Part 20 - Bisakah memiliki

1.7K 77 9
                                    

Rafika layankan saja sikap Effendi yang dari tadi tidak melepaskan tautan tangan mereka.

Tangan Rafika hanya dilepaskan sebentar semasa makan tadi. Selepas itu ditautnya kembali.

Rafika sedar, dia tidak seharusnya membiarkan emosi menguasai tindakan. Tetapi tidak sampai hati mengecewakan Effendi dengan wajah yang begitu mengharap. Rafika tahu Effendi sedang menagih ruang dan peluang darinya. Dan Rafika ingin memberi sedikit ruang itu kepada Effendi. Kerana selepas ini dia harus melepaskan semuanya.

Rafika dapat merasakan cinta Effendi. Pandangan mata Effendi saja sudah cukup difahami. Namun mana mungkin dia begitu kejam merampas kasih dari seorang wanita lain. Merampas kasih seorang ayah dari anaknya. Perasaannya kini tidak penting, kerana ada hati yang perlu dijaga. Biarlah dia beralah walaupun haknya masih ada. Biarlah dia pergi kerana itu lebih memadai.

"A...abang" tergagap Rafika hendak menyebut perkataan itu setelah sekian lama tidak menyebutnya.

"Ya sayang" balas Effendi lembut.

"Kenapa abang buat macam tu tadi depan kak surya?" tanya Rafika.

"Mmmm....abang buat apa?" sengaja Effendi bertanya.

"Tadi tu lah, kenapa cakap macam tu. Nanti kalau kak surya tanya saya nak jawab apa?" tanya Rafika semula.

Lama Effendi diam, ditatapnya wajah Rafika penuh kasih.

"Abang....saya tanya ni" Rafika sedikit mendesak. Geram bila Effendi hanya diam tidak menjawab pertanyaannya.

"Saya tu siapa?" soalan Rafika dibalas dengan pertanyaan.

"Abang....janganlah main-main" Rafika sudah naik geram dengan Effendi bila soalannya masih tidak dijawab.

Effendi masih diam, tangan Rafika dilepaskan seketika. Stereng kereta dipulas keluar dari parkir. Kereta dipandu tenang, setenang jiwanya bila separuh jiwanya ada di depan mata.

"Eh! Nak pergi mana? Jalan pergi office sebelah sanalah abang!" Rafika berkata sambil menunjuk simpang yang Effendi terlepas.

"Alamak! Salah jalanlah sayang. Nak patah balik jauh pulak tu" balas Effendi, sambil matanya melirik pada Rafika di sebelah.

"Tulah....berangan je, kan dah terlepas simpang tu. Lambatlah kita nanti" rungut Rafika, sangkanya Effendi tersilap jalan.

"Mmmm...takpelah, abang call Surya bagitahu kita lewat sikit ya" cadang Effendi sambil mencapai telefon.

Effendi cuba menghubungi Surya. Panggilan disetkan ke mode loud speaker kerana dia sedang memandu. Panggilannya disambut selepas beberapa ketika.

"Yes bos, anything?" Surya menjawab dari sebelah sana.

"Surya, petang ni I tak masuk office. I ada hal sikit. Kalau ada apa-apa you call me okay" pesan Effendi kepada Surya.

Rafika di sebelah jelas terkejut. Duduknya ditegakkan. Tumpuan diberikan sepenuhnya kepada Effendi yang sempat mengerling kepadanya sambil tersenyum.

"Ok bos, no problem" jawab Surya.

"Oh, I bawa Rafika sekali, tak sempat nak hantar dia balik office. You okay kan?" sambung Effendi.

"It's okay bos. Pandai-pandailah I cover nanti" balas Surya.

"Good then, so okay Surya, bye" Effendi menamatkan panggilan.

"Apa tadi tu?" pantas Rafika bertanya sebaik Effendi menamatkan panggilan.

Sesat Dalam RinduWhere stories live. Discover now