Part 34 - Hero Pujaan

1.4K 85 2
                                    

"Ika ok tak ni" tanya Anis. Wajah pucat Rafika ditatap bimbang.

"Ika ok, cuma pening sikit je" balas Rafika.

Sejak akhir-akhir ini selalu dia macam begini Mungkin penat bekerja. Maklumlah, projek makin banyak untuk diselesaikan. Pekerja bawahan sepertinya mana mungkin menolak tugasan diberi pihak atasan.

"Cuti je lah hari ni, teruk sangat kak nis tengok muka tu" cadang Anis.

"Mana boleh kak Anis. Hari ni ada site visit. Lagipun cuti ika tak berapa nak ada dah ni" jawab Rafika.

"Mmm yelah, tapi kalau ada apa-apa bagitahu kak nis cepat. Jangan diam je" tegas Anis.

"Ye cik puan, baiklah saya faham" balas Rafika bergurau.

"Main-main lagi tu" Anis menjegilkan matanya.

Rafika menahan tawa melihat wajah Anis begitu.

*****

"Ika, lunch jom" ajak Nadia bila masuk waktu makan tengahari.

"Nadia, awak pergi dengan kak Surya je ya. Saya kenyang lagi ni" balas Rafika sambil menahan kepala yang memberat. Sengaja dia berkata begitu, yang nyatanya dia betul-betul tidak larat. Cadangnya mahu berehat sebentar di surau sementara menunggu waktu solat.

"Kenyang, kau makan apa je pagi tadi. Takpelah, aku pergi dulu ya" Nadia berlalu tidak mahu mendesak Rafika.

*****

"Eh! Sorang je, Rafika mana? tanya Surya bila melihat Nadia hanya berseorangan.

"Dia tak nak makan. Katanya kenyang" ringkas jawab Nadia.

"Ooo, okay. Jomlah kita" ajak Surya.

*****

"Ika ada kirim apa-apa tak? Air ke nasi ke?" tanya Surya kepada Nadia.

"Tak ada pulak" jawab Nadia.

"Tapi kan kak Surya...." tiba-tiba Nadia bersuara.

"Tapi apa?" Surya menanti jawapan Nadia.

"Ika tu lain macam je hari ni. Muka dia pucat. Bila saya tanya dia cakap dia okay je" sambung Nadia.

"Dia tak sihat ke?" tanya Surya lagi.

"Itulah, bila saya tanya dia tak jawab pun. Asyik cakap okay okay je" jawab Nadia.

"Takpelah, kejap lagi akak jumpa dia akak pulak tanya. Dah cepat sikit makan, jom naik" kata Surya. Tidak sabar mahu berjumpa Rafika. Bimbang juga dia bila dikhabarkan begitu oleh Nadia.

*****

"Ika, ika....bangun ika" Surya menepuk perlahan bahu Rafika yang nyenyak tidur tapi wajahnya jelas pucat.

Rafika terdengar namanya dipanggil. Perlahan-lahan dia membuka mata yang berat sangat dirasakan.

"Kak Surya, lama ke ika tertidur" kata Rafika sebaik membuka mata. Perlahan-lahan dia duduk dari pembaringan.

"Taklah. Ika tak sihat ke? Pucat muka ni. Ajak makan pun tak nak" Surya menerjah dengan pertanyaan.

"Ika okay je, cuma pening sikit. Mungkin panas. Tadi kan ada kerja luar" Rafika beralasan.

"Kak su bawak ika pergi klinik ya. Pucat sangat muka ni. Risau kak su" ajak Surya.

"Ish! Tak payah lah kak su, ika okay je ni. Pening sikit-sikit tu biasalah" Rafika cuba mengelak.

Surya hanya memandang Rafika yang meminta diri untuk solat. Tapi hatinya gusar. Ada yang tidak kena pada Rafika. Pandangannya jelas benar dengan keadaan Rafika.

Sesat Dalam RinduWhere stories live. Discover now