Bab 34 ♡

1.7K 51 2
                                    

"Kenapa sampai masuk hospital pula ni?" Tanpa memberi salam, terus Encik Harith bertanya. Mukanya tegang.

Aurelia terdiam, dia memandang Talia.

"Aku yang call mama papa kau, taknak dorang risau." Seperti tahu isi hati Aurelia, Talia terus beritahu.

"Takda masa lah uncle nak risaukan budak bertuah ni." Encik Harith mencelah.

"Papa..." Perlahan suara Aurelia memanggil papanya.

Natalia terus mengerutkan dahinya. Lain betul cara layanan Encik Harith. Puan Zarina pula hanya mendiamkan diri di sebelah suaminya.

"Apa kamu nak Lia? Nak bagitahu semua orang yang kamu jatuhkan air muka kami ka apa?!" Jerkah papa Aurelia.

"Papa, mama. Lia minta maaf. Lia tak tahu pun yang Talia nak suruh papa mama datang." Aurelia hanya menundukkan kepalanya. Tangannya yang menggigil digenggam erat.

"Uncle aunty, Lia bukan sakit saja-saja. Uncle tanyalah anak uncle dulu sebelum marah." Talia mencelah.

"Tanya? Kami tahu apa yang dia buat. Kami penat lelah jaga dia, tapi apa yang dia balas? Pergi menjual diri adalah!" Bongkak sekali suara Encik Harith

"Kenapa uncle cakap macamtu? She was raped! Apa yang menjual dirinya? Talia bukan nak masuk campur. But she really needs both of you dalam waktu macamni." Talia meninggikan sedikit suaranya, dia tidak sangka lelaki yang dia hormat selama ini berfikiran cetek.

"Kamu percaya dia kena rogol? Tak cukup ka kamu menipu kami? Nak tipu kawan sendiri pula ka Aurelia?!" Tuduh Encik Harith lagi.

Aurelia yang sedang menunduk itu akhirnya mendongakkan kepala. Air mata yang mengalir itu diseka.

"Lia tak tahu nak cakap apa papa, mama. Lia dah bersumpah, Lia tak pernah buat benda macamtu. Kenapa papa dengan mama tak ada langsung kepercayaan dekat Lia? Takkan papa mama tak kenal Lia macam mana?" Aurelia bercakap menahan sedu tangisannya.

"Mama tak tahu Lia. Kalau lah kawan papa dengan mama tahu. Malu kami." Celah Puan Zarina yang mendiamkan diri dari tadi.

"Tapi ni bukan salah Lia aunty! She was raped. Apa yang aunty tak faham?" Tanpa sengaja, Talia memarahi Puan Zarina.

"You watch your mouth!" Kata Encik Harith, mata merenung tajam Talia.

"No, you are the one who should watch your mouth." Arden yang diam dari tadi memerhatikan pergaduhan mulut itu terus mencelah. Hatinya panas mendengar kata-kata seorang ayah dan ibu itu.

"And who are you? Do you know me? You tak payah masuk campur hal keluarga orang!" Encik Harith berkata pada Arden pula.

"I. Don't. Give. A. Damn. Who. You. Are." Arden menekankan setiap patah perkataan itu sambil kakinya melangkah perlahan ke arah Encik Harith dan Puan Zarina.

"You kata you orang besar kononnya, ramai yang kenal kan? Tapi you tak malu kalau orang tahu betapa ceteknya fikiran you ni? Salahkan mangsa rogol? Plus your own daughter!?" Sambung Arden dengan sinis.

"I don't know you young man. As i said before, ni hal keluarga I. You get out from here!" Encik Harith menunjukkan pintu keluar kepada Arden.

"And your daughter is going to be mine one day." Bisik Arden di tepi telinga Encik Harith.

Encik Harith mengangkat tangannya tinggi untuk melempang wajah Arden.

"Papa! That's enough!" Jeritan Aurelia menghentikan perbuatan papanya.

"Cukup lah papa. Sekali pun papa jijik dengan Lia, tak perlu untuk papa cederakan orang lain pula." Kata Aurelia, matanya bertentang mata papanya.

"Apa yang bising-bising ni?" Reana terus bertanya saat dia membuka pintu selepas dia terdengar jeritan dari arah bilik itu.

"Betul ka dia dirogol doktor?" Tanya Puan Zarina perlahan.

"Ya puan. Kesan yang ada cukup untuk jadi bukti." Jawab Reana tenang, tanpa mengesyaki apa-apa.

"Aurelia? Are you okay?" Tanya Reana prihatin apabila dia perasan kesan air mata di wajah itu.

Aurelia hanya mengangukkan kepalanya. Dia hanya membiarkan Doktor Reana melakukan tugas.

"Awak nak buat report polis?" Tanya Reana perlahan. Tangan mengusap lengan Aurelia.

"No! Papa tak bagi!" Celah Encik Harith yang membuatkan semua kepala tertoleh ke arahnya.

"Kami takkan terima keputusan encik, hanya keputusan mangsa sahaja yang kami akan dengar." Jawab Reana tegas.

"Lia?" Tanya Reana lagi.

Aurelia mendiamkan diri memikirkan jawapan. Kalau dia membuat laporan, pasti mama dan papa akan bertambah benci padanya.

Akhirnya Aurelia menggelengkan kepalanya.

"Are you sure?" Tanya Reana lagi.

Aurelia angguk sahaja sebagai jawapan.

"Okaylah kalau macamtu. Tapi kalau awak tukar fikiran, awak cari saya okay? Lagi satu, awak kena kuatkan semangat tau, jangan biarkan memori hitam tu menguasai diri awak. Belajar tarik nafas dalam-dalam kalau awak rasa cemas okay?" Pesan Reana dengan lembut. Air mata Aurelia hanya kembali menitik diseka perlahan.

"Saya keluar dulu." Kata Reana lalu terus keluar.

Puan Zarina melangkah perlahan ke Aurelia. Dia melabuhkan duduk pada kerusi bersebelahan katil anaknya.

"Mama minta maaf, cuma mama risau air muka papa jatuh kalau orang tahu." Kata Puan Zarina perlahan.

Remuk hati Aurelia saat mendengarkan alasan itu. Mama dan papanya lebih mementingkan air muka dari dirinya?

"Habis kalau kamu mengandung macam mana?" Tanya Encik Harith yang sedang memeluk tubuh.

Aurelia terpempan mendengar soalan itu. Dia tidak terfikir akan itu lagi.

"I'll take the responsibility." Jawab Arden mendatar.

Aurelia terus memandang Arden yang sedang merenungnya.

"Ha eloklah kalau macamtu. Dah Rina jom balik." Seusai menghabiskan kata-katanya, terus dia melangkah keluar diikuti isterinya.

"Lia, kau kena sabar tau. Nanti terbuka la mata hati papa dengan mama kau." Terus Talia memeluk tubuh Aurelia yang kelihatan sangat tidak bermaya itu.

Aurelia hanya mengangguk sahaja, ya dia perlu terus sabar.

"Arden, jangan rosakkan hidup awak dengan nak bertanggungjawab ke atas saya." Kata Aurelia, dia tidak sanggup menjadikan Arden sebagai kambing hitamnya.

"I mean every word I say mia stellina. No one can ever hurt you again." Arden berkata tegas.

"Take good care of yourself. Aku akan datang balik." Lalu terus dia keluar dari bilik itu.

"Look who's here." Sebaik sahaja dia keluar, dia ditegur papa Aurelia yang masih berada di luar.

"You ni siapa? Bagus sangat ka sampai sanggup jadi pak sanggup?" Ketawa Encik Harith.

Arden mengetap giginya. Kaki ditoleh dan melangkah rapat ke arah Encik Harith. Tubuh dibongokkan, mulutnya di tepi telinga lelaki itu.

"You don't know me yet sir. I can ruin every single thing you have in a second. So, watch your mouth and think before you act!" Tenang tapi berbisa sehingga mampu membuat Encik Harith terdiam.

Arden menghadiahkan senyuman sinis dan terlalu berlalu pergi.

"Reana, bila dia boleh keluar?" Tanya Arden sebaik sahaja dia tiba di bilik doktor itu.

"Sekarang pun boleh." Jawab Reana.

"I nak bayarkan bil dia siap-siap. Thank you for your help." Arden melangkah ke kaunter pula untuk menyelesaikan bil.

Setelah selesai, dia bergerak menuju ke keluar. Tangan diseluk didalam poket dan telefon dikeluarkan. Dia mendail nombor sahabatnya.

"Bro, pick me up at Prince Court now. Balik rumah terus." Arden mengarahkan Hayden.

"Okay, on my way." Kata Hayden tanpa bertanya apa-apa.

HIS EVERYTHING (C)Where stories live. Discover now