Part 38 - Masihkah Bersinar

1.6K 89 5
                                    

Rafika merenung gelap malam memikir hari esok.

"Ika"

"Eh! Ya mak" terkejut dia disapa Puan Khairani.

"Buat apa kat luar ni sorang-sorang?" tanya Puan Khairani sambil mengambil tempat duduk di sebelah Rafika.

"Tak ada apa mak. Saja je, ambil angin" jawab Rafika.

"Mak nak cakap sikit boleh" tanya Puan Khairani lagi.

"Boleh" jawab Rafika.

"Ni pasal ika dengan fendi" bicara Puan Khairani terhenti. Tidak sampai hati, tetapi perlu dia bercakap.

"Ada apa mak" Rafika bertanya pula.

"Orang lelaki ni ika, tinggi egonya. Mak cakap ni bukan sebab fendi tu anak mak. Tapi bak kata orang tu, ego dengan lelaki tak dapat dipisahkan" sambung Puan Khairani.

Rafika hanya diam membiarkan Puan Khairani terus berbicara.

"Ni mak nak tanya, ika dengan fendi ni sebenarnya macam mana?" tanya Puan Khairani.

"Ika yang salah mak. Ika yang buat abang kecik hati. Mak, ika sedar ika salah. Tapi ika nak betulkan semula yang salah tu. Tapi abang..." kata Rafika terhenti di situ.

"Ika, orang lelaki ni kadang-kadang tak boleh terlalu didesak. Mak rasa Effendi sendiri tengah bagi diri dia peluang berfikir. Mak ada cakap dengan fendi pasal korang. Tapi itulah, mak ni sebenarnya tak nak campur tangan dalam hubungan korang berdua. Bagi mak korang berdua dah cukup dewasa untuk buat keputusan mana yang baik dan buruk" jelas Puan Khairani.

"Mak, ika cuba mak bukan tak cuba" kata Rafika pula.

"Ika, mak sayang ika macam anak mak sendiri. Mak harap, walau apa pun yang jadi pada korang lepas ni takkan menyebabkan kita bermasam muka. Mak nak ika teruskan hidup. Bagi peluang pada diri masing-masing untuk bahagia, ya" tambah Puan Khairani.

"Mak...terima kasih" ucap Rafika. Kalau sebelum ini dia seakan pasrah, kini seperti ada sedikit sinar setelah bercakap dengan ibu mentuanya.

Baiklah, walau apa pun segalanya perlu diselesaikan segera. Walaupun baru saja Puan Khairani meminta dia tidak mendesak Effendi. Tetapi dia merasakan ini masa yang sesuai untuk mendesak Effendi supaya berbincang. Dia perlu tahu apa keputusan Effendi.

Tidak berlengah lagi, langkah diatur menuju ke bilik tidur. Dia mahu berbincang empat mata dengan sang suami.

*****

"Abang, belum tidur lagi" sapa Rafika sebaik masuk ke bilik melihat Effendi masih berjaga.

Tidak diendah.

"Abang, kita perlu berbincang" kata Rafika sambil mengambil duduk di sisi Effendi.

Effendi mahu bangun tetapi ditarik Rafika membuatkan dia terduduk semula.

"Hish" kata Effendi tidak suka.

"Abang tak perlu cakap apa-apa. Abang hanya perlu dengar je apa yang sayang nak cakap, okay" kata Rafika menikam jauh ke wajah Effendi yang tidak memandangnya.

"Mula-mula sekali sayang nak minta maaf. Sempena bulan baik hari baik ni sayang nak minta maaf atas segala salah silap sayang. Sayang tahu abang dah cukup banyak bersabar dengan sayang. Tapi abang perlu tahu, segalanya bersebab" Rafika diam seketika menarik nafas.

"Bukan maksud sayang tidak mahu bersama abang jauh sekali tidak mahu menerima baby kita" kata-kata Rafika itu membuatkan Effendi menoleh ke arahnya. Respon yang baik. Namun hanya seketika, pandangan dikalih semula.

Sesat Dalam RinduWhere stories live. Discover now