Part 42 - Terlerai Rindu

1.4K 54 15
                                    

Makan malam mereka hari itu begitu meriah setelah sekian lama sepi di dalamnya.

Sesekali terlihat Puan Arfah mengesat mata.  Entah kenapa, kolam matanya bertakung setiap kali dia melihat senyum.  Ah! Mungkin saja kerana sudah lama bahagia tidak datang menjengah hambar kini sudah berpamit pulang.

Gelak tawa Encik Razman dek senda gurau Encik Roslan silih berulang.  Diikuti suara sambungan gembira anak cucu mendendang tetamu.

Ditoleh ke wajah si anak bongsu yang dari tadi menguis nasi.  Tidak berselera kali dengan wajah yang pucat tidak lesi.

Terlihat sang suami berkata berbisik memujuk si isteri menjamah rezeki, berwajah bimbang memikir lesu lara penghuni hatinya yang tercinta.

"Adik, awat tak makan.  Dari tadi ibu tengok duk kaih nasi.  Awat?  Tak sedap ka, ibu masak lain mau ka?" Puan Arfah bertanya lembut.

Geleng sahaja.

"Taklah ibu, sedap dah ni.  Rafika ni yang tak ada selera.  Sejak mengandung ni dia memang kurang makan sikit ibu" jelas Effendi bimbang si ibu berkecil hati.

"Tu ka.  Biasa lah, nak jadi mak memang lagu tu.  Sat ja tu.  Tapi toksah la ikut sangat nah.  Nanti tak dak tenaga badan tu" kata Puan Arfah membalas.

Rafika memanggung kepala berlaga pandang dengan ayahnya namun dia menunduk masih kekok.

Kelihatan Encik Razman menghela nafas perlahan.  Namun disedari besannya Encik Roslan.

"Bagi dia masa sikit man.  Terkejut lagi tu" bisik Encik Roslan perlahan.

Encik Razman memandang sekilas namun bersetuju namun bersetuju dengan besannya.  Kepala diangguk lemah.  Sekali lagi pandang dikalih ke wajah si bongsu.  Kasihan anak ayah.  Bisik hatinya sayu.

"Abang, sayang tak nak makan dah.  Nak baring je.  Sayang tak larat" bisik lemah Rafika di telinga sang suami.

Effendi lantas membasuh tangannya dan tangan Rafika. 

"Maaf semua, Rafika tak berapa sihat.  Saya bawa dia ke bilik dulu ya" Effendi beralas hormat, bimbang ada yang berkecil hati.

"Takpa fendi, pi lah rehat.  Hang pun sama penat lagi tu.  Ibu taruh nasi kat hang, nanti buleh sambung makan" laju Puan Arfah

Effendi mengangguk sambil memimpin bangun tangan Rafika.

"Adik...ibu buat moi mau ka?" tanya Puan Arfah lembut.

"Ye ika, mana tahu terbuka selera?" sampuk Puan Khairani.

Rafika pandang wajah Effendi kosong.

"Terima kasih ibu" balas Effendi bila Rafika hanya diam.

Semua terdiam memerhati Rafika yang berjalan perlahan dipimpin Effendi.

*****

"Sayang tak lapar ke, nak makan apa-apa tak? Abang boleh belikan" tanya Effendi perlahan sebaik mendudukkan Rafika di katil.

Lama wajah suaminya dipandang, dia hanya menggeleng lemah.  Fikiran Rafika bercelaru.  Tiba-tiba keadaan seperti tiada apa yang berlaku.  Penerimaan keluarganya kini berubah.  Sebab apa, dia juga tidak tahu.  Keliru.

"Abang" panggil Rafika perlahan.

"Ya sayang, kenapa?" Effendi bertanya risau.

"Macam mana...?" tergantung.

"Alhamdulillah, semuanya dah okay sayang.  Jangan risau dan jangan fikir yang bukan-bukan lagi.  Sayang penat tu, kesian baby kat dalam tu" pujuk Effendi.

Sesat Dalam RinduWhere stories live. Discover now