Bab 24 ♡

1.7K 51 7
                                    

Mata Aurelia fokus pada komputernya. Jari laju bergerak di atas papan kekunci.

TING!
Bunyi lif kedengaran. Aurelia dongakkan kepalanya ingin melihat siapa yang datang. Maklumlah sebagai setiausaha, memang tugasnya untuk memastikan tetamu itu sudah membuat janjitemu.

"Eh Encik Arden, nak jumpa Encik Zarif ya?" Tanya Aurelia setelah matanya menangkap kelibat Arden melangkah keluar lif.

"Ya, takkan aku nak jumpa kau." Jawab Arden mendatar.

"Haih menyampahnya aku dengan mamat ni." Bisik Aurelia perlahan.

"Sorry?" Tanya Arden, dia tahu gadis itu mengutuknya. Dia menyimpan senyum.

"Er takda apa lah. Encik Zarif ada dalam. Encik Arden masuklah." Kata Aurelia.

Disebabkan Arden merupakan antara orang terpenting Zander's dan Zan's, jadinya dia tidak perlukan appointment.

"Dah kenapa kau berencik dengan aku ni? Sebelum ni elok ja panggil nama?" Tanya Arden sambil membongkokkan badannya kedepan sedikit. Kedua tangan diletakkan di meja Aurelia.

Aurelia automatik terundur ke belakang apabila tubuh Arden berasa terlalu dekat.

"Er, maaf lah. Sekarang kan Encik Arden dah jadi bos saya juga. So kenalah hormat kan?" Jawab Aurelia sambil menggaru tepi dahinya.

"Tak perlu, aku rimas dengar." Kata Arden. Matanya galak merenung seluruh wajah si gadis yang mula bertukar sedikit kemerahan. Dia tersenyum sinis.

"Mana boleh, dekat luar saya panggillah Arden, kalau time kerja saya panggil Encik ya hehe." Kata Aurelia. Dia sedar Arden sedang merenungnya, jadinya dia hanya menunduk ke bawah.

"Ikut kau lah." Jawab Arden lalu kembali menegakkan tubuhnya.

"Come sei bella." ("How beautiful you are.") Kata Arden secara tiba-tiba sambil merenung wajah itu.

"Hah? Apa bella?" Tanya Aurelia hairan.

Arden hanya mengabaikan pertanyaan Aurelia, kakinya melangkah ke arah pejabat Zarif.

Aurelia hanya berdiri di mejanya, matanya memerhati setiap langkah jejaka bertubuh tinggi itu.

"Apa benda lah mamat tu cakap tadi." Aurelia bercakap seorang diri.

~~~~~

"

Eh bro? Tak cakap nak datang pun?" Tanya Zarif sebaik sahaja Arden menapak masuk ke dalam pejabatnya.

"Saja buat suprise." Jawab Arden mendatar. Dia melangkah kearah Zarif dan melabuhkan duduk pada kerusi berhadapan Zarif.

"Kau tahu apa yang jadi semalam?" Tanya Arden, mukanya mula tegang.

"No, why? Ada apa-apa jadi ka?" Tanya Zarif dengan hairan. Dia menghentikan kerjanya dan menumpukan sepenuh perhatian kepada sahabatnya.

Arden mengeluarkan telefon bimbitnya dan membuka gambar yang diambil semalam. Gambar itu ditunjukkan kepada Zarif.

"Wooo! Got any idea siapa yang buat?" Tanya Zarif.

"Tak tahu, Hayden dah cek cctv semalam, nothing was found." Jawab Arden mendatar.

"And tu darah?" Tanya Zarif lagi.

Arden hanya menganggukkan kepalanya.

"Aku tak tahu kerja siapa. Takkan someone yang bermusuh sebab bisnes?" Kata Arden lagi.

"I don't think so. Sebab ayat yang dia tulis tu tak menunjukkan ada kaitan dengan bisnes pun." Kata Zarif.

HIS EVERYTHING (C)Where stories live. Discover now