Bab 15 ♡

1.9K 57 2
                                    

Aurelia berjalan kembali ke arah Talia dan keempat-empat jejaka itu sambil diikuti Arden di belakang. Dah seperti bodyguard pula dengan berpakaian serba hitam.

"Lia!" Kuat suara Talia memanggilnya. Aurelia terus melajukan langkah dan memeluk sahabatnya itu. Air matanya kembali menitis. Dia memeluk erat sahabatnya.

"Hey hey what happened? Kenapa ni?" Tanya Talia lembut sambil mengusap belakangnya.

Aurelia tidak membalas, dia hanya menangis di dalam pelukan sahabatnya.

"Apa jadi ni Arden?" Tanya Talia kepada Arden.

"It's not my place to tell you." Jawab Arden mendatar.

"Kita balik jom? Kau nak tidur rumah aku?" Tanya Talia semula.

"No. Aku nak balik rumah, nak rehat." Jawab Aurelia sambil memanggungkan kepalanya.

"Okay, kau boleh drive ka ni?" Tanya Talia sambil mengesat air mata sahabatnya.

Aurelia hanya mengangguk.

"Let me drive. Kau tak okay, tak pasal-pasal jadi benda lain." Suara Arden mencelah.

"No tak payah, I can drive. Tak perlu risau." Aurelia menolak pelawaan Arden.

"Stellina, this is an order. Give me your car key." Arah Arden sambil menyuakan tangannya.

"Ishh fine! And stop panggil saya macamtu." Aurelia merengus geram.

"Whatever stellina." Arden berkata sambil tersenyum senget. Tangannya mengambil kunci kereta yang disua Aurelia.

"Kita orang follow belakang lah, kejap lagi kau nak balik dengan apa kan?" Kata Zarif.

Arden hanya mengangguk.

"Let's go Aurelia, where's your car?" Tanya Arden.

Aurelia hanya menunjuk pada satu arah di hadapan hotel.

"Give me a call if you need anything tau!" Kata Natalia.

Aurelia hanya mengangguk lalu melangkah ke arah keretanya. Arden pula mengikuti di belakang seperti biasa.

Mereka berdua meloloskan diri ke dalam kereta milik Aurelia. Arden memulakan pemanduannya. Aurelia pula hanya melemparkan pandangan ke luar tingkap.

Siapa yang tidak rasa sakit kalau teman lelaki sendiri macam itu? Sudahlah 4 tahun mereka bersama. Rasa seperti mimpi.

Tanpa dia sedar, air matanya kembali bergenang lalu mengalir di pipinya.

"Stellina, wipe those tears, he ain't worth crying for." Arden berkata tiba-tiba.

"It hurts, I got cheated on and lied to while my intention and heart was so pure." Aurelia berkata sambil mengesat air matanya.

"Sometimes you need to let go and accept things the way they are, and not the way you wished they could be. Maybe this is to teach you a lesson, to teach that you deserves more." Arden berkata dengan perlahan, matanya mengerling gadis di sebelahnya.

Hatinya sakit melihat air mata gadis itu.

Aurelia hanya diam.

"Kita dah sampai, kau masuk dulu." Kata Arden. Aurelia tidak sedar kerana dia terlalu serabut memikirkan hal yang satu itu.

"Wait. Macam mana awak tahu jalan ke rumah saya?" Tanya Aurelia hairan. Seingatnya, dia tidak pernah bagitahu dimana dia tinggal.

"Zarif yang inform aku. Kau masuk sekarang, dah lewat." Arah Arden tegas.

"Terima kasih, maaf susahkan awak." Aurelia menundukkan kepalanya sebagai tanda maaf.

Arden hanya mengangguk dan memboloskan diri ke dalam kereta sahabatnya berempat itu.

HIS EVERYTHING (C)Where stories live. Discover now