Part 31 - Aku Cinta

1.4K 80 10
                                    

"Jomlah, tadi kata nak cepat" ajak Nadia bila Rafika masih lagi tercegat di situ.

"Kejaplah, kak Surya suruh kita tunggu dia" jawab Rafika.

"Oooo....okay" balas Nadia tanda faham.

Masing-masing diam melayan telefon sementara menunggu Surya.

"Ika" panggil Nadia tiba-tiba.

"Hmmm" balas Rafika tidak acuh kerana sibuk membalas pesanan whatsapp dari sang suami.

"Soalan aku tadi kau tak jawab pun" kata Nadia tidak puas hati.

Rafika yang tadi tekun dengan telefon di tangan memanggung kepala, cuak dengan pertanyaan Nadia. Bibir diketap menahan getar. Lama dia memandang Nadia dengan mata tunak.

"Nad, jangan cakap pasal tu lagi boleh. Nanti kalau orang dengar lain pula jadinya. Saya tak nak orang salah faham" Rafika berkata tenang. Cuba untuk tidak nampak seperti mengelak.

Nadia diam, dia berfikir sejenak sebelum membalas.

"Betul juga, sorry ika. Aku ni kadang-kadang cakap tak fikir orang lain. Maaf tau kalau kau rasa tak selesa" Nadia mengalah.

"Tak apa Nad. Saya faham awak cuma nak bergurau kan" balas Rafika.

"Tapi untuk soalan aku tadi bukan bergurau tau, aku serius! Sebab aku dapat rasa sesuatu" kata Nadia dengan wajah serius.

"Dah dia mula balik. Baru kejap tadi awak minta maaf Nad" Rafika buat muka pura-pura tidak suka.

"Yelah, aku main-main jelah. Itu pun nak merajuk. Eh! Mana kak Surya ni, lama sangat rasanya. Perut aku dah berlagu riang dah ni" tanya Nadia sambil menggosok perutnya.

"Kejap lagi dia turunlah tu, sabar sikit ya" jawab Rafika.

Nadia walaupun seorang yang kepochi tetapi ramai yang tidak nampak sisi baiknya. Bagi Rafika, Nadia seorang yang jujur. Tidak pernah berselindung rasa. Apa yang ada di hatinya, itulah yang terluah di bibirnya. Walau ramai yang tidak selesa, namun bagi Rafika, dia menerima Nadia dengan terbuka. Nadia juga sangat prihatin dan mengambil berat. Walau kadang-kadang keprihatinannya ter'over' sangat.

"Sorry, lambat sikit. Last minute bos panggil bagi amanat, sebab petang ni bos kena pergi Penang, esok ada meeting" jelas Surya sambil melirik kepada Rafika. Penjelasannya itu lebih kepada untuk makluman Rafika, kerana panggilan untuk mesyuarat tiada dalam jadual bosnya. Kemungkinan besar Rafika sendiri belum tahu Effendi perlu menghadiri mesyuarat esok.

"Oooo okay. Biarlah bos nak pergi mesyuarat kat mana pun ya. Tapi kita ni nak makan kat mana ni?" tanya Nadia tidak mengambil pusing penjelasan dari Surya tadi.

"Kita makan dekat restoran depan sana tu nak tak? Dah lewat dah ni, lauk dekat kedai biasa mesti dah tak berapa ada" cadang Surya.

"Ala kak Surya, tengah-tengah bulan macam ni ajak makan kat tempat aircond pulak. Bajet saya lari nanti kak" Nadia seakan tidak bersetuju.

"Ish budak ni, akak tak habis cakap lagilah. Bukan nak suruh awak bayar pun" balas Surya.

"Habis tu takkan makan tak payah bayar. Akak biar betul, mahu sampai tujuh keturunan tokey restoran tu sumpah kita nanti" Nadia sudah mula merepek sedang Rafika hanya tersenyum menjadi pemerhati bebas melihat dua orang di hadapannya sedang bertekak.

"Budak ni kan, cubit baru tahu. Ni bos bagi duit suruh belanja, dia risau ada yang tak makan sepanjang dia tak ada dua hari ni. Tak pasal-pasal akak jadi bibik jaga makan minum orang tu" kata Surya sambil menyeberang jalan diikuti Nadia dan Rafika.

Sesat Dalam RinduWhere stories live. Discover now