Bab 40 ♡

2K 63 2
                                    

Keesokan harinya, Aurelia menjalani hari seperti biasa. Kaki melangkah ke dalam Zander's dengan perlahan. Belum sempat dia masuk ke dalam lobi, satu suara menegurnya.

"Aurelia?" Tegur wanita berusia itu.

"Eh Aunty Zana. Kenapa ni?" Aurelia terkejut tapi riak wajahnya dikawal. Siapa sangka ibu kepada bekas teman lelakinya tiba-tiba muncul.

"Maaf kalau aunty datang secara tiba-tiba, tapi aunty nak tanya. Lia ada jumpa Izz tak dalam masa terdekat ni?" Tanya Puan Zana.

Aurelia tersentak.

"Tak ada pun aunty. Lagipun saya dengan dia dah lama tak ada apa-apa. Kenapa ya?" Aurelia mengukirkan senyuman walaupun jelas kelihatan palsu.

"Oh maaf aunty tak tahu. Sekarang ni aunty risau. Call tak berjawab, mesej tak berbalas. Dah berapa hari dia menghilangkan diri." Adu Puan Zana.

Aurelia yang mendengarnya rasa terkejut sekejap.

"Izz hilang?" Tanya dia.

"Tak tahu lah. Tak apa lah. Kalau ada apa-apa Lia inform aunty ya?" Kata Puan Zana lalu terus melangkah pergi.

Izz hilang? Aurelia terkaku di hadapan lobi. Hairan juga.

"Lia? Buat apa tercegat dekat sini?" Tanya Encik Zarif.

"Eh tak ada apalah." Terus Aurelia melangkah masuk.

Setibanya di meja, dia melabuhkan duduknya. Beg diletakkan di tepi meja dan dia memulakan tugasnya seperti biasa.

Sedang dia memfokuskan diri pada kerjanya, dia ditegur Hans.

"Zarif ada dalam?" Tanya Hans.

"Ya, masuklah." Jawab Aurelia.

"Kejap lagi yang lain akan datang juga tau." Beritahu Hans kepada Aurelia.

"Oh ada meeting ka?" Aurelia mengangkat wajah merenung Hans.

"Ya. Aku masuk dulu." Hans menolehkan badannya.

"Eh kejap. Err Arden datang sekali tak?" Aurelia menggaru keningnya.

Hans tersenyum tetapi dengan pantas menayangkan muka seriusnya kembali.

"Ya dia datang." Jawab Hans lalu masuk ke pejabat Zarif.

Aurelia termenung sekejap. Dia perlu berbincang hal perkahwinan dengan Arden. Memang malam semalam dia setuju di hadapan mama papanya. Tapi hanya kerana dia kecewa. Bukannya dia betul-betul nak.

Kemudian seorang demi seorang dari mereka datang. Dari Hans, ke Isaac dan Hayden. Hanya Arden yang belum tiba. Jam sudah menunjukkan pukul 10:30 pagi.

Dia kembali menyambung segala tugasannya. Nafas dihela perlahan. Lepas satu, satu masalah yang menimpa dirinya. Entah dimana silapnya.

"Semua dah ada ka?" Tanya Arden yang baru tiba itu.

Aurelia tersentak, hilang lamunannya. Mata merenung tajam wajah kacak itu.

"Waalaikumsalam. Ya dah." Perli Aurelia. Mata menjeling Arden.

Arden membentukkan senyuman nipis.

"Thank you." Arden menapak masuk ke dalam pejabat Zarif.

Kelima-lima lelaki itu berkumpul di pejabat Zarif. Menimbulkan tanda tanya pada Aurelia. Hampir 2 jam mereka bermesyuarat.

Aurelia yang sedang berkemas untuk pergi ke pantry terus terhenti tangannnya tatkala kelima-lima mereka keluar dari pejabat bosnya.

"Korang geraklah. Aku ada hal nak bincang dengan Lia." Arah Arden kepada mereka. Aurelia terkedu di mejanya.

Setelah keempat-empat jejaka itu hilang dari pandangan. Terus kaki Arden menghampiri Aurelia.

HIS EVERYTHING (C)Where stories live. Discover now