Part 1 - Pertemuan Ini

4.5K 148 3
                                    

Ini adalah harinya, setelah lebih 5 tahun bertugas di cawangan Sutera Holdings di Sarawak.  Akhirnya Effendi ditukarkan ke ibu pejabat Sutera Holdings di Kuala Lumpur bagi menggantikan tempat Tuan Halmi yang telah bersara.  Ramai yang kagum dengan kejayaan Effendi mencipta kejayaan dalam kerjaya, hasilnya pada usia 33 tahun dia telah diberi kepercayaan oleh Lembaga Pengarah Sutera Holdings untuk menggantikan tempat Tuan Halmi menjadi Pengarah Urusan di syarikat itu.

"Tahniah Tuan Effendi, selamat datang ke ibu pejabat, silakan tuan" ucap Surya sebaik sahaja ketua barunya melangkah masuk ke pejabat Pengarah Urusan yang terletak di aras 6 Menara Sutera.

"Terima kasih Surya" balasnya sambil mengikut Surya yang menunjukkan arah ke bilik Pengarah Urusan.  Surya adalah PA nya merangkap  bakal tangan kanannya di pejabat.  Dia memang telah bertemu dengan  Surya sebelum ini, kerana semasa diberitahu tentang kenaikan pangkatnya dia telah diberi pilihan untuk menukar setiausaha sedia ada dengan yang baru sekiranya dia mahu.  Namun dia memilih untuk mengekalkan Surya sebagai PA nya kerana Surya sebelum ini telah berkhidmat dengan pengarah urusan yang lama iaitu Tuan Halmi dan Tuan Halmi telah memberikan feedback yang baik tentang kemampuan dan kecekapan Surya menguruskan aktiviti harian seorang pengarah urusan.

"Pukul 11.00 pagi nanti, tuan ada mesyuarat dengan semua pegawai kanan dan ketua bahagian kat bilik mesyuarat utama then petang sesi suai kenal dengan bahagian-bahagian lah macam yang tuan minta tu, Puan Nora HR Manager akan iring tuan nanti dan saya jugak" jelas Surya berkenaan aktiviti ketua barunya itu untuk hari ini.

Effendi mengangguk mendengar penjelasan setiausahanya itu.

"Kalau takde apa-apa saya keluar dulu tuan" pamit Surya.

"Ok Surya you may go now, but before that please bring me senarai perjawatan for HQ and call Puan Nora I want to see her before the meeting" arah Effendi.

Surya mengangguk tanda faham dan berlalu untuk menjalankan arahan bosnya itu.  'Hai lah bos, apasal bos handsome sangat ni, nasib baik akak dah kawin bos, kalau tidak cair akak bos oiii', kata-kata itu hanya bermain di dalam hati nya tetapi bibirnya tersungging senyuman.

"Hai kak su, tersengih-sengih dah kenapa?"

"Mak kau handsome, Allahu Rafika, kejut akak tau, nasib baik bukan bos" Surya mengurut dada sambil kepalanya menoleh ke bilik Tuan Effendi, risau dia kalau-kalau bosnya itu terdengar suaranya yang agak kuat tadi.

"Buat apa kat sini, ika nak jumpa bos ke?" tanya Surya kepada Rafika kerana setahunya Tuan Effendi tiada sebarang temu janji pagi ini.  Bukan ke hari pertama.

"Hish, kenapa pulak nak jumpa bos, saya nak jumpa kak su lah.  Lupa la tu, ni saya beli lebih nasi lemak yang kak su pesan semalam, ambiklah harini saya belanja" tutur Rafika sambil menghulurkan plastik bungkusan nasi lemak.  Surya menyambut huluran Rafika. Plastik bertukar tangan.

"Ok lah kak su, saya nak pergi dah ni, harini ada site visit kat Cyberjaya nanti saya lambat pulak" lekas Rafika pamitan sambil berlalu pergi.

"Thankyou darling, ni yang akak makin sayang ni. Eh ika, petang ni masuk office tak. Bos besar yang baru nak jumpa semua staff petang ni" suara Surya sedikit meninggi kerana Rafika telah berlalu ke pintu keluar.  Rafika mengangkat tangan menunjukkan isyarat 'ok' kepada Surya. Tanpa Rafika sedar ada mata yang sedang memerhatikannya.

"Rafika"

Effendi memegang dadanya yang terasa sakit tika nama itu disebut.  Setelah sekian lama tidak melihat wajah itu.  Wajah yang sering bermain di mindanya, nama itu yang terlukis di hatinya.  Setiap kali terkenang adrenaline nya mengalir laju.  Marah dan rindu berpusu-pusu mengisi segenap ruang jiwanya.  Senyuman itu masih manis, wajah itu masih lembut, suara itu masih gemersik. Ah! perasaan apakah ini.  Bukankah dia benci pada sesusuk tubuh itu.

Jiwanya yang sarat dengan luka menjadikan dia seorang yang workaholic.  Membawa diri begitu lama ke bumi Sarawak.  Memikul tugas yang diamanahkan tanpa siang dan malam dalam cuba untuk melupakan beban kecewa dan rindu.  Namun marahnya yang berguni tidak dapat menghapus selautan kasih yang tiada bertepi terhadap si dia yang sentiasa mengisi ruang di hati.  Setelah penat berlari, kini dia kembali untuk mencari jawapan kepada luka itu.  Jawapannya hanya ada pada wanita itu.

"Rafika" sekali lagi sebaris nama itu disebut perlahan.  Ya, hanya Rafika yang bisa memberikan jawapan kepada setiap persoalan jiwanya.  Tidak sangka urusannya dipermudahkan.  Rafika kini di depan mata.  Hanya menunggu waktu yang sesuai bertemu muka.

.....TBC

Maaf kalau bosan, saya budak baru belajar.  Please vote tanda sokongan

Thank you darlings 💖💖💖

Sesat Dalam RinduWhere stories live. Discover now