Bab 30 ♡

1.9K 47 3
                                    

"Huwarghhh!!" Kuat bunyi Aurelia menguap di dalam biliknya. Dia berpusing-pusing di atas katil. Tangan mengambil telefonnya, jam sudah menunjukkan pukul 7. Dia bingkas bangun dan terus membersihkan diri.

Setelah 10 minit, dia selesai. Tangan mengambik pakaian yang telah digosok semalam.

"Finally dah Jumaat! Indahnyaaaa!!!!" Jerit Aurelia.

Dia mengenakan baju kurung sahaja hari ini. Tudung bawal kemas di kepala.

"Aurelia Rose! Yang kamu memekik tu kenapa?!" Kedengaran suara mamanya dari luar.

Terus Aurelia mengunci mulutnya. Dia mengambil beg tangan dan melangkah ke dapur.

"Hehe Assalamualaikum mama, papa." Kata Aurelia sambil tersengih sebaik sahaja dia tiba di dapur.

"Hm waalaikumsalam." Jawab Encik Harith, mata masih melekat pada surat khabar. Itulah rutin papanya, setiap pagi mesti baca surat khabar dulu.

"Lia nak gerak ni mama papa, salam." Kata Aurelia lalu menyuakan tangan untuk bersalaman.

"Eh papa lupa cakap. Papa dengan mama nak ke Terengganu tau kejap lagi. Dalam 2 hari." Kata Encik Harith, membantutkan langkah Aurelia.

"Alaaaa nak ikutt!" Rengek Aurelia, bibirnya dimuncungkan.

"Tak payah mengada. Papa nak pergi jumpa kawan lama ja." Jawab Encik Harith.

"Yalah, bosan lah Lia tidur sorang ja nanti hm." Kata Aurelia lagi.

"Habis selama ni kamu tidur dengan kami ka?" Tanya Puan Zarina.

"Ishh mama tak memahami la. Merajuk la macam ni." Sengaja Aurelia bergurau dengan mereka.

"Sudah, dah lewat ni. Nanti balik pastikan pintu semua kunci. Apa-apa terus call papa. Faham?" Arah Encik Harith.

"Okay papa. Drive safely tau nanti. Sampai bagitahu Lia." Aurelia memesan kepada mama dan papanya. Dia merapati mereka berdua lalu mencium pipi mereka.

"Byeee!!" Aurelia melangkah keluar dan memboloskan diri ke dalam kereta.

Dia memulakan pemanduannya ke Zander's. Mulutnya terkumat kamit menyanyi lagu yang dimainkan di radio.

Setibanya di syarikat itu, dia terus memarkir keretanya.

Vroom vroom!

Telinganya menangkap bunyi motosikal berkuasa tinggi. Dia mengerutkan dahinya lantas menoleh ke arah bunyi itu.

"Tak pernah-pernah aku nampak ada orang naik superbike dekat sini." Kata Aurelia seorang diri. Kakinya melangkah perlahan memasuki lobi. Mata sempat mengerling ke arah jejaka yang masih mengenakan full face helmet itu.

Dia menoleh ke depan, melangkah ke lif.

"Morning Lia." Tegur satu suara dari belakang.

Terus Aurelia menoleh, matanya terbuntang sekejap.

"Lah awak ka yang bawa motor tu?" Tanya Aurelia.

"Aku lah. Kenapa?" Tanya Arden. Ya, Yamaha R15 itu miliknya.

"Nothing, cuma nampak handsome hehe." Kata Aurelia sambil tersengih memandang Arden yang lengkap mengenakan suit hitam.

"Erk?!" Arden terdiam. Tak pernah gadis ini memujinya. Bukan takat dia, selama dia dengan Aurelia, tak pernah sekali pun telinganya mendengar pujian Aurelia terhadap lelaki lain. Kecuali rasa rindu pada dua bala itu semalam.

"Nak masuk ke tak?" Tanya Aurelia yang berada di dalam lif. Dia menahan pintu lif, merenung Arden yang tengah terdiam di luar. Fikir apa entah.

Terus Arden melangkah masuk. Matanya kembali tertancap pada Aurelia. Aurelia kelihatan sangat cantik dan manis di matanya dengan mengenakan pakaian seperti ini.

HIS EVERYTHING (C)Where stories live. Discover now