Bab 29 ♡

1.5K 56 6
                                    

"Jom tengok kereta kau." Kata Arden sebaik sahaja mereka tiba di sebuah workshop.

Aurelia yang tengah mengelamun jauh tidak sedar akan suara Arden. Fikirannya masih dipenuhi dengan kata-kata Izz Firash.

Arden menoleh ke arah Aurelia setelah gadis itu tidak memberikan apa-apa respon. Dia memerhati Aurelia yang sedang termenung jauh ke luar. Dia membuka tali pinggang keledarnya. Wajah didekatkan ke wajah si gadis sambil tersenyum senget.

"Ehem!!" Dia berdehem kuat disebelah wajah Aurelia.

Aurelia tersentak, kepalanya terus tertoleh ke arah suara itu. Terbuntang matanya tatkala bertemu mata amber yang sangat hampir dengan wajahnya.

Terus dia menoleh ke arah lain semula.

"Awak nak kena pukul ka apa ni?!" Marah Aurelia tidak memandang ke arah Arden. Merah wajahnya menahan malu dan marah.

"Dah kau yang pekak sangat, mengelamun apa tah." Jawab Arden yang sedang menyembunyikan senyumnya.

"Lagi sekali awak dekat-dekat, siap awak eh." Aurelia mengugut lelaki itu.

"Ada nampak aku takut?" Arden berkata dengan nada mengejek.

"Ugh sakit hati betul. Dah lah. Mana kereta saya?" Tanya Aurelia setelah menapak keluar dari kereta.

"Sini." Jawab Arden sambil melangkah ke satu arah.

Mata Aurelia bercahaya setelah melihat keretanya di situ.

"Ohh my baby!!!! Saya rinduu awak!!" Kata Aurelia lalu terus berlari ke keretanya dan menepuk lembut kereta itu.

Arden yang berdiri di belakang hanya menggelengkan kepala perlahan-lahan.

"Um berapa ringgit ni? Saya nak bayar." Aurelia bertanya setelah puas melepaskan rindu pada kereta kesayangannya.

"Tak perlu. Aku dah bayarkan." Jawab Arden mendatar.

"Ala tapi ni baby saya. Mesti lah saya nak bayarkan hm." Aurelia mencebikkan bibirbya.

"Takpa, aku sebagai baby kedua kau ikhlas bayarkan." Kata Arden sambil tersenyum senget.

"Euw tolong sikit eh. Geli lah." Aurelia menjeling Arden tajam. Tak betul pula mamat ni sejak-sejak ini.

"Kau nak balik terus ka ni?" Tanya Arden, sambil matanya memerhatikan setiap langkah gadis itu.

"Ya la kot. Kenapa?" Tanya Aurelia. Kepalanya ditoleh ke Arden.

"Teman aku makan." Arden mengajak Aurelia.

"Boleh. Saya lapar juga ni. Tapi naik asing-asing eh?" Tanya Aurelia setelah bersetuju dengan permintaan Arden.

"Ikut aku dekat belakang." Kata Arden setelah menganggukkan kepalanya. Kaki melangkah semula ke Porsche Panameranya.

Arden memandu ke destinasi diikuti kereta Aurelia dari belakang. 15 minit memandu, mereka tiba di restoran tomyam.

Mereka melabuhkan pinggul di satu meja. Menu diberikan seorang pelayan.

"Nasi goreng kampung 1, kopi ais 1." Kata Arden kepada pelayan.

"Saya nak nasi goreng udang dengan ais kosong." Pesan Aurelia pula.

Setelah mereka berdua memesan makanan dan keadaan kembali sunyi di antara mereka berdua.

"Terima kasih Arden." Kata Aurelia, memecahkan kesunyian.

"Untuk?" Arden mengangkat sebelah keningnya.

"Semua. Sejak awak datang Malaysia. Dah banyak awak tolong saya. Terima kasih." Kata Aurelia ikhlas dan lembut. Jantungnya berdegup kuat tatkala renungan tajam mata amber itu menikam wajahnya.

HIS EVERYTHING (C)Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin