Bab 39 ♡

1.7K 54 2
                                    

Aurelia yang sedang memandu itu dikejutkan dengan panggilan telefon.

"Ya Talia, ada apa?" Aurelia bertanya, mata masih fokus pada pemanduannya.

"Lepak nak? Dah lama kita tak lepak. Aku rindu kau." Tutur Natalia dengan manja. Sengaja ingin mengacau sahabatnya.

"Erm yelah. Dekat mana?" Tanya Aurelia.

"Aku send location eh. Bye!!!" Terus Talia meletakkan panggilan.

Aurelia lantas membuka lokasi yang dihantar Talia. Kereta menukar arah. Lebih kurang 20 minit, dia tiba di restoran itu.

Kaki melangkah keluar, bibir tersenyum nipis saat dia menangkap sahabatnya yang tengah melambai tangan ke arahnya.

Tiba sahaja kakinya di situ, terus tubuhnya ditarik peluk erat.

"Rindunya dekat kau!!!!" Riang sekali suara Talia.

"Rindu kau juga. Maaflah aku dah lama tak keluar." Aurelia rasa serba salah pula kerana kerap menolak ajakan temannya sebelum ini.

"Alah takpayah minta maaf. Aku faham. Macam mana kau sekarang? Okay?" Prihatin Natalia dengan kawannya yang seorang ini.

"Macam ni lah. Tak ada apa yang berubah." Mendatar suara Aurelia.

"Aku dah pesan makan macam biasa tau." Natalia mengalih topik, dia tidak mahu Aurelia berasa tidak selesa.

Aurelia hanya tersenyum dan menganggukkan kepalanya.

"Kau makin kurus Lia." Kata Talia secara tiba-tiba. Dia tidak mampu menahan dirinya dari mengambil tahu keadaan sahabatnya.

"I know. I can't help it." Jawab Talia dengan perlahan.

"It has been a week Aurelia. Kau tak boleh macamni. Nanti kau sakit, kau masuk hospital. Macam mana?" Lembut suara Talia berkata.

Aurelia hanya diam termenung jauh.

"Lia, aku sayang kau. Aku taknak kau.." Kata-kata Talia dipotong.

"I'm trying okay?! I'm trying to get better, I'm trying to get focus, I'm trying not to over react, I'm trying not to cry. All I can do is try Talia! And I am trying so damn hard to forget it." Berkaca-kaca mata coklat itu saat berkata-kata.

Natalia terus terdiam, salah dia kerana memaksa. Terus dia bangun dan melabuhkan duduk di sebelah Aurelia. Tubuh itu dipeluk kembali.

"I'm sorry Lia. Aku tak bermaksud untuk pertikaikan usaha kau. Aku risaukan kau. Tu ja." Tubuh itu diusap perlahan-lahan.

"I know. Aku.. takut kalau aku takkan dapat pulih." Tutur Aurelia, air mata cuba ditahan dari mengalir.

"You'll get better. That's my promise. Kau kuat Lia. Dari dulu, sampai sekarang. Kau memang seorang wanita yang kuat." Matanya menentang mata Aurelia.

"That incident may have left scars, but they did not destroy you. Cause you survived Lia, there's hope in that okay?" Talia cuba menenangkan hati sahabatnya.

Aurelia menganggukkan kepalanya dengan lemah.

"Dah jom makan." Ajak Talia.

Setelah 40 minit, mereka berdua beransur pulang. Jam di tangan dibelek sekilas. Sudah hampir masuk waktu maghrib. Terus Aurelia melajukan pemanduan.

Setibanya di perkarangan rumah, dahinya berkerut saat dia melihat ada sebuah kereta yang tidak dikenali diparkir di luar rumahnya.

Dia memperlahankan keretanya, lalu diparkir didalam laman rumah. Kaki melangkah keluar.

HIS EVERYTHING (C)Where stories live. Discover now