Part 43 - BAHAGIA MILIK KITA

1.9K 73 34
                                    

Dari kejauhan dapat dilihat pelaminan yang terhias cantik.  Bak singgahsana menanti raja dan permaisuri.

Tetamu yang datang menambah kemeriahan majlis menjadi saksi penyatuan dua hati di singgahsana yang serba indah.

Semua mata kini tertumpu kepada raja dan permaisuri yang berjalan perlahan diiringi alunan kompang menuju pelaminan.

Pengantin lelaki tampak kacak dan gagah di samping pengantin perempuan yang anggun dan jelita mempersona mata yang melihat.

Sesekali terdengar usikan saudara mara yang membuatkan si pengantin tersipu malu.

Kaum keluarga dan sahabat handai tidak melepas peluang memberi ucapan tahniah dan restu seiring doa kepada yang maha Memberi semoga ikatan yang terjalin kekal abadi.

'Baraka Allahu lakuma Wa baraka 'alaykuma Wa jama'a baynakuma Fi khayr'

Sepotong doa dibaca Effendi buat sahabatnya sambil Rafika mengambil kesempatan mendekati Anis.

"Semoga berbahagia kak Anis dan semoga dapat membina keluarga yang sakinah mawaddah wa rahmah.  Ika sentiasa doakan" Rafika memeluk erat kakak angkat kesayangannya itu.

"Terima kasih adik ku.  Terima kasih mendoakan kak nis.  Kak nis juga doakan adik kak nis ni sentiasa bahagia di sisi suami dan keluarga yang tersayang" bergenang matanya tidak dapat ditahan.

"Jangan la nangis, nanti rosak mekap tu" tegah Rafika tersenyum sedang dia juga mengalir air mata.

Lekas-lekas dia menjauh memberi peluang pengantin menyantuni tetamu yang lain.

Tidak betah berada lama di hadapan Anis.  Mahu kebanjiran dengan air mata.  Segala suka duka tangis dan tawa dikongsi bersama Anis sepanjang lima tahun mereka tinggal sebumbung.  Tiada teman tiada saudara, hanya mereka berdua.  Susah senang dilalui bersama.

Kini Anis sedang mengukir bahagia memula kehidupan menjadi suri kepada Azam.

Sejujurnya Rafika sedih kerana tiada lagi Anis menjadi tempat bersandar.  Namun dia bersyukur kerana Anis akhirnya mengakhiri zaman bujang bersama yang dicintai.

Rafika tersenyum gembira memandang riak gembira Anis dari jauh.  Di hati sentiasa mengucap syukur kerana kehadiran Anis dalam keluarga barunya itu diterima dengan penuh lapang.

Effendi menggenggam tangan sejuk Rafika.  Tahu benar dia perasaan Rafika saat itu.  Pasti bercampur baur melihat kemeriahan majlis yang dirai berbanding dirinya dulu.  Tiada majlis tiada sambutan tiada iringan gelak tawa keluarga.  Hanya yang wajib.

"Sedih ke?" tanya Effendi perlahan bila Rafika mengusap tubir matanya.

"Taklah, happy for kak Anis. Akhirnya kak Anis jumpa dengan orang yang sudi terima dia seadanya" balas Rafika juga perlahan.

"Yelah, abang pun happy akhirnya Azam kahwin jugak.  Ingatkan nak membujang sampai ke tua" kata Effendi masih merenung kedua mempelai dari jauh.

"Abang....tak baik tau kata macam tu.  Azam tu kawan abang jugakkan" Rafika memukul manja bahu Effendi.

"Betul apa abang cakap.  Dulu asal cakap pasal kahwin aje, mulalah si Azam tu cari alasan.  Pernahlah mak dia tanya pada abang.  Dia ingat anak dia songsang" terkekeh Effendi sambil bercerita.

"Biar betul bang, takkan sampai macam tu sekali" terkejut Rafika mendengar cerita dari mulut Effendi.

"Sungguh abang tak bohong.  Tak percaya pergi tanya mak Azam tu" balas Effendi bersungguh.

"Ish abang ni, takkan sampai sayang nak pergi tanya pulak" Rafika turut ketawa.

Lama Effendi menatap wajah kesayangannya yang sedang ketawa itu.

Sesat Dalam RinduWhere stories live. Discover now