Part 12 - Salah Menilai

1.7K 90 5
                                    

Rafika terus pulang ke rumah selepas bertemu dengan Razif.  Semasa dia mahu pulang selepas habis waktu pejabat tadi, rupanya Razif menunggunya di lobi mahu berjumpa sebentar katanya.  Mahu tidak mahu terpaksa juga dia mengikut abangnya itu ke restoran berdekatan pejabatnya.

Razif memujuk Rafika pulang bertemu ibu dan ayahnya.  Tetapi dia belum bersedia.  Rasa berdosa masih menghambat dirinya.  Bagaimana dia mahu pulang sedang jiwanya sudah mati.

Sesampai di rumah tangisannya dihamburkan kepada Anis.  Anis seperti biasa meminjamkan bahu dan telinganya kepada Rafika.  Segala luahan rasa Rafika dihadam.  Dia amat memahami Rafika.  Dan sekali lagi setelah sekian lama jiwa itu hampir sembuh, luka berdarah kembali.  Anis sedar dia perlu memberi lebih perhatian kepada emosi Rafika.  Bimbang masalah kemurungannya datang kembali.  Yang lebih membimbangkan Anis kalau-kalau kali ini lebih parah dari sebelumnya.

Di rumah lain, seseorang sedang tidak keruan.  Berjalan mundar-mandir.  Kadang duduk, kadang berdiri.  Setelah penat begitu akhirnya dia merebahkan badan di tilam.

Fikirannya kini hanya tertumpu kepada Rafika.  Dia nampak Rafika mengikut Razif petang tadi.  Dia tidak cemburu kerana sudah tahu hubungan sebenar Razif dengan Rafika.  Perasaan ingin tahu kini membuak-buak.

Badannya ditegakkan dari pembaringan.  Dia tidak boleh duduk saja.  Dia berdiri, telefon dan kunci kereta dicapai.  Laju kakinya menuju ke pintu, sambil mendail nombor seseorang di telefonnya.

"Zam, aku nak jumpa kau sekarang.  Lagi sepuluh minit aku sampai" katanya sebaik sahaja panggilan disambut.

****

"Kau ajak aku keluar semata-mata nak jadi 'jaga' tak berbayar ke Fendi?" tanya Azam apabila Effeendi membawanya ke rumah sewa Rafika.

"Kau diamlah, ikut je boleh tak?" balas Effendi, matanya tidak lepas melihat ke rumah Rafika.

Kereta Effendi berhentikan jauh sedikit, bimbang dikesan tindakannya itu.  Kelihatan kereta Anis di garaj.  Dia masih memerhatikan rumah itu.

"Kau pernah dengar tak orang kata, kalau tak dapat tengok orangnya tengok bumbung rumah pun jadilah"

"Memang kena betul peribahasa tu kat engkau sekarang ni"

Effendi menoleh ke arah Azam, dia mengerutkan wajah.  Azam ketawa besar melihat wajah kerut Effendi.  Effendi hanya diam melihat Azam yang sedang mentertawakannya.

"Tadi, Razif datang jumpa aku" kata Effendi setelah agak lama berdiam.

"Razif kawan kau yang kat Sarawak tu ke?" tanya Azam.

Azam pernah berjumpa Razif beberapa kali.  Itupun semasa dia ke Sarawak atas urusan kerja sambil melawat Effendi.  Effendi jugalah yang kenalkan mereka.

"Haah, tapi dia tak duduk sana dah.  Dia dah posting sini, dekat setahun dah" Effendi menjawab.

"Ooo...." itu sahaja dari Azam.

"Razif dengan Rafika...."

"Hah! kenapa...scandal ke?

Belum sempat Effendi menghabiskan kenyataannya, Azam terus menerjah bertanya. 

"Aku belum habis lagi"

"Okay, sorry sorry....teruskan" Azam tersengih atas kegopohannya.

"They are sibling, Razif tu abang Rafika" Effendi meneruskan.

Sesat Dalam RinduWhere stories live. Discover now