Part 24 - Resah Hati Ku

1.5K 77 10
                                    

Duduknya tidak kena, baringnya resah, tidurnya terganggu. Wajah Rafika di mana-mana. Kata-kata Rafika tempohari terngiang-ngiang.

Effendi sedar, Rafika semakin nekad dengan keputusannya untuk berpisah. Tapi kenapa? Adakah salah faham tentang hubungannya dengan Farhah. Ah! Tak mungkin. Rafika bukan jenis cemburu buta. Rafika tentu saja bertanya kalau tidak pasti dengan sesuatu.

'Awak dah takde dalam hati saya'

Dadanya terasa sakit bila kata-kata itu seperti diulang-ulang dalam fikirannya. Matanya dipejam rapat sambil memikir arah caturannya.

"Zam, mana? Aku nak jumpa kau sekarang boleh? Takpe-takpe lagi elok kalau Anis ada sekali. Zam kau send location, kejap lagi aku datang" panggilan ditamatkan.

Dia perlukan pertolongan Azam. Pertolongan dari Anis yang sebaiknya kerana Anis adalah sandaran Rafika kini. Jiwa Rafika banyak Anis yang lebih mengerti.

"Fendi, sini!" Azam memanggil sambil melambai bila melihat Effendi tercari-cari di pintu masuk restoran.

"Sorry, lambat sikit. Aku cari parking" kata Effendi sambil menyambut jabat tangan yang dihulur Azam.

"Takpe, lagi lambat lagi lama aku dating" balas Azam sambil tersengih memandang Anis di sebelahnya.

"Hai Anis" Effendi menyapa Anis sambil melabuhkan duduknya.

Anis hanya membalas dengan menganggukkan sedikit kepala lantas menoleh ke arah Azam dengan jelingan mautnya.

"Sorry, kalau aku ambik masa korang sikit" Effendi memula bicara.

"Aku sebenarnya...."

"Eh! Order lah makan dulu kalau iye pun. Macam panjang je cerita kau ni?" celah Azam tanpa sempat Effendi menghabiskan ayatnya.

"Takpelah, aku dah kenyang" Effendi menolak.

"Ha! Minum, kau nak minum apa aku order kan" Azam berkeras sambil bangun dari duduknya.

"Teh ais lah" jawab Effendi.

"Ok, kau sambung dulu dengan Anis, aku pergi order air" Azam terus menuju kaunter pesanan.

"Fendi ada nak cakap apa dengan saya" Anis memulakan dahulu bila melihat keruh di wajah Effendi.

"Rafika...." Effendi menyebut nama isterinya.

"Ok Rafika, kenapa dengan Rafika?" tanya Anis tidak faham.

"Rafika....ada tak dia cakap atau mengadu apa-apa pada kau?" tanya Effendi terus.

"Cerita....apa? Fendi please...straight to the point saya tak faham" tingkah Anis, jelas tidak faham.

"Nah....teh ais special untuk engkau" Azam datang membawa air yang dipesan Effendi tadi.

"Thanks zam"

"Mmm...apa yang kau tergesa-gesa sangat nak jumpa aku ni?" tanya Azam

"Pasal Rafika?" Anis yang terlebih dahulu menjawab.

"Mmm...kenapa pulak kali ni?" meleret saja pertanyaan Azam.

"Macam ni zam Anis, lately Rafika sangat....err...aku tak tau nak cakap macam mana, tapi ika dia macam dah nekad nak berpisah dengan aku" Effendi cuba menjelaskan dengan tenang.

"Anis tahu apa-apa tak?" Azam mengaju tanya kepada Anis.

"Kalau boleh saya tak nak masuk campur urusan awak dan ika, tapi...." kata-kata Anis terhenti di situ. Dia merasakan tidak patut untuk dia terus menyambung bicaranya.

Sesat Dalam RinduWhere stories live. Discover now