Bab 41 ♡

1.8K 57 1
                                    

"Will you be mine? Be my wife?" Tanya Arden. Mata merenung lembut wajah Aurelia.

"Arden.. saya tak tahu." Perlahan nada Aurelia berkata.

"I promise you this Lia, I will never leave you. I will love you. Only you. No one else. Trust me." Sambung Arden.

Mata Aurelia bergenang, dia takut akan segala kemungkinan. Tetapi dia nampak bagaimana Arden sangat menjaganya selama ini.

Perlahan-lahan, Aurelia menganggukkan kepalanya.

"Yes Arden, but give me time. Until tonight" Sebak suara itu.

Arden terus melebarkan senyumannya. Cincin diletakkan di atas meja.

"Kau pakai lah cincin tu dulu. Aku tak boleh sarungkan sekarang." Pinta Arden, bibir tidak lekang dari senyuman.

Aurelia mencapai sekotak cincin itu. Mata memerhati cincin yang bertatahkan berlian. Sangat ringkas tapi terlalu cantik. Dia tersenyum.

"Awak yakin dengan keputusan awak? Dengan memperisterikan saya?" Tanya Aurelia, mata beralih kepada Arden pula.

"Yes stellina. Aku yakin dengan apa yang aku buat. Aku tahu aku mungkin takkan mampu jadi suami terbaik kau nanti, tak mampu jadi imam yang sempurna untuk kau since aku masih belajar. Tapi satu benda aku janji Lia, aku akan jaga kau, aku takkan biarkan siapa-siapa sakitkan kau. Even if it's meant for me to take the bullet for you, I will do it without any hesitation stellina." Mata merenung ke dalam anak mata Aurelia, cuba meyakinkan wanita itu.

Aurelia pula hanya tergamam.

"Why me? Kenapa awak sanggup nak gadaikan nyawa hanya untuk perempuan yang tak ada apa-apa? Lagipun, kita baru sangat berkenalan." Aurelia bermain dengan tangannya.

Perbualan terhenti seketika apabila makanan yang dipesan sudah tiba.

"I don't know. I have no answer Aurelia Rose. But ever since I laid my eyes on you at the airport. I have those feelings, to protect you, to make you happy, and yes. I fall for you." Arden berterus-terang tentang hatinya.

"Saya... tak tahu nak cakap apa. I'm speechless." Aurelia sesungguhnya masih keliru.

"It's okay. Kalau kau ubah fikiran, cakap dekat aku. Sekarang kita makan dulu." Kata Arden.

Mereka berdua pun menjamu selera. Tanpa ada perbualan.

"Jom, aku hantar kau balik office." Arden melangkah ke kereta seraya menjelaskan bayaran.

Aurelia hanya mengikuti langkah Arden, kali ini. Arden melangkah dengan perlahan, dia memastikan Aurelia sentiasa di sisinya.

"Terima kasih, untuk semua." Kata Aurelia sebaik sahaja mereka tiba di Zander's.

"My pleasure." Jawab Arden.

"Boleh saya bagi jawapan malam ni? Saya nak fikirkan lagi." Aurelia menoleh memandang wajah di sebelahnya.

"Sure Lia. Just call me." Arden memberikan sebentuk senyuman kepada Aurelia.

"Saya naik dulu lah. Terima kasih lagi." Terus Aurelia menoleh dan melangkah ke dalam syarikat.

Elok masuk ke dalam lif, bosnya sudah pun ada di dalam.

"So macam mana?" Tanya Zarif. Dia menjarakkan tubuhnya dengan Aurelia, dia tahu wanita itu masih ketakutan.

"Hah? Apa yang macam mana?" Berkerut dahi Aurelia.

"Arden dah bagitahu kami semua Lia. Jadi sekarang ni, awak dah terima dia?" Terang Zarif.

HIS EVERYTHING (C)Where stories live. Discover now