Bab 9 ♡

1.7K 51 2
                                    

"Handsome gila laki aku kan Lia!" Natalia menggeletis memuji lakinya itu.

"Yaaa Talia sayang, dia memang handsome meletup perfect." Aurelia dengan malas memuji lelaki Talia.

Oh ya, lelaki yang dipuji-puji itu Tom Cruise lah. Tepat pukul 11:30 malam, movie tersebut tamat.

"Ugh kau ni tak supportive langsung." Kata Talia dengan sebal. "Kereta kau park dekat mana?" Tanya Talia.

"Dekat parking luar, aku malas nak masuk parking mall tadi. Kau?" Mereka berdua bergerak menuju ke aras 1.

"Aku dekat parking mall. Gerak dulu Lia, sampai inform aku! Hati-hati jalan tu." Prihatin Talia kepada sahabatnya.

Mereka berdua berpisah, Aurelia berjalan ke pintu utama Mid Valley. Dia melangkah perlahan ke arah keretanya.

"Hai cik adik, sorang ja ka?" Terkejut Aurelia ditegur oleh seorang lelaki.

Dia mengalihkan pandangannya ke arah suara itu, dan terlihat ada dua orang lelaki tengah bersandar di moto.

"Tak la, bertiga ni, takkan tak nampak?" Jengkel suara Aurelia menjawab persoalan bodoh lelaki itu.

"Mana lagi dua? Tak nampak pun?" Hairan lelaki itu bertanya.

"Ni ha, saka saya. Nak tengok kalau saya boleh minta dia tunjukkan diri." Aurelia mengetap giginya kerana bengang.

Terus lelaki dua orang itu diam dan pandang ke arah lain. Tahu takut. Macam tak ada kerja lain nak kacau perempuan. Teman lelaki siapalah itu.

Setelah masuk ke dalam kereta, dia memulakan pemanduannya. Seelok keretanya berhenti di lampu merah berhampiran Bukit Bintang, matanya terpandang sesuatu yang menyesakkan dadanya.

Izz Firash sedang berpegangan tangan dengan seorang wanita yang berpakaian agak seksi, berjalan-jalan di Bukit Bintang dengan mulut masing-masing membentukkan senyuman.

Dia terdiam, memerhatikan pasangan itu. Rasa sepertinya hatinya dicarik-carik. Dunianya terasa sunyi sekelip mata.

PINN!! PINN!!
Hon kereta berbunyi. Terus Aurelia tersedar lampu merah sudah bertukar hijau. Dia mengerakkan keretanya dengan perlahan. Air mata bergenang tanpa dia sedar, lalu mengalir di pipi mulusnya itu.

Dia mengenggam stereng kereta. Dia melajukan pemanduan terus ke rumah. Air matanya yang mengalir dikesat laju.

Setibanya di rumah, dia terus ke bilik. Aurelia merasakan seperti diperbodohkan mati-matian.

"Sabar Lia, kita minta penjelasan dia nanti."

◇◇◇◇◇◇◇◇◇

Sicily, Italy

Arden Nolan menguruskan fail-fail pejabat daddynya. Dia memang telah diajar untuk menguruskan syarikat tersebut jika suatu hari nanti Zander tiada, ada Arden yang menjaga syarikat itu.

Arden meraup mukanya setelah berasa serabut dengan proposal yang perlu disiapkan ini.

"Bro! Victor!" Pintu pejabat Arden diterjah Hans, Arden terdiam sekejap melihat raut wajah Hans yang kelihatan cemas itu.

"Why? What happened?" Tanya Arden lalu bangkit dari kerusinya.

"Dia pengsan dekat rumah, sekarang ada hospital, daddy kau minta kau datang sekarang." Beritahu Hans.

Arden hanya menganggukkan kepalanya lalu bergerak menuju ke bawah. Dia menaiki kereta Hans sahaja, tidak ada masa untuk ke keretanya.

Kereta Hans laju membelah jalan raya. Mereka tiba di hospital tersebut dan terus menuju ke bilik yang Victor dirawat.

Mata Arden menangkap beberapa orang penting Piu Oscuro. Dia tahu, ini akan menjadi berita buruk kepada keluarganya.

"What happened to him daddy?" Tanya Arden sebaik sahaja kakinya berhenti melangkah di sebelah daddynya.

"Dia pengsan, lepastu daddy kejut dia langsung takda respon." Suara Zander kedengaran lemah.

Arden hanya mengangguk dan berdiam diri. Hans pula hanya kaku berdiri sebelah Arden, dia tidak tahu apa yang perlu dikatakan. Arden melabuhkan pinggul di salah satu kerusi yang terdapat di situ diikuti Hans.

"Bro!" Arden terus mengangkat kepala apabila terdengar suara sahabatnya itu.

Hayden dan Isaac melangkah menghampiri Arden dan Hans.

"Sebelum kau orang tanya, aku jawab dulu. Victor jatuh pengsan, dan sekarang tengah dirawat. Kesimpulannya aku tak tahu apa-apa lagi." Kata Arden senafas.

Hayden dan Isaac hanya mengangguk lalu melabuhkan pinggul di kerusi berhadapan Arden dan Hans.

Hampir 2 jam mereka bertapa di situ, tiada satu doktor pun yang keluar dari bilik rawatan.

"Bosan do, jom game seround." Ajak Isaac.

"On, aku dah mengantuk gila ni." Jawab Hans sambil dipersetujui Hayden.

Mereka bertiga terus mengeluarkan telefon masing-masing. Aplikasi Mobile Legends dibuka. Arden pula hanya diam sahaja, sejujurnya dia hanya terbayang katilnya sahaja.

"Kau picklah marksman gila! Pakai sniper saja in real life tapi dalam game tak reti!" Bebel Hayden.

"Ala kau ni bising ah! Aku baru nak pakai nana!" Keluh Isaac.

"Euw pakai hero gegirl, apa kau ni. Tengok aku, assasin kot." Hans membangga diri.

Arden memejamkan matanya, dia memerlukan rehat kerana sejak ini sangat sibuk menguruskan syarikat itu.

"WOI SORANG PUN TAKNAK TOLONG AKU KA! AKU TERSAKITI NI!" Kuat suara Isaac berkata.

"Aduh kau ni bebanlah. Itu pun nak minta tolong." Hayden tersenyum sinis, saja membakar Isaac.

"AH TAK KIRA SORANG TOLONGLAH SINI!" Isaac menjerit lagi.

"Aku sumpah Isaac, lagi sekali telinga aku dengar suara kau kuat macamtu, pecah fon kau!" Arden berkata dengan bengang.

Isaac terus mengunci mulutnya. Bukan takat Isaac sahaja, Hans dan Hayden juga terus mendiamkan diri.

"Bro cepat enemy last hit tu." Bisik Hayden.

"Doktor!" Terus kepala Arden terangkat apabila telinganya menangkap suara daddynya.

Dia melangkah ke arah daddynya dan seorang doktor yang baru keluar dari bilik rawatan itu.

Hans, Hayden dan Isaac hanya mengikuti langkah Arden di belakang.

"What took you so long? What happened in there?" Tanya Arden terus dengan tegas.

"I'm sorry, there was complication in his lung." Jawab doktor itu sambil matanya merenung Arden dan Zander.

"Is he okay? Did the operation go well?" Tanya Zander sambil memegang bahu doktor itu.

"I am so sorry, we couldn't save him." Kata doktor itu sambil menundukkan kepalanya sedikit.

Terus terdiam semua yang berada di situ. Zander juga turut terkejut, tidak sangka Victor akan pergi secepat ini. Zander menarik nafas dalam-dalam, cuba mengumpul kekuatan.

"Thankyou doctor." Kata Zander. "We need a funeral, arrange it." Arah Zander mendatar.

"Daddy, you good?" Arden prihatin terhadap perasaan daddynya itu. Sejahat mana pun Victor, dia masih ayah kepada Zander, mesti Zander berasa sedikit terkilan.

"I'm fine. Thankyou Arden." Angguk Zander perlahan.

HIS EVERYTHING (C)Where stories live. Discover now