Part 37 - Pasrah

1.5K 81 15
                                    

Hari berganti hari.  Minggu berganti minggu.  Namun masalah Rafika dan Effendi masih belum selesai.  Ada juga Azam cuba untuk membawa Effendi berbincang.  Tetapi ditolak mentah.

Surya juga tidak kurang memain peranan.  Sama sahaja reaksi Effendi.  Beku.

Rafika semakin buntu.  Pernah Effendi cuba dihubungi namun tidak berjawab.  Mesej dihantar tanda sesalan hanya bluetick yang ditinggalkan.

Tiada siapa tahu apa yang di fikiran Effendi kala ini.

Tetapi bagi Effendi, dia juga perlukan ruang buat dirinya.  Ruang untuk dia berfikir sedalam-dalamnya tentang hala tuju hubungannya kini.  Sudah cukup rasanya masa dan tempoh bertenang yang diberi kepada Rafika.

Kecewa.  Ya dia kecewa.  Sangkanya Rafika benar-benar telah melupakan perkara dulu.  Sangkanya Rafika sudah bersedia untuk mereka ke fasa seterusnya hubungan ini.  Hubungan yang patut diketahui umum.  Hubungan mereka halal, tidak salah langsung di sisi agama.  Namun penolakan Rafika mengundang kecewa yang agak dalam bagi Effendi.

Ramadan sudah mahu hampir ke penghujungnya.  Namun kekeruhan antara Effendi dan Rafika tidak nampak kejernihannya.  Effendi dengan egonya setelah kesabarannya dicabar Rafika.  Manakala Rafika dengan kebimbangannya.  Bimbang dirinya di tinggal Effendi lagi.

*****

"Ika dah fikir masak-masak" tanya Anis ingin kepastian.

"Dah kak Anis.  Ika dah fikir sedalam-dalamnya.  Walau apa pun yang jadi, ika terima.  Ika akan reda kak Anis.  Ika akan anggap ini semuanya ketentuan takdir.  Ika tak kan berprangsangka pada Allah" kata Rafika tenang.

"Syukur ika dah reda.  Ini yang kak nis harapkan.  Kak nis tahu ika kuat dan kak nis mahu ika terus kuat.  Walau apa pun yang akan jadi, ika hanya perlu ingat satu.  Kak nis sentiasa ada untuk ika.  Okay" Anis menggenggam erat tangan Rafika.  Semoga adiknya ini terus kuat.

Telefon Anis yang berbunyi dijawab.

"Ya awak.  Okay nanti saya beritahu dia.  Dia ada ni.  Okay, dia okay" Anis bercakap dengan orang di sebelah sana talian.

Rafika hanya memerhati.  Dia tahu Azam yang sedang bercakap dengan Anis.

"Azam kata apa kak Anis?" tanya Rafika tidak sabar.

"Azam kata Effendi ada di rumah family dia.  Ika betul-betul ni nak pergi sana" tanya Anis masih inginkan kepastian.

"Mmm...ika dah nekad.  Kalau dalam masa tiga hari ni ika tak berjaya jugak pujuk Effendi.  Ika akan pasrah.  Kak Anis doakan ika ya.  Doakan segalanya dipermudahkan" mohon Rafika.

"Ika sentiasa ada dalam doa kak nis.  Kak nis doakan segalanya dipermudahkan untuk ika.  Ika pun berhak bahagia" balas Anis.

"Ika pergi dulu kak Anis" pamit Rafika bila perkhidmatan grab telah sampai.

Anis ada menawarkan diri untuk menghantar tetapi ditolak Rafika.  Dia mahu kali ini biarlah segalanya diusahakan sendiri.  Kali ini dia benar sungguh-sungguh.

*****

Kini dia berdiri di hadapan rumah keluarga Effendi.  Getar di dada cuba dibuang jauh.  Macam-macam telah difikirkan.  Penerimaan keluarga Effendi terutamanya keluarga baru suaminya itu.  Namun dia perlu melangkah.  Untuk menentukan arah tuju hidupnya selepas ini.

"Assalamualaikum" salam diberi.  Bergetar sahaja nadanya.

"Waalaikumsalam, ya cari siapa?" tanya seorang perempuan yang agak muda.  Mungkin umurnya awal dua puluh.

"Errr cari....." teragak-agak Rafika mahu menyebut.

"Eh! Ika.  Yaa Allah, tetamu yang tak disangka-sangka ni.  Allah, rezeki sungguh hari ni.  Masuk ika, jemput masuk" belum sempat Rafika menjawab Farhah sudah menjengahnya di depan pintu.

Sesat Dalam RinduWhere stories live. Discover now