Bab 47 ♡

1.9K 62 3
                                    

Boleh dengar lagu dekat atas ni ye untuk feeling gitu ♡♡♡

Aurelia tersenyum melihat wajah di pantulan cermin. Solekan hari ini sangat berbeza dari hari akad nikah mereka.

"Kau dah sedia?" Natalia tersenyum melihat Aurelia. Dari gaya sahaja, dia tahu Arden telah menjaga sahabatnya dengan baik.

Aurelia mengangukkan kepalanya.

"Eh kejap. I nak touch up for the last time. Suami you pun belum datang lagi." Kata jurusolek itu.

Tudung, veil dan solekan Aurelia dikemaskan lagi. Aurelia mengenakan gaun berwarna ungu lembut dihiasi permata. Seperti baju cinderella cuma warna yang berbeza dan lebih cantik.

Aurelia tersentak saat pintu biliknya diketuk. Dia dan Arden duduk di bilik yang berasingan kali ini. Bak kata Natalia, nak bagi masing-masing berdebar.

Persandingan mereka diadakan di sebuah ballroom Hotel 5 Star. Hanya 200 orang tetamu dijemput. Kata Arden, dia tidak perlu risau, semuanya akan diuruskan.

Dan ya, dia sangat berdebar. Excited untuk melihat suaminya di hari istimewa mereka. Pintu dibuka Natalia, tubuh Arden yang sedang berdiri jelas dilihat Aurelia.

Arden yang berada di luar terpaku saat matanya melihat isterinya yang seperti bidadari. Kaki melangkah perlahan ke dalam.

Aurelia pula hanya tersenyum manis, hatinya memuji ketampanan suaminya.

"Oh god, you're breathtaking sayang." Tangan Aurelia dicapai.

"You look like prince charming abang." Aurelia melepaskan ketawa kecil seraya berkata.

"Ehem, kami yang dekat luar ni single lagi tau!" Jeritan Isaac mematikan lamunan mereka.

Wajah Aurelia bertukar warna, dia tidak sedar pula keempat-empat sahabat suaminya tengah memerhatikan mereka dari luar.

"Are you ready sayang?" Tanya Arden.

"Yes I am." Tangan Arden dicapai, kaki mereka melangkah keluar menuju ke lif.

"Sweetnya love birds ni! Jeles lah aku! Hayden jadi partner aku please." Kata Isaac dari belakang.

"Okay meh sini. You pegang tangan I. Kita jalan sama-sama." Hayden melayan perangai Isaac.

Aurelia tergelak melihat gelagat kedua-dua lelaki itu.

"Hans? Pegang tangan aku. Aku pun taknak merasa single time-time macamni." Kata Zarif, tangan cuba mencapai tangan Hans.

"Kau kalau nak mampus cepat kau buatlah." Kata Hans, dia menjeling tajam wajah Zarif.

Terus Zarif ketawa terbahak-bahak.

"Kau orang diam boleh? Kita nak sampai ni." Arden merenung wajah mereka.

"Ai ai sir!" Kata Isaac, tangan Hayden terus dilepaskan.

Pegangan pada tangan isterinya dieratkan. Pintu gerbang itu dibuka.
Lagu A Thousand Year by Christina Perri yang dimainkan hanya dengan menggunakan piano terus bergema di seluruh dewan.

Aurelia ternganga. Hiasan yang sangat mewah. Lampu penuh bergantungan di siling. Bunga-bunga yang segar turut terhias cantik. Lilin yang terdapat di setiap meja turut membuatkan Aurelia tergamam. Tema berwarna putih dan lilac memang sangat kena dengan bajunya.

Mata Aurelia mula berair. Dia terharu. Dia tidak pernah sangka dia akhirnya dapat merasai detik-detik sebegini.

"Sayang suka?" Tanya Arden, dia memerhati sisi wajah isterinya yang tersenyum bahagia.

HIS EVERYTHING (C)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang