Bab 55 ♡

1.9K 45 3
                                    

"Welcome back Arden, Aurelia!" Laung Zarif dari jauh.

"Hahaha hi Encik Zarif." Aurelia tergelak kecil sambil melambaikan tangannya.

Hari ini mereka bertujuh sudah merancang untuk berjalan-jalan sekitar Melaka. Disebabkan bulan madu di Itali diganggu, Arden memutuskan supaya mereka menyambung di Melaka sahaja, bersama sahabat-sahabat mereka.

"Lia!!! Rindunya aku dekat kau!" Tubuh Aurelia terus dipeluk Natalia. Selepas bernikah, memang sudah lama dia tidak bertemu dengan sahabatnya yang seorang ini.

"Maaflah aku dah lama tak jumpa kau." Kata Aurelia sambil membalas pelukan.

"Tak apa. Aku faham. Kau okay?" Tanya Natalia.

"Alhamdulillah okay." Aurelia menayangkan senyuman manis buat sahabatnya.

"Ahhh sudahlah tu. Bila nak gerak? Aku dah tak sabar ni!" Celah Isaac yang sedang duduk dari tadi.

"Jom gerak." Ajak Hayden. Lalu mereka masuk ke dalam kereta masing-masing.

"Aku nak naik dengan Arden." Kata Isaac.

"Tak payah nak merepek. Kau pergi naik dengan dorang tu." Potong Arden. Penumbuk yang digenggam dihala kepada Isaac.

"Alah. Kedekut lah kau ni." Cebik Isaac, lalu melangkah masuk ke dalam kereta milik Hans.

Mereka bertujuh memulakan perjalanan ke Melaka. Dihadapan sekali, kereta yang dinaiki Arden dan Aurelia, di belakang mereka, Hans, Hayden dan Isaac. Manakala belakang sekali, kereta Zarif dan Natalia.

"Abang, Talia dengan Encik Zarif tu ada apa-apa ka?" Tanya Aurelia, dia hairan. Nampak mesra, siap naik kereta sekali pula tu.

"Entahlah. Abang pun tak pasti. Kena tanya Zarif la. Dia pun kejap-kejap bertukar girlfriend." Jawab Arden, mata masih memfokuskan pada pemanduannya.

"Lia nak lelap mata kejap tau." Kata Aurelia.

"Okay. Nanti sampai abang kejutkan." Arden mengerling wajah isterinya yang nampak letih.

Dia tahu Aurelia tidak dapat tidur dengan baik semalam. Tidur isterinya dikejutkan dengan kejadian hari itu. Selepas itu, Aurelia susah untuk melelapkan matanya semula.

Perjalanan yang selama 2 jam setengah akhirnya berakhir. Mereka bertujuh tiba di Bandar Melaka.

"Sayang, kita dah sampai ni." Pipi Aurelia ditampar perlahan.

Aurelia menggerakkan tubuhnya perlahan-lahan lalu meregangkan badannya.

"Jom keluar." Arden melangkah keluar dari keretanya, dan terus ke pintu belah isterinya. Pintu itu dibuka dan tangan disua.

Aurelia menyambut huluran tangan itu bersama senyuman.

"Cantiknya. Dah lama Lia tak datang sini. Masa sekolah rendah ja, lepastu tak pernah sampai kesini pun." Kata Aurelia, matanya disajikan dengan Kota A Famosa.

"Jom kita makan." Ajak Hans.

Mereka bertujuh berjalan-jalan mencari kedai makan. Nasi menjadi pilihan mereka.

"Kau ada nak bagitahu apa-apa ka dekat aku?" Aurelia mengecilkan matanya kearah Natalia.

"Hah? Bagitahu apa?" Tanya Natalia.

"Tu, berkepit dengan Encik Zarif saja. Takkan tak ada apa-apa?" Keningnya dijongketkan.

"Hehe, kami masih baru la. Segan la nak bagitahu kau." Natalia tersengih.

Aurelia mencubit lengan sahabatnya.

"Aduh sakitlah gila." Lengan Aurelia ditampar.

"Ni apahal korang berdua?" Tanya Hayden.

HIS EVERYTHING (C)Where stories live. Discover now