Part 22 - Ingin Menjauh

1.6K 85 15
                                    

"Thanks nad" ucap Rafika selepas mengemas meja kerjanya dengan bantuan Nadia.

"No big deal lah, aku seronok kawan aku dah balik. Takde lah aku kena pergi makan sorang-sorang dah" balas Nadia.

"Ooo...kira saya ni buat peneman awak pergi makan aje lah ya. Sedihnya saya" Rafika buat muka sedih.

"Wehhh, sejak bila kau pandai merajuk ni. Kau bukan hati kering ke selama ni?" Nadia menolak lembut bahu Rafika.

"Sejak saya selalu bercakap dengan dinding dekat office big bos" Rafika senyum mempamerkan barisan giginya yang cantik tersusun kepada Nadia.

"Sian kau kan, aku tak boleh bayangkan betapa terseksanya diri aku kalau kena duduk sorang-sorang macam tu" Nadia cuba membayangkan dirinya berada di tempat Rafika.

"Eh! Rafika, buat apa kat sini" soalan dari Encik Nazri buat Rafika terpempan.

"Apa ni encik, tanya macam tu kat Rafika?" celah Nadia.

"Eh tak! Maksud saya Rafika tak dapat surat yang....errr takpelah, masuk bilik saya sekejap" balas Encik Nazri serba salah.

"Saya tak nak encik, kak Surya dah naik kerja pun. Lagipun encik kan dah janji pinjamkan saya empat bulan je" Rafika sedikit merayu bila Encik Nazri bercakap tentang surat sebaik saja dia masuk ke bilik pegawai atasannya itu.

"Memang saya ada janji, tapi surat tu arahan Rafika. Saya tak nak ada masalah kemudian. Lagi-lagi dengan Tuan Effendi" Encik Nazri menyuarakan pendapatnya pula.

"Tapi encik saya..."

Tok tok tok

Belum sempat Rafika menghabiskan ayatnya seseorang mengetuk pintu bilik Encik Nazri membuatkan mereka menoleh serentak.

"Err....ada meeting ke?"

"Tak, masuk fiq" kata Encik Nazri.

"fiq, ni lah Rafika yang aku cakap hari tu" Encik Nazri memperkenalkan Rafika.

"Oh, hai Rafika. Lama tak jumpa awak" Rafiq menegur mesra.

"Hai Encik Rafiq" balas Rafika ringkas.

"Err...Encik Nazri saya keluar dulu" Rafika sudah berkira mahu bangun dari kerusi.

"Nanti dulu Rafika, kita perlu bincangkan hal ni" Encik Nazri menahan.

"Bincang pasal apa ni?" celah Rafiq.

"Pasal surat penangguhan Rafika tu" jelas Encik Nazri ringkas kerana Rafiq sudah sedia maklum tentang hal tersebut.

"Encik, tolonglah saya" Rafika seperti mahu menangis. Dia cuba merayu Encik Nazri agar membantunya.

"Rafika, saya memang nak awak di sini. Tapi awak tahukan, saya tak boleh buat apa-apa" Encik Nazri cuba memahamkan Rafika.

"Sekejap! Aku rasa benda ni boleh rundinglah. Apa kata kau pergi jumpa Tuan Effendi dulu" cadang Rafiq sambil memandang Rafika sekilas.

"Jumpa tu boleh, tapi aku nak cakap apa. Nak cakap yang aku tak bagi dia pinjam Rafika. Kalau dia tanya kat aku sapa bos aku nak cakap apa pulak. Kau ni pun, agak-agaklah nak bagi cadangan pun" terang Encik Nazri panjang.

"Kau cakaplah pasal kita tak cukup staff. Lagipun projek makin banyak. Ni next projek kat cyber tu dah nak start. Kita mana cukup staff. Ikutkan kalau tambah Rafika pun tak cukup. Tapi at least membantulah jugak" balas Rafiq sambil senyum pada Rafika.

Rafika mengangguk sedikit. Hanya tangannya memegang satu sama lain. Berharap sangat Encik Nazri bersetuju dengan cadangan Encik Rafiq tadi.

"Boleh jalan ke idea kau tu" tanya Encik Nazri.

Sesat Dalam RinduWhere stories live. Discover now