Part 15 - Berhenti Berharap

1.8K 77 1
                                    

"Nak makan apa?" tanya Effendi kepada Rafika setelah menu diserahkan oleh pelayan.

"Takpe, saya nak minum je." jawab Rafika.

"Tak kan tak nak makan, tak lapar ke?" tanya Effendi lagi.

Rafika menggelengkan kepala tanda tidak mahu.

"Makanlah sikit, abang order kan ya" Effendi cuba memujuk.

Rafika tetap menggelengkan kepalanya.

"Makan sikit je. Sayang dah makin kurus abang tengok, tangan ni dah tinggal tulang je" Effendi cuba bergurau sambil menyentuh lembut tangan Rafika.

Rafika menarik tangannya laju.

"Tuan jangan macam ni, saya ikut tuan sampai sini pun dah cukup baik" kata Rafika tajam matanya merenung Effendi.

"Sorry, tak sengaja" Effendi berkata perlahan. Terkejut dia dengan penolakan Rafika.

Effendi memanggil pelayan restoran untuk membuat pesanan. Seterusnya kedua mereka hanya diam tanpa suara. Hanya Effendi sesekali menjeling Rafika di sisinya. Rafika pula cuba menyibukkan diri memandang sekeliling restoran.

Bila hidangan sampai mereka hanya diam dengan pesanan masing-masing.

Rafika menjeling sekilas Effendi yang sedang makan. Terbit rasa bersalah kerana memarahi lelaki itu sebentar tadi.

Effendi makan dengan pantas, sedikit terasa hati dengan Rafika. Tetapi diusir jauh-jauh perasaan itu.

"You nak balik cepat ke? I nak pick up someone kat airport, you boleh ikutkan" tanya Effendi dengan riak tak bernada.

"Err...okay" jawab Rafika perlahan.

Setelah membuat bayaran Effendi terus bangun diikuti Rafika.

Di dalam kereta mereka masih diam. Rafika rasa serba salah kerana keterlanjuran bicaranya tadi. Effendi pula tidak tahu bagaimana hendak memula bicara, risau tersilap perbuatan lagi. Serba salah jadinya mereka.

"Maaf" ujar Rafika tiba-tiba.

Effendi menoleh sekilas kerana dia perlu menumpukan perhatian pada jalan raya.

"For what?" tanyanya sinis.

Rafika tidak menjawab, sebenarnya dia tidak tahu apa yang patut dia cakap sekarang. Apa yang dia tahu, keadaan dingin antara mereka membuatkan dirinya rasa bersalah.

"Oh.....kalau pasal tadi tu tak payah lah you ingat sangat. Memang salah I pun kan. Just forget about it" tambah Effendi bila dilihat Rafika diam tidak membalas.

"Actually, I yang perlu say sorry sebab buat macam tu dekat you tadi" sengaja dia menambah rasa bersalah Rafika.

Sampai saja di lapangan terbang Effendi memberhentikan kenderaannya di parkir menunggu kerana dia akan turun sebentar saja, lagi pula ada Rafika di dalam kereta.

"You tunggu dalam kereta, I pergi kejap. Tapi kalau guard suruh alihkan kereta you tolong alihkan okay"

Effendi tergesa-gesa turun hingga tidak sempat Rafika berkata apa-apa. Rafika mengetuk kepalanya menyalahkan diri sendiri. Entah kenapa tiba-tiba dia memarahi Effendi tadi. Entah kenapa tiba-tiba emosinya tidak mampu dikawal. Rafika sedar Effendi terasa dengan tindakannya. Nampak sangat apabila Effendi sudah menukar ganti panggilan dari 'abang' kepada 'I' dan 'you'.

Setelah hampir lebih sepuluh minit berlalu dari jauh Rafika nampak Effendi sedang berjalan dengan membawa sebuah bagasi ke arah kereta. Seorang kanak-kanak perempuan di dukungannya.

Sesat Dalam RinduWhere stories live. Discover now