi suami isteri.

HIS EVERYTHING (C)Where stories live. Discover now