Bab 3 ♡

2.5K 78 1
                                    

Kuala Lumpur, Malaysia

Aurelia Rose Harith bangun daripada tidurnya setelah terdengar bunyi riuh rendah di ruang tamu. Dia melangkah perlahan lahan ke arah pintu bilik tidurnya itu.

"Haih, apa lagilah yang gaduh pagi pagi macam ni", keluh Aurelia. Inilah mama dan papanya, yang sering bertengkar hanya sebab-sebab yang kecil.

Dia membuka pintu dan keluar menuju ke ruang tamu. "Ma, pa sudahlah, malulah kalau jiran-jiran dengar." Mama dan papa terus mendiamkan diri. Dia kembali ke bilik untuk mandi dan bersiap untuk keluar.

"Ma pa, Aurelia nak keluar jap. Apa2 orang call tau. Nak salam." Aurelia menyuakan tangan untuk bersalam dengan mama dan papa. Kemudian terus melangkah keluar dan masuk ke dalam kereta.

Dia memasang lagu pada radio dan memulakan perjalanan ke Rosys Cafe.

"I'm gonna swing from the chandelier, from the chandelier!" Nyanyi Aurelia sambil memandu. 'Fuh lama gila tak karok ni.'

Elok-elok pukul 12:30 tengahari, dia tiba di cafe tersebut itu. Baru sahaja duduk, datang seorang pelayan, "Excuse me miss, may I take your order?" Tanya pelayan itu sambil tersenyum. "I would like to have spagetthi carbonara and ice chocolate. Thank you" kata Aurelia sambil senyum hingga menampakkan lesung pipitnya di bahagian kiri pipi.

Sementara menunggu hidangan yang dipesan, Aurelia menunduk sambil scroll tiktoknya itu.

Lebih kurang 20minit kemudian, makanan dan minumannya telah sampai. "Hmm sedapnya bau."
Aurelia terus menjamu selera.

Tiba-tiba dia teringat akan sahabatnya yang seorang itu, dia terus menelefon sahabatnya. "Hello Talia! Kau kat mana?" Tanya Aurelia sambil mengunyah makanan.

"Dekat rumahlah, kau kenapa Rose?" Tanya Natalia dengan hairan. Hanya Natalia yang memanggilnya dengan panggilan Rose, kerana nama panggilan Lia hampir serupa dengan Talia.

"Pelik, selalu asal Ahad ja kau mesti ajak aku keluar huh. Ni apahal duduk rumah pulak?" Tanya Aurelia kasar. Natalia merupakan sahabat yang dia kenal semasa sambung belajar dulu.

"Malas lah, rasa nak rehat ja. Lagipun tengah period pain ni." Adu Natalia kepadanya.

"Yalah, apa-apa call aku." Kata Aurelia lalu terus memutuskan panggilan. Tanpa sedar, sudah habis spagetti dia.

Setelah beberapa minit, dia bangun ke kaunter untuk menyelesaikan bayaran. "Berapa dik?" Tanya Aurelia sambil mengeluarkan dompet.

"Eh takpe kak, dah ada orang bayarkan tadi" kata cashier itu yang membuatkan dia hairan.

'Hah? Siapa pulak yang rajin nak buat amal jariah dekat aku ni?' Tanya dia kepada diri sendiri.

"Siapa eh dik yang bayarkan? Dia ada sini tak?" Aurelia bertanyakan kepada cashier tersebut.

"Ala lepas ja dia bayar, terus dia keluar kak. Ala takpala jimat duit akak harini." Gurau cashier tersebut.

"Yalah, terima kasih ya." Aurelia terus berlalu keluar dari cafe itu sambil kepala tercari-cari sesiapa sahaja yang kelihatan pelik. "Pelik betul la bayarkan makanan orang lain, tapi betul jugak, jimat duit aku harini hahahaha." Ketawa Aurelia seorang diri. Ini kalau orang lain nampak mesti ingat dia terlepas dari hospital.

Dia masuk ke dalam keretanya. "Fuh apa yang panas sangat harini. Lepasni nak buat apa eh? Takkan balik. Ahad kot." Aurelia bercakap seorang diri.

"Balik jelah, baik aku tidur dari keluar panas panas macamni. Buat rimas ja" kata Aurelia.

Dia meneruskan pemanduannya ke rumah.

"Ma, pa?! Ada mana?" Jerit Aurelia dari luar pintu.

"Ish kamu ni, terjerit-jerit kenapa. Ni ha ada dekat dapur ni!" Kata Puan Zarina, mama Aurelia.

"Buat apa tu? Mana papa?" Tanya Aurelia.

"Papa dekat atas, macam biasalah petang-petang ja tidur. Macam kamu lah! Ni mama tengah goreng cekodok. Pergi panggil papa kamu makan." Arah Puan Zarina.

Dia melangkah ke arah bilik utama. Pintu bilik itu diketuk, "Pa, bangun. Mama suruh gerak. Makan cekodok mama buat tu." Beritahu Aurelia kepada Encik Harith, papanya itu.

"Ya kejap lagi papa keluar" kata Encik Harith.

"Apa-apa jelah." Kata Aurelia dalam hati. Dia melangkah ke biliknya dan terus baring di atas katil kesayangannya itu.

"HUWARGHHH!" Mengeliat Aurelia dengan beria itu. Dia berguling-guling lalu akhirnya terlelap.

"AURELIA! NAK MAGHRIB NI. TIDUR APA LAMA-LAMA! BANGUN CEPAT. APA NAK JADILAH KAMU NI!" Tidur Aurelia dikejutkan dengan tengkingan mamanya.

"MAMA NI! Tak boleh ka kejutkan orang elok-elok, esok lusa orang mati sakit jantung baru reti nak menyesalllll!" Kata Aurelia dengan perasaan sebal itu.

"Tak payah banyak bunyi. Pergi mandi sekarang. Nak maghrib dah. Asar pun tak lagi kan?" Kata Puan Zarina itu.

"Yalah orang nak mandilah ni." Jawab Aurelia. Dia bangun lalu ke bilik air yang memang sedia ada di dalam bilik sendiri.

Setelah selesai mandi, dia terperuk di dalam biliknya sehingga selesai solat Isyak. Dia kemudian kembali ke dapur. 'Adu, laparlah pula. Nak makan apa tah.'

"Nasib lauk ada lagi heheheh." Lalu Aurelia mengambil nasi dan lauk sambal tumis udang. Dia melabuhkan pinggul diruang tamu dan mula makan.

"Mana ma pa ni? Diam ja." Dia berasa hairan.

Kebetulan saja, dia ternampak Encik Harith dan Puan Zarina keluar bilik.
"Apa yang ma dengan pa lambat sangat habis solat? Tahajud sekali ka?" Tanya Aurelia.

"Tahajud kepala otakmu. Mengaji sekali lah!" Kata Puan Zarina itu sambil mengetuk kepala anaknya itu.

"Aduh sakitlah ma. Yalah, ni Lia nak masuk bilik nak tidur. Esok kerja pula. Malas betul la Isnin ni." Mengadu Aurelia kepada mama papa.

"Yalah, pergilah tidur" kata Encik Harith.

Dia bingkas bangun dan ke dapur untuk mencuci pinggannya. Dia berlalu ke atas untuk tidur.

Setibanya di bilik, Aurelia baring di atas katil. 'Bestnya kalau ada adik beradik kan?' Aurelia berpikir seorang diri. Dia sunyi, teringin rasa mempunyai adik beradik. Tapi ini kan takdir Allah. Jadi dia redha.

Tanpa sedar, dia terus terlelap.

HIS EVERYTHING (C)Where stories live. Discover now