Part 18 - Bukan Rahsia Lagi

1.8K 85 3
                                    

"Kak, ika nak pergi sebelah sana jap nak cari syampu" beritahu Rafika pada Anis sambil menolak troli yang sudah separuh penuh.

"Okay, nanti kak nis cari ika kat sana" balas Anis.

Hari ini cuti, jadi mereka ke pasaraya membeli barang keperluan.  Sekurang-kurangnya sebulan sekali pasti Rafika dan Anis akan ke pasaraya untuk memenuhkan peti sejuk dan kabinet di rumah.  Kadang-kadang sampai tidak muat troli dengan barang-barang yang dibeli sedangkan tinggal di rumah berdua saja.  Tetapi itulah rutin mereka berdua.

Sedang Rafika memilih syampu yang hendak dibeli terpandang seseorang yang dikenali sedang menolak troli.  Tetapi mata Rafika melilau mencari seseorang yang amat ingin dilihat sehingga pandangannya kembali kepada wanita yang sedang menolak troli tadi.

Rafika mengalihkan pandangan, kalau boleh tidak mahu bertembung dengan wanita itu.  Lebih-lebih lagi sekiranya melihat keluarga bahagia itu.  Biarlah mereka sedang hidupnya tetap perlu diteruskan, fikir Rafika.

"Ooppss, Allah" Rafika melepaskan troli dan segera menerpa kepada kanak-kanak itu.

Sibuk mengelamun sendiri, nasib baik troli yang ditolak tidak terlanggar seorang kanak-kanak yang entah dari mana munculnya.

"Sorry, auntie tak perasan, sayang okay ke.  Ada sakit kat mana-mana tak?" tanya Rafika sambil memeriksa kanak-kanak itu bimbang cedera di mana-mana.

"Maya! Kan nenek cakap jangan lari" kanak-kanak itu terus memeluk wanita yang membahasakan dirinya nenek tadi.

"Maaflah ye, cucu makcik ni ligat sikit, ni berlari nak pergi kat mommy dia" kata wanita itu kepada Rafika.

"Takpe makcik, budak-budak memang macam tu lah" balas Rafika.

"Mak! Kenapa ni?"

"Eh! Rafika, tak sangka jumpa kat sini, beli barang juga ya?" tegur Farhah.

Rafika yang terkejut dengan situasi itu terus memandang ke arah wanita yang sedang memeluk Maya.

'Mak, mak Effendi!' bisik Rafika di dalam hati.  Tidak keruan dia, bila wanita itu juga memandangnya tunak.

"Kenapa ni mak?" tanya Farhah kepada wanita yang dipanggil emak itu.

"Maya ni berlari, nasib baik tak terlanggar troli" terang Puan Khairani.

"Maya! kan mommy dah cakap jangan lari-lari" Farhah menjegil ke arah Maya.

"Janganlah marah Maya, tengok dah nak nangis dah tu" Rafika menggosok sedikit kepala Maya.

"Ni...." tanya

"Oh! Lupa pulak nak kenalkan.  Inilah Rafika mak, staff abang.  Rafika, ni mak Effendi" Farhah memperkenalkan.

"Apa khabar puan?" tegur Rafika sambil menghulur tangan kepada Puan Khairani.

"Baik" sepatah Puan Khairani menjawab.  Huluran tangan Rafika dibalas ringan.

Rafika dapat merasakan kedinginan terhadap perlakuan Puan Khairani itu.

"Ika, kawan ke?" celah Anis yang datang tiba-tiba.

"Kak Anis, kenalkan Farhah dan ni Puan Khairani, mak kepada Tuan Effendi" Rafika memperkenalkan kedua wanita itu kepada Anis sambil memberi isyarat mata.

Sesat Dalam RinduWhere stories live. Discover now