Part 17 - Mampukah

1.7K 80 1
                                    

Selepas peristiwa mereka berselisih faham tempoh hari, hari-hari yang berlalu terasa begitu janggal bagi Rafika.  Berlainan pula dengan Effendi yang masih boleh beriak biasa seolah tiada apa yang berlaku.  Bila melihat keadaan itu, Rafika juga cuba bertindak matang dengan tidak mencampur adukkan urusan kerja dan peribadi.  Ditambah pula masing-masing agak sibuk dengan urusan projek dan Effendi pula kerap tiada di pejabat kerana perlu  menghadiri mesyuarat.

"Excuse me, maaf tumpang tanya cik?"

Rafika bersama Haida yang baru pulang dari makan tengahari disapa seseorang. Langkah mereka terhenti.

"Ya, nak tanya apa? balas Haida, Rafika di sebelah hanya diam membatu.

"Saya nak jumpa dengan Pengarah Sutera Holding, tingkat berapa ye?" sambung lelaki itu.

"Encik ni...?"

"Oh maaf, lupa nak kenalkan diri.  Saya Rafiq, pejabat pengarah tingkat berapa ye, saya nak lapor diri" sekali lagi dia bertanya setelah memperkenalkan namanya.

"Tingkat 6, encik Rafiq boleh ikut Rafika, dia PA bos, saya Haida" kata Haida ramah sambil merujuk kepada Rafika di sebelahnya.

"Ye ke? Alhamdulillah, tak sangka pilih orang yang tepat" Rafiq senyum senang.

"Tepat sungguh, nama pun kena dah Rafiq Rafika, Rafika Rafiq.  Jodoh ke?" usik Haida.

Rafiq mengurut leher sambil tersenyum mendengar bicara Haida sambil.  Tidak tahu mahu membalas.

"Ishh, awak ni Haida.  Tak baiklah, kesian Encik Rafiq, malu dah dia" Rafika dapat membaca riak lelaki itu menegah Haida dari terus mengusik.

"Maaf encik Rafiq, saya gurau je, maaf ye" tutur Haida dalam senyum tetapi masih sinis.

"Eh takpe, kalau betul jodoh saya tak menolak" balas Rafiq pula.

"Ha kan! Encik Rafiq sporting je, kau yang risau lebih" balas Haida pula.

"Dah la Haida, maaf ye encik.  Kawan saya ni hari ni terlebih ramah.  Encik nak lapor diri kan?  Encik pergi tingkat 5 dulu, jumpa dengan Puan Nora HR Manager.  Nanti Puan Nora akan bawa encik jumpa dengan pengarah." jelas Rafika kepada lelaki itu.

"Oh okay, terima kasih cik" ucap Rafiq.

"Sama-sama, jomlah lif kat sana" ajak Rafika tangan Haida ditarik sama.

*****

Rafika mengipas wajahnya dengan tangan.  Panas di luar membuatkan kulit mukanya rasa membahang.  Kalau tidak kerana Haida beria-ia nak makan tengahari dengannya hari ini, memang dia tidak akan keluar kerana cuaca yang panas sejak akhir-akhir ini.  Dia lebih rela mengalas perut dengan air sahaja.  Dalam masa yang sama sempat dia melirik ke arah bilik Effendi.

"Dah masuk rupanya, siapa pulak tu?" Rafika bertanya sendiri.

Seingatnya, Effendi tidak ada sebarang temu janji hari ini.  Hanya ada satu mesyuarat sahaja.  Itu pun sebelah pagi dan bukan di pejabat.

"Hmmm....biarlah, kawan dia kot" bisik Rafika sendiri sambil tangannya ligat meneliti fail-fail di atas meja yang perlu dihantar kepada bosnya nanti.

"Hai!"

Rafika terkejut sambil terdongak bila mendengar suara wanita menyapanya dari arah bilik Effendi.

"Eh...Puan Farhah...errr...hai" sambil berdiri Rafika membalas sapaan Farhah.

"Isshhh...tak payah la panggil puan, geli la" tutur Farhah.

Sesat Dalam RinduWhere stories live. Discover now