Part 13 - Sebenarnya

1.8K 87 0
                                    

"Allahuakbar"

Anis segera turun dari kereta kerana nyaris dia melanggar seseorang yang tiba-tiba muncul di laluannya.

"Allah...cik...cik okay ke" tanya Anis kepada perempuan yang nyaris dilanggar tadi.

"Tak....saya okay...tak apa-apa" kata perempuan itu sambil memegang kepala.

Perempuan itu bangun perlahan-lahan. Tangan masih di kepala memicit sedikit kepalanya. Dia membetulkan tudungnya sekali. Beg di jalan diambil dan disangkut dibahu.

"Cik nak pergi mana, saya boleh hantarkan" Anis bersuara bila melihat perempuan itu bergerak mahu pergi.

"Takpe, terima kasih saja" jawab perempuan itu perlahan.

Baru saja melangkah dua tiga tapak, perempuan itu jatuh terjelepuk di jalan.

"Cik....cik....bangun cik...cik" Anis menepuk-nepuk perlahan pipi perempuan itu.

Perempuan itu yang pada mulanya cuba respon dan mengangkat kepala rebah semula. Dia pengsan.

"Sss...tsk"

"Kenapa adik...sakit kepala....kakak panggilkan doktor ye" tanya Anis lembut bila perempuan itu terjaga.

Anis menghubungi ambulan bila perempuan itu pengsan di jalan tadi. Dia terpaksa menyelongkar beg perempuan itu untuk pendaftaran.

"Saya kat mana ni?" tanya perempuan itu.

"Adik kat hospital, tadi adik nyaris nak kena langgar dengan kereta kakak. Lepas tu adik pengsan, ingat tak" jelas Anis.

Perempuan itu diam. Dia memandang sekeliling sehingga matanya bertemu dengan Anis.

"Nama kakak Anis. Kakak minta maaf selongkar beg adik tadi. Kakak cari kad pengenalan adik, nak daftar"

"Ika....panggil saya ika" Rafika mencelah.

"Kak nis cari handphone ika dalam beg tapi tak ada. Ada siapa-siapa yang ika nak kak nis hubungi. Boleh kak nis maklumkan pada keluarga ika mungkin" Anis cuba bertanya.

"Tak....tak ada, saya tak ada siapa-siapa lagi" jawab Rafika.

Rafika menangis, Anis cuba memujuk. Tapi tangisan Rafika semakin kuat. Rafika mula meronta, mahu turun dari katil. Jarum di tangan ditarik.

Anis pantas menekan butang kecemasan. Tidak lama kemudian doktor dan beberapa orang jururawat datang. Doktor terpaksa memberi suntikan penenang bila keadaan Rafika semakin tidak terkawal.

****

"Lepas dia sedar, saya tak tanya apa-apa pun. Saya layan dia macam biasa. Saya bawa dia balik rumah saya sebab saya pun tinggal sorang" jelas Anis.

"Kira cik Anis ni single lagi la ye" celah Azam.

"Err..." Anis terpempan dengan soalan Azam itu.

"Ish kau ni....gelojoh" marah Effendi sambil menyiku Azam di sebelahnya.

"Apa! Aku tanya je" Azam terpinga.

"Sorry Anis, teruskan" kata Effendi kepada Anis.

"Takpe"

"Doktor cakap Rafika mengalami tekanan perasaan yang agak kritikal. Dia sangat memerlukan sokongan untuk bangkit. Lama jugak sebelum dia boleh menjalani hidup macam biasa. Perlahan-lahan saya pujuk dia untuk bercerita. Mula-mula memang dia kunci mulut, bercakap bila perlu je. Saya bawak dia pergi kaunseling. Nasib baik dia mahu. Dia on pills sebab depression. Kadang-kadang terpaksa bagi dia ubat tidur. Tapi doktor cakap tak boleh ambil selalu, takut dia terlampau bergantung pada ubat." Anis terus bercerita.

Sesat Dalam RinduWhere stories live. Discover now