Bab 49 ♡

1.9K 60 5
                                    

Waktu berlepas mereka pada pukul 5 pagi, tetapi awal 2 jam mereka berlima tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

"Sayang nak makan apa ni?" Arden menoleh memandang wajah isterinya yang kelihatan letih.

"Um saya tak suka makan pagi-pagi. Nanti sakit perut. Abang belikan roti saja lah." Kata Aurelia.

"Okay tunggu sini kejap. Abang pergi belikan." Terus Arden melangkah meninggalkan isterinya bersama ketiga-tiga sahabatnya.

"Ehem Lia, I nak tanya satu benda boleh?" Terus Isaac bersuara apabila Arden hilang dari penglihatan mereka.

"Apa benda?" Aurelia menjongketkan kening ke arah Isaac.

"Arden okay?" Isaac tidak lepas memandang wajah Aurelia.

"Hah? Okay ja. Ada nampak macam dia tak okay ka sekarang?" Hairan betul dia dengan soalan Isaac.

"Bukanlah! Hm macam mana I nak cakap eh?" Isaac mengetuk dagunya.

"Apa benda kau ni?" Bahu Isaac ditepuk Hayden.

"Okay okay. Soalan sebenarnya. Bila you berdua nak bagi kami anak buah?" Isaac tersengih sambil bertanya.

"You ni dah lama tak makan penampar ka apa? Tanya soalan bukan-bukan." Aurelia menjeling Isaac.

"Betullah! I teringin la nak ada baby kecil!!" Rungut Isaac.

"Dah kenapa ni?" Suara Arden menerjah telinga mereka.

"Tah Isaac. Dia tanya bila kita nak bagi dia anak buah." Adu Aurelia.

"Eee you ni! Tak payahlah cakap dekat mamat beku ni." Geram pula Isaac.

"Kau nak baby, kau buatlah sendiri. Itu pun susah ka?" Celah Hans. Matanya dipejam dari tadi. Kantuk menguasai diri.

"Entah. Sibuk minta baby dekat isteri orang." Sambung Hayden pula.

"Arghh diamlah semua!" Terus Isaac menutup mukanya dengan telapak tangan.

"Tapi, abang pun teringin nak ada baby juga. Kita buat baby made in Itali okay?" Bisik Arden di telinga isterinya.

Terus mati senyuman Aurelia mendengar kata-kata suaminya. Dia menelan air liur.

"Apa abang ni. Kalau orang dengar malu lah." Lengan suaminya ditampar lembut.

Arden tersenyum sahaja, plastik roti yang dibeli dibuka lalu disuakan kepada Aurelia.

"Nah makan sikit. Alas perut tu. Nanti masuk angin pula." Arah Arden.

"Dekat kita orang?" Hayden yang merenung pasangan suami isteri itu terus bertanya.

"Apahal pula aku nak kena belikan? Dahla menyemak kacau honeymoon aku. Pergi beli sendiri lah." Marah Arden, masih tidak puas hati dengan kehadiran mereka.

"Hek eleh ada isteri sombong. Menyampah." Terus Hayden berlalu, diikuti Isaac. Hans pula masih memejamkan matanya.

Setelah sejam, akhirnya mereka sudah masuk ke dalam kapal terbang. Aurelia sudah memejamkan matanya, diikuti Isaac, Hayden dan Hans. Hanya Arden yang ralit melakukan kerja di komputer riba.

"Fuh! Akhirnya sampai juga kita!" Jerit Isaac.

Hampir 13 jam masa yang diambil. Badan Aurelia sudah lenguh.

"Sayang okay tak ni?" Tanya Arden, risau melihat wajah berkerut isterinya.

"Okay ja. Tadi silap tidur kot." Jawab Aurelia.

Mereka menaiki 2 buah kereta. Arden bersama Aurelia. Manakala sebuah lagi menempatkan Isaac, Hans dan Hayden. Nasib driver daddynya ada.

"Aku nak rehat dulu. Kesian isteri aku. Korang jangan nak memekak dekat bilik. Kalau ada apa-apa inform aku." Kata Arden kepada sahabatnya.

HIS EVERYTHING (C)Donde viven las historias. Descúbrelo ahora