Part 30 - Ku Ingin Restu

1.4K 69 1
                                    

"Kenapa tak nak duduk dengan abang" tanya Effendi sebelum menghantar Rafika ke rumah sewanya.

"Abang dah janji tak nak bincang pasal ni lagi kan.  Lagipun abang kata nak bagi sayang masa" balas Rafika.

"Sayang tak sudi ya" duga Effendi.

"Tak! Bukan macam tu.  Hubungan kita ni tak ada yang tahu.  Sayang tak nak timbul salah faham.  Abang orang besar, sayang takut abang terjejas" jelas Rafika.

"Tapi....." belum sempat disudahkan Effendi.

"Kita mula perlahan-lahan ya abang.  Sampai masa yang sesuai nanti kita tinggal bersama ya.  Buat masa ni, biarlah kita macam ni dulu.  Lagipun, bila-bila saja abang boleh jumpa dengan sayang kan" Rafika cuba berdiplomasi memujuk Effendi.

"Kalau macam tu, setiap hujung minggu sayang kena balik rumah dengan abang" tegas Effendi menuntut haknya.

"Tengoklah nanti macam mana" balas Rafika.

"Nanti kalau abang rindu macam mana?" Effendi sudah buat muka kesian.

"Kan boleh jumpa hari-hari.  Tempat kerja kita samalah.  Abang lupa ya" kata Rafika.  Takut dia termakan dengan muka sendu Effendi.

"Tak sama.  Dekat pejabat boleh tengok dari jauh je.  Nak pegang tak boleh, nak peluk lagilah tak boleh" Effendi mencipta pelbagai alasan.  Masih cuba merayu Rafika.

"Selama ni boleh je tak ada sayang, sekarang pulak jadi macam ni" pangkas Rafika.

"Sayang tak sayang abang ke?  Tak kesian ke dekat abang.  Lama tau abang tak dapat peluk sayang.  Takkan dah jumpa tak boleh tinggal sama pulak"  Effendi masih tidak putus asa.

"Dah sampai rumah sayang, kita jumpa esok ya" lekas Rafika mahu turun dari kereta.

"Sayang.....bolehlah" Effendi merayu lagi.

"Abang balik ya, rehat.  Kita jumpa esok ya" Rafika memujuk Effendi pulang.

"Sayang...."panggil Effendi.

"Abang......!!! Janganlah buat sayang serba salah.  Okaylah, hari sabtu ni sayang tidur rumah abang" Rafika mengalah tapi masih bersyarat.  Tidak tahan melihat mata Effendi yang sudah berkaca.  Tidak sangka hati tisu juga suaminya ini.

"Betul ni" bersinar mata Effendi.

"Betullah, kenapa? Tak nak ke?" duga Rafika.

"Eh!  Naklah takkan tak nak pulak" balas Effendi.

"Mengada" Rafika menampar manja lengan Effendi.

"Dengan sayang je.  Okay hari jumaat abang jemput sayang" kata Effendi.

"Eh! Kenapa jumaat, sabtu lah" balas Rafika.

"Jumaatlah, sabtu minggu ni kan cuti.  So, jumaatlah abang jemput sayang" putus Effendi.

"Abang ni" Rafika tidak puas hati.

"Dah, sayang pergi masuk.  Penat sangat abang tengok muka sayang ni.  Esok nak kerja" suruh Effendi.  Bimbang Rafika mengubah fikiran.

"Yelah....yelah" tangan Effendi dicapai lantas dicium.  Effendi menarik tubuh Rafika sedikit dan dipeluk seketika buat bekalan beberapa hari ini, dahi Rafika dicium lembut.

*****

"Hai friend, lama kau cuti pergi mana?" tanya Nadia semasa Rafika masuk ke pejabat.

"Tak pergi mana pun, saja ambil cuti nak berehat" balas Rafika bersahaja.

"Eh! Masa kau cuti kan? Tuan Effendi pun cuti jugak.  Korang memang plan nak cuti sama-sama ke?" tanya Nadia sampai berkerut keningnya.

"Apa kena mengena dengan saya pulak, awak ni Nad, saja je kan nak kenakan saya!" ini yang Rafika takutkan.  Nadia bukan boleh dijangka.  Sel-sel otak Nadia kalau berhubung lebih pantas dari orang lain.

Sesat Dalam RinduWhere stories live. Discover now