Part 3 - Terkenang Kembali

1.8K 103 0
                                    

"Rafika"

Betapa payahnya seorang Effendi menahan rasa tika menyebut nama itu. Apatah lagi tika bertentang mata.

Dapat dia merasakan kekalutan yang terlihat di wajah Rafika. Kekalutan yang penuh dengan rasa bersalah, mungkin.

Belum masanya Rafika, tidak akan aku dedahkan persaan ku tika ini. Aku ingin melihat sejauh mana kau bisa lari menyembunyi salah.

Akan ku ikat dirimu di sisi ku sehingga engkau mengaku setiap kesalahan mu dulu. Kesalahan kerana pergi meninggalkan aku. Aku mahu melihat dirimu diselubungi rasa bersalah sebagaimana diri ini terseksa menantikan dirimu. Rindu.

Ya, dia rindukan wajah itu namun dia bencikan senyuman itu. Bagaimana bisa wanita itu mengukir senyuman sedangkan dirinya selama ini jatuh dan bangkit dengan penuh kepayahan.

"The game is on"

Dia sudah meneliti fail peribadi Rafika. Dia mahu tahu semuanya tentang Rafika. Di mana tinggalnya, bersama siapa. Nombor telefon Rafika juga dia ada.

Effendi mahu tahu bagaimana Rafika membina bahagia kerana selama ini dia bermandi duka. Dia mahu tahu itu.

"Hello Azam, bro akulah Fendi. Haha ingatkan kau dah lupa aku. Bro malam ni free tak, jom minum on me. Aku tak kisah mana pun, kau pilih. Oh, tempat tu aku tahu. Okay zam, jumpa nanti. Assalamualaikum" panggilan ditamatkan.

Shah Effendi sudah mengatur rencananya. Dia mahu rancangannya dijayakan tetapi dia perlukan sokongan. Di fikirannya hanya Azam yang boleh membantunya.

Azam sahabatnya. Azam kenal Rafika. Azam yang selama ini sentiasa memberi kata semangat kepadanya semasa dirinya ditinggalkan. Azam juga yang menyokong keputusannya dulu untuk bertugas di Sarawak dan dia percaya Azam akan membantunya.

6 tahun yang lalu

"Ibu tak sihat, sayang balik kejap je. Lepas ibu dah sihat sayang balik sini ye. Boleh la bang, abang izinkan kan sayang ye." beria-ia isterinya meminta izin untuk pulang ke rumah orang tuanya.

Entah kenapa dia tidak sedap hati mengizinkan kepergian isterinya kali ini. Seperti ada sesuatu. Ikutkan hati mahu saja dia mengikut isterinya pulang ke kampung. Namun bila memikirkan tentang perkahwinan rahsia mereka, dibatalkan niat itu.

Masih ingat lagi pagi itu dia menghantar isterinya untuk menaiki bas pulang ke negeri utara semenanjung. Mahu dihantar sampai ke Kedah isterinya menolak. Katanya takut ada mata yang melihat. Risau berita dia bersama lelaki sampai ke telinga orang tuanya. Itu adalah yang terakhir Effendi melihat wajah isterinya.

Selepas seminggu isterinya masih belum pulang. Dia cuba menghubungi telefon isterinya, tetapi panggilan tidak bersambung. Mungkin isterinya di hospital menjaga ibunya yang sakit, jadi telefon dimatikan. Dia cuba bersangka baik.

Sudah dua minggu, masih tiada berita tentang isterinya. Hatinya makin tak keruan. Rindu pada si isteri makin menebal. Mahu saja dia menjejak isterinya di kampung. Tetapi dia tidak tahu alamat tempat tinggal keluarga mertuanya. Dia tidak kenal seorang pun ahli keluarga isterinya. Kesal kerana tidak pernah mengambil tahu itu semua. Setiap kali dia mengadu pada yang Esa semoga keselamatan isterinya terpelihara, supaya isterinya pulang kepadanya.

Selepas sebulan isterinya masih sepi tanpa khabar.  Effendi sudah naik gila. Ke mana isterinya, apa khabar isterinya, apa yang terjadi pada isterinya, sudah lupakah isterinya pada dia. Dia seperti kucing hilang anak. Dirinya sudah tidak terurus, makan minumnya entah ke mana.

Azam yang risau dengan keadaan sahabatnya itu mengajak Effendi tinggal bersama, memandangkan dia juga tinggal seorang di rumah bujang. Pada mulanya Effendi tidak mahu, risau kalau-kalau isterinya balik nanti dia tiada di rumah.

Namun Azam meyakinkan dia yang nanti isterinya akan menelefonnya jika dia balik. Akhirnya Effendi setuju untuk tinggal si rumah Azam. Namun jauh di benak Azam, dia merasakan yang isteri sahabatnya itu tidak akan pulang. Sudah lebih sebulan, takkan tidak boleh telefon bertanya khabar suaminya. Pengajian di universiti juga sudah tertangguh.

Azam melihat kemurungan yang berlaku kepada Effendi setiap hari. Dia bukan lagi Effendi yang dulu. Sudah hilang senyum dari raut wajahnya. Sudah hilang bicara dari bibirnya. Sudah hampir enam bulan dia begitu. Tetapi Effendi pandai menyembunyikan duka di depan keluarganya, kerana keluarganya juga tidak tahu tentang perkahwinannya.

Sehinggalah Effendi ditawarkan majikannya untuk berpindah ke syarikat cawangan di Sarawak. Tawaran itu diterima atas nasihat Azam. Azam mahu Effendi pergi jauh dari segala kenangan bersama isterinya. Mungkin di sana nanti, lukanya akan beransur sembuh.

Kini, lukanya makin sembuh namun parutnya tetap ada. Pedihnya masih terasa. Bukan senang mahu menyembuhkan luka yang paling dalam. Luka dikhianati cinta. Sampai kini masih tertanya, tidak cintakah isterinya kepadanya. Apakah selama mereka bersama hanya kepalsuan yang dipamerkan. Bagaimana bodohnya dia sehingga tidak perasankan kepuraan isterinya. Menyesalkah dia mencintai isterinya.

"Kau jumpa dia, kat mana? Azam jelas terkejut bila diberitahu tentang Rafika.

"Di Sutera Holdings, rupanya dia kerja di sana. Baru lagi, tak sampai pun setahun" jelas Effendi lagi.

"So, apa kau nak buat lepas ni" tanya Azam lagi.

"Aku nak tahu semuanya zam, aku nak tahu kenapa dia pergi, kenapa dia tipu aku, kenapa dia buat aku macam tu" Effendi menghela nafas.

"Buat apa kau nak ambik tahu lagi fendi, lupakan lah dia. Buat semak fikiran kau aje. Entah-entah dia pun dah ada kehidupan dia sendiri, bahagia dia sendiri. Yang sudah tu sudahlah." pujuk Azam. Dia tak mahu Effendi luka lagi. Dia tahu dalam marah sahabatnya itu, sebenarnya dia rindu. Dia mahukan Rafika kembali.

"Mana boleh zam, kau dah lupa macam mana seksanya aku dulu. Kau tak ingat ke macam mana kau cuba bangkitkan semangat aku balik masa tu" Effendi merenung Azam tajam.

"Sebab itu aku tak nak kau ingat balik semua tu. Aku nak kau move on, aku tak mahu kau jatuh di tempat yang sama. Nanti kau terluka lagi dan aku takut lukanya lebih parah" nasihat Azam lagi.

"Tak, aku takkan luka lagi. Aku takkan dipebodohkan dua kali oleh orang yang sama. Tak akan zam, tak akan" Effendi meyakinkan Azam.

"Engkau sahabat aku zam, yang selama ni tahu segala susah senang aku" jelas Effendi lagi.

"Tapi fendi...."

"Aku tahu kau risaukan aku, sebab tu aku perlukan sokongan kau zam. Kau tolong aku ye" Effendi menepuk-nepuk bahu Azam.

Azam melepas nafas. Dia faham benar kedegilan sahabatnya yang seorang ini.

"Yelah fendi, kalau dah itu keputusan kau. So, kau nak aku buat apa, dari mana kita nak mula?" tidak dapat tidak Azam terpaksa menurut kemahuan Effendi.

Effendi tersenyum penuh makna. Sehingga menampakkan sebaris giginya yang tersusun rapi.

....TBC

Terima kasih kerana sudi membaca tulisan yang tak seberapa ini. Please vote tanda sokongan dan don't forget to drop your comment yang membina😉😉😉

Sesat Dalam RinduWhere stories live. Discover now