Bab 37 ♡

1.7K 48 1
                                    

Aurelia melangkah keluar dari Zander's, menghampiri keretanya. Kereta digerakkan perlahan menuju ke rumah.

Tanpa dia sedar, sebuah Porsche Panamera setia mengekorinya dari belakang. Arden sudah menunggu dari jam 4:40 petang lagi di bawah. Dia cuma ingin memastikan Aurelia selamat pulang.

Disaat dia sudah pun menghampiri rumah Aurelia, telefonnya bergetar. Dia terus mengangkat panggilan.

"Yes?" Ucap Arden.

"We have found him capo. On the way to the house." Ryzen berkata disebalik panggilan.

"Good job boys. I'll be there in 20 minutes." Arden meletakkan panggilan. Matanya tidak lepas memandang kereta Aurelia yang telah bergerak masuk ke halaman rumah.

Dia memusingkan keretanya dan terus laju membelah jalan raya. Ada hutang yang perlu diselesaikan.

Saat keretanya tiba, matanya sudah tertancap pada Mercedes G350D. Maknanya Ryzen dan Seth telah pun tiba. Laju kakinya menapak masuk ke dalam.

"Where is he?" Tanya dia sebaik sahaja tubuh lelaki durjana itu tidak kelihatan.

"In the base room." Jawab Seth, kaki melangkah ke bilik rahsia mereka. Diikuti Ryzen dan Arden.

Elok sahaja pintu dibuka, terus telinga mereka dihiasi jeritan lelaki itu. Ryzen dan Seth memberikan laluan kepada bos mereka.

Arden menapak perlahan ke dalam bilik itu, senyum sinis menghiasi bibirnya. Matanya merenung tubuh yang diikat di tiang yang dipacak di tengah-tengah bilik itu.

"Kau siapa hah?! Apa kau nak dari aku?!" Tengking Izz Firash.

"Whoa relax dude! Aku tak pekak lagi, so tak perlu kau terjerit-jerit macam pondan." Tawa sinis Arden selepas menghabiskan ayat memenuhi bilik itu.

"Lepaskan aku lah bodoh!" Izz menghiraukan kata-kata lelaki itu, dia terus-terusan menjerit.

"Lepaskan kau? After everything you've done? Huh dalam mimpi Izz Firash!" Wajah yang galak ketawa tadi kembali tegang. Mata helangnya merenung tajam mata Izz.

"Apa yang aku buat? Aku tak kenal korang lah!" Jerit Izz lagi.

Arden yang sudah hilang sabar terus ke belakang tubuh Izz, rambut lelaki itu dicengkam kuat sehingga Izz terdongak dengan sendirinya. Manakala sebelah tangan lagi mencengkam rahang lelaki itu.

"Aku cakap aku tak pekak! Lagi sekali aku dengar suara kau terjerit-jerit, aku tak akan teragak-agak untuk kerat lidah kau. Lepastu bagi anjing makan bersaksikan kau. Faham?!" Arden berkata keras di tepi telinga Izz.

Terus Izz menelan air liurnya. Kepala diangguk laju.

"Bilik ni, soundproof. Kalau kau rasa dengan jerit dapat selamatkan kau. Kau memang silap. No one is going to come and save you idiot." Sambung Arden. Cengkaman pada rambut dan rahang dilepaskan.

"Apa salah aku? Kenapa korang bawa aku ke sini? Tolong lepaskan aku." Rayu Izz. Sungguh dia takut. Apatah lagi bilik yang dia berada sekarang ini dipenuhi pelbagai jenis senjata, termasuk rifles dan pisau.

"Kau kenal Aurelia Rose Binti Dato' Harith?" Tanya Arden. Dia berjalan dalam bentuk pusingan mengelilingi Izz.

Tersentak Izz apabila Arden menyebut nama itu. Dia diam, tidak menjawab apa-apa.

"Haih. Aku pantang orang yang tak menjawab soalan aku!" Kaki Arden laju melangkah mencapai sebilah pisau di atas meja yang terletak di kanan bilik itu. Dia kembali melangkah ke Izz, bilah pisau itu diletakkan tepat leher Izz.

"Kenal! Aku kenal!" Terus Izz menjawab.

"Kau ada pengakuan nak buat?" Arden bertanya lagi. Pisau diletakkan di bawah semula.

"I....I raped her. I broke her heart too." Tergagap Izz menjawab. Kepala hanya mampu ditundukkan. Dia ingat dia mampu melepaskan diri setelah apa yang dilakukan terhadap Aurelia.

"Ya sangat tepat." Kata Arden. Dia berdiri menghadap Izz, kepala Izz didongakkan dengan tangannya.

"And now, do you know me?" Saat mata bertentang mata, Arden tanyakan soalan itu.

"Ttt..tak. Aku tak kenal kau." Jawab Izz, bibirnya bergetar.

"Kau tengok muka ni betul-betul. The night yang kau terkantoi curang tu." Arden mengingatkan Izz.

Terbuntang mata Izz, bermakna dia sudah ingat.

"Kau...lelaki yang halang aku tampar Lia kan?" Tanya Izz.

"Yup, that was me. Kau tahu kan kau dah hancurkan hidup dia? Kau rogol dia! Kau fitnah dia dekat mama papa dia. Kau ni manusia ka syaitan?" Keras sekali suara Arden, tangan digenggam kuat.

"Itu bukan masalah kau, dah kenapa kau beria nak masuk campur?!" Marah Izz.

Satu tumbukan dihalakan tepat ke perut Izz. Terbongkok lelaki itu setelah ditumbuk. Terbatuk-batuk dia. Tangan yang telah diikat menyukarkan dia untuk bergerak.

"She's mine you bastard!" Satu lagi tumbukan dihadiahkan.

"AND NOBODY TOUCHES WHAT'S MINE!" Tumbukan dihadiahkan lagi, kali ini di hidung Izz.

Longlai tubuh Izz dikerjakan Arden. Dia tertunduk, darah yang menitik dari hidung dibiarkan. Arden menghampiri Izz, tali yang diikat pada pergelangan tangan itu dibuka, terus Izz jatuh terduduk.

"Come on man, takkan dah jatuh? Kau paksa perempuan boleh pula? Kau pukul dia boleh?" Pipi Izz ditampar-tampar perlahan.

Dia kemudiannya menoleh ke arah Ryzen dan Seth yang sedang berdiri tegak dihadapan pintu.

"Don't let him escape!" Arah Arden lalu melangkah keluar ke ruang tamu. Dia sempat meludah ke arah Izz. Pisau yang dipegang, dilemparkan di tepi tubuh Izz.

"Eh? Kau buat apa dekat bilik tu? Bukan tak digunakan ka?" Tanya Isaac yang kebetulan berselisih dengan Arden.

"Sekarang dah digunakan. Aku nak keluar. Apa-apa call." Mendatar sahaja suara itu berkata.

Isaac menggaru kepalanya, dan menoleh ke arah Hayden yang sedang memerhatikan mereka dari dapur.

"Jom tengok, apa yang dia buat dekat bilik tu." Ajak Isaac.

Hayden mengikuti langkah Isaac.

"Eh korang nak ke mana?" Celah Hans yang baru tiba di rumah.

"Entah, Arden kata bilik bawah ni dah digunakan, so kita orang nak tengoklah untuk apa." Jawab Isaac, dia meneruskan langkah. Diikuti Hayden dan Hans.

Saat Isaac membuka pintu itu, ketiga-tiga mereka terkejut. Mulut ternganga.

"What the....." Hayden berkata.

Tubuh Izz yang terikat di kerusi diperhatikan mereka bertiga. Kemudian kepala mereka menoleh ke arah Ryzen dan Seth yang sedang terbongkok melakukan kerja.

"What is this?" Tanya Hans kepada Ryzen dan Seth.

"Bos yang minta kami bawa dia ke sini and jangan biar dia terlepas." Jawab Ryzen.

"Wait, tu bukan Izz? Ex Aurelia?" Tanya Isaac.

"Haah la! Oh god Arden ni memang gila." Kata Hayden pula.

"Betullah tu, gilakan Aurelia nampaknya. Teruk mamat ni dikerjakan." Kata Hans mendatar, dia membongkokkan diri melihat Izz yang tertidur, atau pengsan. Dia tidak tahu.

"Eloklah, dah jadi manusia pun menyusahkan orang. Aku setuju apa yang Arden buat!" Kuat suara Isaac berkata.

"Dah lah, jom keluar. Lantak lah mamat ni." Ajak Hayden.

HIS EVERYTHING (C)Where stories live. Discover now