Bab 33 ♡

1.6K 46 3
                                    

"Oh god! Aurelia!!". Arden terus mematikan telefonnya dan berlari keluar saat matanya tertancap pada tubuh Aurelia yang sudah terkulai layu di atas lantai.

Dia terduduk di sebelah tubuh gadis itu, kepala Aurelia dirangkul ke ribanya. Pipi itu ditepuk perlahan.

"Wake up Lia! Oh god Zarif, ambilkan kunci kereta aku!" Cemas suara Arden, tubuh kecil itu diangkat dan dirangkul kemas.

"Let me drive, jom cepat." Zarif juga turut melangkah laju.

Mata-mata yang memerhatikan mereka dihiraukan saja. Aurelia lebih penting saat ini. Zarif memandu manakala Arden di bahagian belakang penumpang bersama Aurelia.

Hampir 35 minit masa diambil untuk tiba di Prince Court. Tubuh itu dirangkul semula, kaki berlari anak ke dalam hospital itu.

"Where's Reana?" Tanya Arden pada salah seorang jururawat disitu.

"In her room. What's wrong with her?" Jawab jururawat tersebut dan turut bertanya tentang keadaan Aurelia.

Arden menghiraukan soalan itu, dia terus menuju ke bilik salah seorang kawannya. Zarif mengikut langkahnya dari belakang sambil jari mendail nombor seseorang.

"Reana! Please help me!" Terjah Arden sebaik sahaja pintu bilik doktor itu dibuka.

"Hey Arden? Kenapa ni?" Tanya Reana terkejut, tidak sangka Arden akan datang secara mengejut.

"Dia pengsan, we don't know what had happened. Tapi muka dia pucat. Please check on her." Kata Arden. Tubuh Aurelia masih kemas dalam rangkulannya. Matanya tidak lepas merenung wajah pucat itu.

"Ikut I." Arah Reana, kaki terus melangkah ke arah satu bilik yang kosong.

Arden terus membaringkan tubuh Aurelia di atas katil yang terdapat di dalam bilik itu. Wajahnya jelas menunjukkan riak risau.

"Can both of you keluar?" Reana menoleh lalu bertanya kepada dua jejaka itu.

"Arden jom." Ajak Zarif setelah dia lihat Arden hanya mendiamkan diri sahaja.

Arden mengeluh perlahan, dia dan Zarif keluar dan menunggu di kerusi yang disediakan di koridor aras itu.
Dia memejamkan mata, menongkat dagu.

"She's fine Arden, kau jangan risau." Zarif menepuk bahu Arden perlahan. Bibir membentukkan senyuman nipis.

"Zarif? Arden? Mana Aurelia?" Tanya satu suara.

Kedua-dua jejaka itu mengangkat kepala.

"Still in there. Kita tunggu ja dulu." Jawab Zarif pada soalan Natalia. Setelah tiba di hospital tadi, terus dia menghubungi Talia.

"Ada apa-apa jadi ka?" Tanya Talia setelah melabuhkan pinggul di salah satu kerusi di situ.

"Tak tahu, dia masuk halfday tadi. Itu pun last minute dia bagitahu saya. Her face was so pale.." Kata Zarif.

Mereka bertiga hanya terdiam menunggu doktor. Masing-masing memejamkan mata.

"Arden.." Panggil Reana.

Terus ketiga-tiga mereka bangun dan merapati Reana.

"How is she?" Tanya Arden. Mukanya tegang.

"Is she married?" Pertanyaan Reana menimbulkan tanda tanya kepada mereka bertiga.

"Tak, kenapa? Apa yang jadi?" Terus Talia bertanya. Jantungnya berdegup kencang.

"I'm sorry, but I believe she was raped." Perlahan nada suara Reana memberitahu.

Ketiga-tiga mereka terpempan. Tiada satu suara pun kedengaran.

HIS EVERYTHING (C)Where stories live. Discover now