Part 29 - Hanya Kamu

1.5K 76 3
                                    

Dingin angin malam yang menyapa lembut wajahnya dinikmati Rafika.  Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Port Dickson tidaklah jauh mana.

Senyum sendiri bila memikirkan kerja gila yang dibuatnya ini.  Dengan mudah dia bersetuju mengikut Effendi ke sini.  Nasib baik ada bilik yang masih kosong.  Kalau tidak, di manalah agaknya tidur mereka berdua malam ini.

Teringat lagi gelak kuat Anis dan Azam saat dikhabarkan yang dia tidak pulang ke rumah malam ini kerana mengikut Effendi.  Usikan Anis dan Azam menambah bahang di wajahnya.

Sedang asyik menikmati bayu laut yang menghembus dan pemandangan malam yang sangat indah, serasa ada tangan yang melingkari pinggangnya.

"Abang" sapa Rafika.

"Sayang fikir apa ni?" tanya Effendi sambil menongkat dagu dibahu Rafika.

"Takda apa" jawab Rafika ringkas sambil membalas sentuh tangan Effendi.

"Sayang"

"Hmmm"

"Abang nak tanya boleh" tanya Effendi perlahan.

"Tanya apa?" balas Rafika.

"Sejujurnya abang tak nak rosakkan mood sayang, tapi abang tetap nak tanya, bolehkan" tutur Effendi lembut, bimbang menggangu situasi tenang Rafika.

Rafika mengangguk perlahan, seperti sudah dapat meneka apa yang bermain di fikiran Effendi.

"Sayang pergi mana selama ni, apa yang berlaku pada sayang sebenarnya" tanya Effendi jujur.  Walau telah dia tahu segala namun masih perlu dia mendengar sendiri dari mulut Rafika.

Rafika diam agak lama.  Tangan Effendi yang memeluknya semakin erat digenggam.

"Abang nak tahu yang mana?" tanya Rafika pula.

"Semuanya sayang, abang perlu tahu semuanya" balas Effendi.

Nafas dihela sebelum memula bicara.

"Sayang tahu abang dah tahu banyak, sayang tak nak ulang apa yang abang dah tahu" Rafika menoleh seketika wajah Effendi di sisinya, kemudian membuang pandangan ke laut di hadapan mereka semula.

"Sayang lari dari kampung sehelai sepinggang nak balik rumah kita, tapi abang tak ada.  Kata jiran, rumah tu dah lama kosong.  Kebetulan dia pun baru pindah, tak kenal penyewa lama" Rafika diam seketika.

"Sayang dah buntu tak tahu nak pergi mana, tak tahu nak cari abang kat mana?  Tapi aturan Allah itu cantik.  Dia hantar kak Anis untuk bantu sayang.  Kak Anis bawa sayang duduk dengan dia.  Kak Anis jaga sayang sampai sembuh.  Kak Anis tak pernah sekali pun tanya kisah kita.  Sampailah ada sekali tu, emosi sayang sangat kacau sampai sayang cederakan diri sendiri.  Masa tu kak Anis desak sayang ceritakan segalanya" bibir diketap sebelum menyambung bicara.

"Lepas tu, sayang tak cari abang dah ke?" tanya Effendi.

"Tak! Sayang tak cari abang dah.  Bukan sayang tak nak cari, tapi sayang dapat rasa yang sayang takkan jumpa abang dah.  Abang dah tinggalkan sayang sebab kecewa.  Sayang kecewakan abang" air mata diseka.

"Sayang" lembut Effendi memusingkan badan Rafika supaya menghadapnya.  Dibawa Rafika duduk di kerusi.

"Sayang cuba bangkit, hari demi hari cuba buang kenangan pahit.  Tak nak ingat lagi, cuba buang abang jugak dari fikiran ni.  Tapi sayang tak mampu.  Makin sayang cuba buang, makin ingat pada abang.  Tapi lama-lama, sayang dapat kawal emosi.  Sayang tetap ingat abang tapi boleh dikawal.  Sebab kak Anis pesan, kalau sayang teringat pada abang, kirim kan doa untuk abang.  Sayang buat dan Alhamdulillah sayang makin tenang" air mata dipipinya yang jatuh diseka lembut tangan Effendi.

Sesat Dalam RinduWhere stories live. Discover now